Raline Publish time 2-6-2021 08:56 AM

Penanggal VS Manananggal: Makhlus Mitos Ngeri Di Asia Tenggara

Penanggal VS Manananggal: Makhlus Mitos Ngeri Di Asia Tenggara

https://cdn.statically.io/img/i2.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2021/05/Penanggal_VS_Manananggal_Makhlus_Mitos_Ngeri_Di-_Asia_Tenggara.jpg?quality=100&f=auto

Rakyat Malaysia semestinya pernah dengar atau baca mengenai makhluk penanggal yang menghantui waktu malam yang sunyi. Tahukah anda, penanggal merupakan salah satu kisah mitos yang terkenal di seluruh Asia Tenggara. Dalam pada itu, penanggal ini juga dikatakan mempunyai iras dengan makhluk seram terkemuka di Filipina iaitu manananggal.

Nama kedua-dua ini sahaja sudah berbunyi hampir sama dan menyeramkan. Apa sebenarnya kewujudan makhluk penanggal dan manananggal ini di kalangan masyarakat tempatan? Ikuti kisah ini yang mendalami keunikan dan perbezaan mereka serta signifikannya terhadap budaya negara mereka tersendiri.

Berdasarkan cerita rakyat tempatan, manananggal dikatakan sejenis makhluk kejam yang bersifat seperti vampir atau puntianak. Ia memburu manusia untuk menghisap darah mereka dan memakan daging manusia hidup-hidup.

https://cdn.statically.io/img/i.pinimg.com/originals/97/3a/ed/973aed4b79c9d06ce621410ed8425ee2.jpg?quality=100&f=auto

Manananggal diperihalkan menyerupai perempuan hodoh yang memiliki sepasang sayap di badan belakangnya untuk ia bergerak. Badannya pula terputus di bawah paras perut dan apabila ia terbang berkeliaran, ususnya dibiarkan terburai keluar mengekorinya.

Makhluk ini secara umumnya memburu di waktu malam, mencari wanita sarat mengandung untuk meminum darah mereka atau memakan jantung bayi dalam kandungan. Manananggal juga mencari mangsa lelaki dengan menukar wajahnya kepada seorang perempuan yang jelita untuk menghasut mangsanya.

Lelaki yang terperangkap dalam permainan makhluk ini akan dimakan hidup-hidup melalui isi perut, jantung dan buah pinggang.

Menurut kisah mitos negara Filipina, manananggal hanya boleh dibunuh jika bahagian badannya yang terputus itu didedahkan kepada cahaya matahari.

Kelemahan utamanya termasuk garam, bawang putih, cuka, keris dan ekor ikan pari.

Sesetengah rakyat tempatan mempercayai bahawa diri mereka boleh bertukar menjadi manananggal dengan membaca mantera khas, diselubungi minyak dan mendapatkan sebiji telur yang mengandungi anak ayam hitam.

Anda pasti dapat kaitkan deskripsi manananggal tersebut dengan hantu lagenda di Malaysia sendiri iaitu penanggal. Nama itu sendiri berasal daripada perkataan “tanggal” yang menggambarkan sifatnya yang berpisah dari badan.

Sama seperti di Filipina, hantu penanggal ialah sejenis entiti yang juga aktif pada waktu malam. Ia melinggar dengan hanya kepala bersama sebahagian badan yang terjurai organ dalaman.

Dikatakan penanggal ini menyerupai orang biasa ketika waktu siang dan kemudiannya berubah wajah dan bentuk kepada makhluk ngeri ini di malam hari.

https://cdn.statically.io/img/i2.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2021/05/Penanggal_VS_Manananggal_Makhlus_Mitos_Ngeri_Di-_Asia_Tenggara_1-1024x668.jpg?quality=100&f=auto

Lainnya daripada manananggal, ia tidak memiliki sayap tetapi masih boleh terapung di udara. Makhluk ini akan terbang ke rumah wanita yang baru bersalin dan menyelinap masuk untuk menghisap darah mangsanya.

Setelah penanggal selesai makan, ia dikatakan akan merendam usus perutnya ke dalam tempayan yang berisi cuka. Ini bertujuan bagi mengecutkan perut sebelum masuk kembali ke badan asal mereka.

Menurut orang tempatan, beberapa cara berkesan untuk menghapuskan penanggal adalah dengan meletakkan serpihan kaca tajam ke dalam leher jasadnya yang ditinggalkan ketika ia keluar memburu. Dengan ini, organ dalamannya akan terluka dan mengalami kecedaraan teruk apabila ia kembali bercantum.

Selain itu, cara paling mustajab adalah dengan membakar keseluruhan jasad berserta kepalanya. Ini lebih terjamin kerana makhluk ini tidak akan dapat mewariskan ilmu atau sakanya kepada orang lain dan mati dengan serta-merta.

Kedua-dua kewujudan mistik ini telah berabad lamanya diceritakan kepada setiap generasi. Keunikannya di Asia Tenggara, kita dapat lihat persamaan yang dikongsikan kerana pelbagai kisah dibawa dari kelompok yang sama dan bercambah mengikut penerapan budaya masing-masing.

Banyak lagi kisah menarik dan seram yang boleh kita ketahui di sebalik kepercayaan masyarakat di serata Asia. Anda pasti akan lebih teruja jika membacanya dengan lebih mendalam.


Sumber:https://tehtarikgelasbesar.com

Pages: [1]
View full version: Penanggal VS Manananggal: Makhlus Mitos Ngeri Di Asia Tenggara


ADVERTISEMENT