RED 666 Publish time 27-5-2021 06:55 AM

Persoalan mengenai faraid

faraid dikatakan adil dan saksama tetapi kenapa kita tengok lebih byk konflik, pertikaian, penindasan yg berlaku akibat daripadanya?

kuzaime Publish time 27-5-2021 09:24 AM

Sebab ramai yg terbeliak mata tengok angka2 / harta yg akan dapat, tapi tanggungjawab buat2 hilang ingatan:shutup:. Contoh untuk perempuan yg menjadi balu, paling berat ujian kalau x ada anak lelaki:( harta si suami bila dibahagi2, adik beradik suami pun akan dapat. Sebabnya dorang yg kena sara balu n anak2 tadi. Tapi yg ramainya lepas dapat harta, nasib si balu n anak2 terus terpinggir.

tagas Publish time 27-5-2021 09:42 AM

happen n facing to all famili nowadays

hingga putus hubungansilaturahim


zaman la nih sume perlukan duit n material

lelaki semakin ramai yg tak bertanggungjwb


wanita pula semakin ramai yg bijak pandai

then conflicts happen in many ways :C

tagas Publish time 27-5-2021 09:46 AM

urus & rancangla la harta tanah, rumah, duit, kereta etc sebaik2 nya

buat hibah & wasiat siap2 sebelum di panggil ilahi :$

bg memudahkan waris yg tinggal

syaiful Publish time 27-5-2021 10:02 AM

Pembahagian itu adil; sekiranya yang menerima bahagian tu faham tanggungjawabnya sekali. Misalnya bahagian lelaki lebih tapi tanggungjawabnya dia kena tanggung adik perempuan sekali (yang bujang). Tapi ramai ambil bahagian lebih tapi bab tanggungjawab tu tak ambil sekali. Begitulah, agama ni jadi fitnah sebab ramai jadi penunggang agama. Ambil pemahaman sekerat-sekerat ikut mana suka

RED 666 Publish time 27-5-2021 10:11 AM

kuzaime replied at 27-5-2021 09:24 AM
Sebab ramai yg terbeliak mata tengok angka2 / harta yg akan dapat, tapi tanggungjawab buat2 hilang i ...

mmg ramai yg lepas tangan pun, tapi harta diorg nak dgn alasan ikut tuntutan agama. yang pasti tanggungjawab ke laut

RED 666 Publish time 27-5-2021 10:12 AM

syaiful replied at 27-5-2021 10:02 AM
Pembahagian itu adil; sekiranya yang menerima bahagian tu faham tanggungjawabnya sekali. Misalnya ba ...

tapi ramai yg buat2 x paham demi kesenangan diri sendiri

awanysss Publish time 27-5-2021 11:14 AM

adil sbb it comes with responsibility..

jadi tak adil bila ada biawak ada parasite..

RED 666 Publish time 27-5-2021 11:28 AM

awanysss replied at 27-5-2021 11:14 AM
adil sbb it comes with responsibility..

jadi tak adil bila ada biawak ada parasite..

tapi ramai yg abaikan tanggungjawab tu, tiada siapa yg dpt halang mereka langgarnya kecuali undang2 berkaitan hal tersebut benar2 dikuatkuasakan macam di usa sana

awanysss Publish time 27-5-2021 11:33 AM

RED 666 replied at 27-5-2021 11:28 AM
tapi ramai yg abaikan tanggungjawab tu, tiada siapa yg dpt halang mereka langgarnya kecuali undang ...

rasanya kat mahkamah syariah boleh tuntut..
mmg bahagian nafkah oleh suami/bapa atau wali2..
masalah org malaysia mana guna court.. semua guna fb..
pastu kalau guna court pun, incase tak berpihak pd dorang, kata court tak adil..

sarahmirza Publish time 27-5-2021 11:38 AM

Salahkan didikan atuk nenek korang yang kurang agama tu...Gagal mendidik anak2 lelaki supaya tahu jaga maruah mereka sebagai pelindung..

Ni balik2 suruh perempuan buat itu ini sampai samakan jaga anak perempuan seorang dgn lembu sekandang...

