Raline Publish time 24-5-2021 12:21 PM

Adat Pengurusan Kematian Orang Melayu Sebenar

Adat Pengurusan Kematian Orang Melayu Sebenar

Adat Pengurusan Kematian Orang Melayu ini saya belajar semasa kerja sambilan dulu sebagai penggali kubur dan uruskan jenazah zaman sekolah.



# Mengenai kenduri tahlil dan hari pengebumian

Adat Baru Kematian
- Apa yang saya faham, orang kampung akan datang dan membawa makanan seperti pisang, nasi dan apa-apa sahaja untuk meringankan beban keluarga waris pada si mati.Ini juga untuk majlis kenduri tahlil.
- Penghulu dan pihak pengurusan masjid akan membantu menguruskan jenazah.


Adat Semasa dikubur
- Orang kampung akan membantu keluarga si mati gali kubur.
- Orang melayu dilarang pakai kasut semasa berada dikawasan kubur atau sedang gali kubur.
- Dilarang melangkah kubur orang Islam
- kawasan sekeliling Kubur akan dibersihkan setelah jenazah dikebumikan termasuk batu dan benda tajam..
- Baldi atau tempayan air disediakan dilaluan keluar dari kawasan perkuburan untuk membersihkan kaki.
- Larangan ketawa semasa ditanah perkuburan
- Dilarang duduk atas kubur


Bentuk Dan Ciri-Ciri Kubur Orang Melayu
- Kubur Melayu ada 2 batu nisan
- Batu nisan berbentuk bulat adalah kubur lelaki
- Batu nisan berbentuk leper adalah wanita.
- Kain dibalut pada batu nisan bahagian kepala sahaja untuk membezakan mana kepala dan kaki
- Antara warna yang digunakan untuk balut batu nisan ialah putih rakyat biasa dan kuning raja (kuning susu) untuk kerabat atau orang besar
- Kuning zafran dilarang sama sekali
- Dilarang membuat binaan dibahagian atas mayat, Binaan keliling kubur yang tidak menutup atas bahagian mayat dibenarkan, Batu nisan dibenarkan sebagai penanda.



Contoh batu Nisan Perempuan



Contoh Batu Nisan Lelaki



Ditulis, diterangkan, disusun dan disaring maklumat oleh.
DR. DR.H.C JOHAN ISKANDAR BIN ABDUL KARIM
pengarah@alammelayu.my

Pages: [1]
View full version: Adat Pengurusan Kematian Orang Melayu Sebenar


ADVERTISEMENT