boca120879 Publish time 24-5-2021 06:53 PM

Al-Qur'an & Hadith: Bab: Menuntut Ilmu Bermanfaat

Edited by boca120879 at 26-6-2022 02:12 AM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Yahya bin Ayyub, Qutaibah (Ibnu Sa'id) & Ibnu Hujr, diceritakan oleh Isma'il (Ibnu Ja'far), daripada Al 'Ala', daripada ayahnya, daripada Abu Hurairah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Apabila salah seorang manusia meninggal dunia,
maka terputuslah segala amalannya
kecuali tiga (3) perkara,

1) sedekah jariah,

2) ilmu yang bermanfaat (yang ditinggalkannya),

3) dan anak soleh yang selalu mendo'akannya."

(Hadith Muslim no. 3084)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)



boca120879 Publish time 18-11-2021 05:08 PM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Diceritakan oleh Ishaq bin Manshur, diceritakan oleh Katsir bin Hasyim, diceritakan oleh Ja'far (Ibnu Burqan), diceritakan oleh Yazid bin Al Asham, diceritakan oleh Mu'awiyah bin Abu Sufyan,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Barangsiapa dikehendaki Allah,
kebaikan padanya,
maka Allah akan memberi kefahaman padanya
dalam memahami masalah agama.

Dan sentiasa ada sekelompok daripada kaum Muslimin
yang memperjuangkan kebenaran
dan selalu menang
ke atas orang yang memusuhinya
sampai hari Kiamat."

(Hadith Muslim no. 3549)

Nota penting:Untuk pemahaman yang lebih baik,sila rujuk nasihat pakar(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

boca120879 Publish time 6-12-2021 12:18 PM

Edited by boca120879 at 6-12-2021 05:51 AM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Diceritakan oleh Nashr bin Ali Al Jahdlami, diceritakan oleh Abdullah bin Daud, daripada 'Ashim bin Raja` bin Haiwah, daripada Dawud bin Jamil, daripada Katsir bin Qais,
"Ketika aku sedang duduk di samping Abu Darda di Masjid Damsyik,
tiba-tiba datang seseorang seraya berkata,"Hai Abu Darda, aku bertermu anda dari kota Madinah, kota Rasulullah s.a.w.kerana satu hadith yang telah sampai kepadaku, bahawa engkau telah menceritakannya daripada Rasulullah s.a.w.!"
Lalu Abu Darda bertanya,"Apakah engkau datang kerana berniaga?"
Orang itu menjawab,"Bukan."
Abu Darda bertanya lagi,"Apakah kerana ada urusan yang lainnya?"
Orang itu menjawab,"Bukan."
Abu Darda berkata,"Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Barangsiapa meniti jalan untuk mencari ilmu, Allah akan permudahkan baginya jalan menuju ke syurga.
Para Malaikat akan membentangkan sayapnya kerana redha dengan penuntut ilmu.
Dan seorang penuntut ilmu akan dimintakan pengampunan oleh penghuni langit dan bumi hingga ikan yang ada di dalam air.
Sungguh, keutamaan seorang alim berbanding seorang ahli ibadah adalah ibarat bulan purnama berbanding semua bintang.
Sesungguhnya para ulama adalah pewaris para Nabi, dan para Nabi tidak mewariskan dinar atau pun dirham, akan tetapi mereka mewariskan ilmu.
Barangsiapa mengambilnya (ilmu),maka dia telah mengambil bahagian yang sangat besar."
(Hadith Ibnu Majah no. 219)
Nota penting:Untuk pemahaman yang lebih baik,sila rujuk nasihat pakar(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

boca120879 Publish time 1-5-2022 05:26 AM

Edited by boca120879 at 9-5-2022 01:40 AM

Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh Hisyam bin 'Ammar, diceritakan oleh Hammad bin Abdurrahman, diceritakan oleh Abu Kuraib Al 'Azdi, daripada Nafi', daripada Ibnu Umar,
Nabi s.a.w. bersabda,

"Barangsiapa menuntut ilmu

untuk meremehkan orang-orang bodoh,
atau untuk berdebat dengan para ulama,
atau untuk menarik perhatian manusia,

maka dia akan masuk ke dalam neraka."

