Raline Publish time 24-5-2021 08:58 PM

Fakta Mengerikan Titanoboa, Ular Terbesar Yang Pernah Hidup

Fakta Mengerikan Titanoboa, Ular Terbesar Yang Pernah Hidup

Jika bertanya ular apa yang paling besar dalam dunia ini, jawapan yang sebenar bukan anaconda atau ular sawa, tetapi Titanoboa. Benar, Titanoboa adalah ular gergasi yang hidup pada zaman prasejarah.

Menurut penemuan fosil Titanoboa, ular gergasi ini mempunyai ukuran panjang sama dengan bas, beratnya sahaja boleh mencapai 900 kg. Dengan saiz sebesar itu, boleh dikatakan Titanoboa mampu menelan seekor lembu dalam sekelip mata.

Jika mahu mendapatkan lebih banyak info tentang Titanoboa, berikut kami kongsikan beberapa fakta mengerikan ular prasejarah raksasa itu :

1. Titanoboa hidup selepas dinosaur pupus
Setelah dinosaur pupus 65 juta tahun lalu dipercayai akibat meteor, beberapa juta tahun lagi diperlukan sebelum kehidupan baru muncul di daratan bumi. Ketika zaman Paleocene, Titanoboa muncul bersama dengan kura-kura dan buaya purba. Reptilia raksasa ini adalah makhluk paling berkuasa di muka bumi saat itu.

2. Titanoboa terus menelan mangsanya
Titanoboa bukan seperti ular besar lain yang suka membelit mangsanya sehingga lemas. Namun, ia akan terus menelan mangsanya terus dengan rahangnya yang besar. Ular gergasi ini membaham mangsanya seperti buaya.

3. Titanoboa mahu berkongsi tempat dengan kura-kura raksasa
Siapa boleh menduga ular seganas Titanoboa sanggup berkongsi tempat bersama kura-kura raksasa purba yang dikenali sebagai Carboneyms. Fakta ini dibuktikan berdasarkan penemuan fosil Titanoboa bersama dengan Carboneyms di Amerika Selatan.

4. Saiz Titanoboa yang sangat besar
Sebuah simulasi gambaran saiz Titanoboa pernah dipamerkan di Grand Central Station, di New York, pada bulan Mac 2012 lalu. Dalam pameran tersebut, dipaparkan patung Titanoboa dengan panjang mencapai 48 kaki 14 meter

https://scontent.fkul3-3.fna.fbcdn.net/v/t1.18169-0/s600x600/20228855_1200565060089681_5045749500814397457_n.jpg?_nc_cat=111&ccb=1-3&_nc_sid=730e14&_nc_ohc=nSb5DxifL_YAX-VApMd&_nc_oc=AQnF1hcEMny7LLorEFj9hbrW3A1ZVyoDH1bFr-gEndg1B3YQpFnaBgaTrdkARJVOFRUXzfpNfZ6O61YBEguyGaEY&_nc_ht=scontent.fkul3-3.fna&tp=7&oh=1cd8cb2f204c3a8a747feaeb352d5ece&oe=60D1B80F


https://scontent.fkul3-4.fna.fbcdn.net/v/t1.18169-9/20155994_1200565070089680_6361510094745649099_n.jpg?_nc_cat=107&ccb=1-3&_nc_sid=730e14&_nc_ohc=_WHACmPQdkUAX-zmkYO&_nc_ht=scontent.fkul3-4.fna&oh=37521a0acb00ca596ffa083ceaa5fe31&oe=60D238D2

Sumber:https://www.facebook.com/Biobaxx/posts/fakta-mengerikan-titanoboa-ular-terbesar-yang-pernah-hidup-jika-bertanya-ular-ap/1200565133423007/

lovelytouch Publish time 24-5-2021 09:22 PM

So yang batu kepala ular di thailand dan ekor kat vietnam tu boleh kaitkan dgn benda ni ke idok???

salmon-suki Publish time 24-5-2021 09:42 PM

Dokumentari psl ular ai suka tgk .kalau ikut Chinese zodiac pn ai bwh tahun ular..;P
Tp tgk ular dpn mata ai xsuka .sbb bahaya..hihihi~

lilac85 Publish time 24-5-2021 10:07 PM

Awat zmn dulu semua rasaksa2 je
Pages: [1]
View full version: Fakta Mengerikan Titanoboa, Ular Terbesar Yang Pernah Hidup


ADVERTISEMENT