MuhdAisy Publish time 25-5-2021 11:12 AM

4 Tips Kukuhkan Kewangan Keluarga


Gaji je banyak, tapi kalau tak ada ilmu nak menguruskan kewangan, duit memang sentiasa tak cukup setiap bulan. Perkara macam ni bukan bergantung kepada berapa banyak gaji yang kita ada, tetapi berapa banyak ilmu berkenaan pengurusan kewangan yang kita amalkan dalam kehidupan kita. Ni 4 tips nak kukuhkan kewangan bagi yang berkeluarga. 1) Kena Ada Matlamat
- Pertama sekali, pastikan ada matlamat dalam pengurusan kewangan. Tujuan adalah untuk menjamin masa hadapan yang lebih baik untuk keluarga. Kena sedar yang setiap cahaya mata yang dikurniakan terhadap anda adalah tanggungjawab yang sangat besar. Jadi, wajib ada matlamat yang jelas untuk mereka dan juga sebagai persediaan hari tua.

2) Simpan Dulu Baru Berbelanja- Amalkan sifat menyimpan dahulu baru berbelanja. Boleh guna formula 50/30/20 daripada gaji. 50% untuk keperluan, 30% untuk kemahuan dan 20% untuk simpanan. 3) Bijak Berbelanja.- Senaraikan setiap perbelanjaan yang keluar. Barang yang tak penting boleh di buang nanti daripada checklist. Jadi orang yang berhemah dalam berbelanja.

4) Elakkan Hutang- Kalau boleh elakkan berhutang. Kalau nak berhutang, cari hutang yang baik seperti beli rumah, kereta dan lain-lain.
Pages: [1]
View full version: 4 Tips Kukuhkan Kewangan Keluarga


ADVERTISEMENT