Raline Publish time 27-5-2021 11:39 AM

Tampil minta maaf, ramai pelik video Sofyank dijadikan ‘isu’

“Tak yah takut”- Tampil minta maaf, ramai pelik video Sofyank dijadikan ‘isu’

https://himpunanceritalawak.com/app/uploads/2021/05/Sofyank-750x375.jpg
Sofyank atau nama sebenarnya Mohamad Sofian Abdullah merupakan personaliti media sosial yang sangat kreatif. Rasanya dia tidak perlu lagi diperkenalkan kepada umum kerana dengan bakatnya itu, Sofyank sudah membuatkan ramai kagum dengan dirinya.

Hal itu terbukti juga ramai sering memuji dan ternanti-nanti hasil karya barunya yang dimuat naik menerusi ruangan Instagram mahupun platform media sosial yang lain.

Malah terbaharu pula, dia menghasilkan satu video tentang Palestin yang membuatkan Sofyank sekali lagi menjadi bualan hangat di Instagram peribadinya.

https://www.instagram.com/reel/CPUtlCPHBsu/?utm_source=ig_embed&ig_rid=ea062ae5-39b3-4b9e-a674-c99958d22011

Walau bagaimanapun, melalui posting seterusnya Sofyank tampil dengan beberapa foto tulisan permohonan maafnya. Namun begitu, permohonan maafnya itu mengejutkan dan membuatkan ramai pelik.

Ini kerana, ramai tidak menyangka videonya itu dijadikan isu malah rata-ratanya kagum dan meremang menyaksikan kreativiti Sofyank.

https://www.instagram.com/p/CPVx7axLgEx/?utm_source=ig_embed&ig_rid=4f3e5189-9f99-401c-bcc2-ea015b3e19f3

Sofyank yang menjelaskan tujuan dirinya menghasilkan video tersebut bersama penjelasan panjang sehingga dia menerima pelbagai komen ramai di posting dimuat naik olehnya itu yang dalam pada masa yang sama, Sofyank berharap orang ramai melihat platfrom di akhir video untuk memberikan sumbangan.

“Takde yang salah dalam video pon… yang penting video tu gempak”

https://himpunanceritalawak.com/app/uploads/2021/05/IMG_20210527_101201.jpg
“Aik ada isu ke video tu? Saya tengok, saya yang sebak…”

https://himpunanceritalawak.com/app/uploads/2021/05/IMG_20210527_101238.jpg
“Padu bro…”


https://himpunanceritalawak.com/app/uploads/2021/05/IMG_20210527_101317.jpg


SUMBER
SOFYANK

Pages: [1]
View full version: Tampil minta maaf, ramai pelik video Sofyank dijadikan ‘isu’


ADVERTISEMENT