(Hadith Ibnu Majah no. 249)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

boca120879 Publish time 7-5-2022 12:13 AM

Edited by boca120879 at 10-5-2022 01:28 AM

Bismillahir Rahmanir Rahim.Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Diceritakan oleh Abu Bakr bin Abu Syaibah, diceritakan oleh Suraij bin An Nu'man, diceritakan oleh Fulaih, daripada Abu Thuwalah Abdullah bin Abdurrahman bin Ma'mar Al Anshari, daripada Sa'id bin Yasar, daripada Abu Hurairah,Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Barangsiapa mempelajari suatu ilmu yang sepatutnya kerana Allah a.w.j.
Namun dia tidak mempelajarinya kecuali untuk mendapatkan habuan dari dunia.
Maka dia tidak akan mendapat bau syurga pada hari Kiamat."
(Hadith Abu Daud no. 3179)
Nota penting:Untuk pemahaman yang lebih baik,sila rujuk nasihat pakar(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

boca120879 Publish time 20-9-2022 01:41 AM

Edited by boca120879 at 19-9-2022 06:11 PM

Bismillahir Rahmanir Rahim.Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Diceritakan oleh Muhammad bin Isma'il, diceritakan oleh Abu Nu'aim, diceritakan oleh 'Ubadah bin Muslim, diceritakan oleh Yunus bin Khabbab, daripada Sa'id Ath Tho'i Abu Al Bakhtari, daripada Abu Kabsyah Al Anmari, Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Tiga (3) perkara, aku bersumpah atasnya.Dan aku akan mengatakan suatu perkara pada kalian.Hendaklah kalian menjaganya.
1) Tidaklah harta seorang berkurang kerana sedekah.
2) Tidaklah seseorang diperlakukan secara zalim,lalu dia bersabar.Melainkan Allah akan menambahkan kemuliaan untuknya.
3) Dan tidaklah seorang hamba membuka pintuuntuk meminta-minta (pada selain Allah).Melainkan Allah akan membukakan pintu kemiskinan untuknya.
Dan aku akan mengatakan suatu perkara pada kalian. Hendaklah kalian menjaganya.
Sesungguhnya dunia itu untuk empat (4) golongan.
1) Pertama, seorang hamba yang dikurnia Allah dengan harta dan ilmu.Dengan ilmu, dia bertakwa kepada Allah.Dan dengan harta, dia menyambung silaturrahim.Dan dia mengetahui Allah memiliki hak padanya.Dan ini adalah kedudukan yang paling baik.
2) Kedua, selanjutnya, seorang hamba yang diberi Allah ilmu tapi tidak diberi harta.Niatnya ikhlas.Dia berkata, "Andai sahaja aku memiliki harta,nescaya aku akan melakukan seperti amalan si fulan (golongan pertama).Maka dia mendapatkan apa yang dia niatkan.Pahala mereka berdua sama.
3) Ketiga, selanjutnya, seorang hamba yang diberi harta oleh Allah.Tetapi tidak diberi ilmu.Dia menggunakan hartanya tanpa ilmu.Dia tidak takut kepada Tuhannya dengan harta itu.Dan tidak menyambung silaturrahimnya.Serta tidak mengetahui hak Allah padanya.Ini adalah kedudukan terburuk.
4) Keempat, selanjutnya, seorangyang tidak diberi Allah,harta atau pun ilmu.Dia berkata, "Andai aku punya harta,tentu aku akan melakukan seperti yang dilakukan si fulan (golongan ketiga).Maka dia mendapatkan apa yang dia niatkan.Dosa mereka berdua sama."
(Hadith Tirmidzi no. 2247)
Nota penting:Untuk pemahaman yang lebih baik,sila rujuk nasihat pakar(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

boca120879 Publish time 14-3-2023 12:28 PM

Bismillahir Rahmanir Rahim.Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Diceritakan oleh Qutaibah bin Sa'id, diceritakan oleh Hammad bin Zaid, daripada Ayyub, daripada Abu Qilabah, daripada Abu Asma` Ar Rahbi, daripada Tsauban,Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Yang aku takutkan atas umatku adalah pemimpin-pemimpinnya yang menyesatkan.
Sekelompok daripada umatku akan sentiasa berada di atas kebenaran dan menang.
Tidaklah membahayakan mereka,orang yang menghina mereka sehingga urusan Allah tiba."
Diceritakan oleh Muhammad bin Isma'il, diceritakan oleh 'Ali bin Al Madini,'Ali bin Al Madini menyebutkan Hadith daripada Nabi s.a.w.,
"Sekelompok daripada umatku akan sentiasa menangdi atas kebenaran."
'Ali bin Al Madini berkata,"Mereka adalah ahli Hadith."
(Hadith Tirmidzi no. 2155)
Nota penting:Untuk pemahaman yang lebih baik,sila rujuk nasihat pakar(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
Pages: [1]
View full version: Al-Qur'an & Hadith: Bab: Menuntut Ilmu Bermanfaat


ADVERTISEMENT