RED 666 Publish time 27-5-2021 02:18 PM

sarahmirza replied at 27-5-2021 11:38 AM
Salahkan didikan atuk nenek korang yang kurang agama tu...Gagal mendidik anak2 lelaki supaya tahu...

anak lelaki diorg layan mcm raja

sarahmirza Publish time 27-5-2021 04:32 PM

RED 666 replied at 27-5-2021 02:18 PM
anak lelaki diorg layan mcm raja

Betul....

Ni kebetulan ada org share kt group surau..

Kami berbesar hati menjemput Tuan/Puan ke webinar yang dianjurkan oleh pelajar Sarjana Pentadbiran dan Pembangunan Tanah,Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Maklumat webinar adalah seperti berikut:

Tajuk:
*"Harta Pusaka: Manfaat Atau Mudarat?"*

Penceramah Jemputan:
*Tuan Haji Baharuddin Bin Aziz*
Pengarah Bahagian Pembahagian Pusaka, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG)

Tarikh:
*28 Mei 2021 (Jumaat)*

Masa:
*9.30 am - 11.30 am* (Malaysia)

Webex Link:
https://utm.webex.com/join/salfarina

Nota:

1. Sila isi *borang kehadiran* dan *borang penilaian penceramah* (melalui link Google Form) yang akan disediakan di ruangan komen semasa sesi webinar berlangsung.

2. Kemasukan peserta webinar akan bermula pada 9.15 pagi

Sekian,Terima kasih.

zztop63 Publish time 29-5-2021 06:59 PM

ya bila tidak ada godaan..cakap senang..tapi bila betul2 harta pesaka nilai berjuta2 tu depan mata kita..baru godaan syaitan dan nafsu tamak tu datang..tu yang bergaduh2 ..

lesprincesse Publish time 29-5-2021 07:08 PM

Sebab paling utama kerana sadly ramai ummah tak faham tanggungjawab yang datang dengan faraid ug diterima itu.

Mostly cuma ingat dia dapat harta macam non-muslim ie given inheritance je but in actual fact dalam Islam tak macam tu. Ya you terima harta/money but more importantly you juga terima tanggungjawab .

Honestly- i pun tak pernah tahu sampailah masa i nak kena uruskan faraid arwah yg dekat dgn saya.

In my opinion bab faraid dan tanggungjawab patut di titikberatkan dalam ajaran islam kita, sama macam kita mengharamkan babi , dsb

copy_paste Publish time 4-6-2021 09:20 PM

x adil didunia,tp sebenarnya adil kat akhirat...

sbb tu adanya hibah,

copy_paste Publish time 4-6-2021 09:27 PM

lesprincesse replied at 29-5-2021 07:08 PM
Sebab paling utama kerana sadly ramai ummah tak faham tanggungjawab yang datang dengan faraid ug dit ...

tepat sekali,
ramai yg xbertgwb dan x amanah,makan harta tapi x jalankan tgwb,
ramai yg namanya islam tapi xtahu soal tgwb,

copy_paste Publish time 4-6-2021 09:29 PM

sarahmirza replied at 27-5-2021 11:38 AM
Salahkan didikan atuk nenek korang yang kurang agama tu...Gagal mendidik anak2 lelaki supaya tahu...

zaman skrg ni kebanyakan mcm dah terbalik,
anak perempuan nampak lebih bertgwb, lagi2 kalau anak perempuan sulung,lagi la dia harapkan jaga adik2 termasuk adik2 lelaki,
dipertanggungjawabkan tu yg susah,bila time faraid yg dpt kat anak lelaki byk...

RED 666 Publish time 5-6-2021 06:48 AM

Edited by RED 666 at 5-6-2021 06:50 AM

copy_paste replied at 4-6-2021 09:29 PM
zaman skrg ni kebanyakan mcm dah terbalik,
anak perempuan nampak lebih bertgwb, lagi2 kalau anak...

zaman skrg pun rata2 pompuan pun dah bekerjaya boleh jaga diri sendiri tapi faraid tetap x menyebelahi mereka seolah2 mereka masih perlu ditanggung ahli keluarga lelaki mereka padahal kadang2 adalah sebaliknya

Genkidesuka Publish time 5-6-2021 12:04 PM

assalammu'alaikum dan selamat sejahtera.

kenapa?sbb tiada ilmu dan tk praktikkan agama.tu je.hukum Allah buat lengkap dh.manusia tk jlnkn betul2.
Pages: [1] 2
View full version: Persoalan mengenai faraid


ADVERTISEMENT