entahlanak Publish time 22-5-2021 04:19 AM

Dropping out of college

Nak ringkaskan ceritanya aku nak drop out from degree aku. Ada dua sebab.. 1) Aku ni tak pandai acah2 pandai ambik degree sains lepastu tak boleh follow mana, and 2) Aku tak minat.

Lepastu, tempat aku ambik degree ni IPTA/Uni kerajaan so murahlah kan tanggungan. Tp aku pun tak tahu kenapa hati aku selalu rsa tak nak duduk dekat sini. Rsa macam takleh harung 3 tahun and aku buat keputusan nak ambil diploma (dalam bidang aku minat) tp boleh kat IPTS je.

Benda ni buat aku tak selesa sebab aku ni jenis anak yang tak memberontak, ikut flow je tp bila dah umur 20 ni aku rasa macam nak juga lah ikut decision diri sendiri kan, bukan decision family tapi aku sedih + takut nak tengok reaksi mak aku klau aku kata aku nak berhenti tambah2 lagi akan bnyak lagi habis duit mak aku, semata2 nak tanggung aku sorang je belajar.

So akhir cerita patut ke aku ikut minat aku pergi ambil diploma kat IPTS or duduk je degree ni walau tak minat asal tak menyusahkan ibu (but aku lah yg akan terjejas mentally) ? Harap korang dapat membantu!

lilac85 Publish time 22-5-2021 10:42 AM

Selain minat i rasa tt kena consider peluang kerja mana yg lebih cerah antara dua bidang yg tt ada ni.

airmineral Publish time 22-5-2021 09:56 PM

try discuss dgn parent elok2...dan tgk kemampuan kalau nak study kt ipts. kalau xmampu, lupakan je la, kalau mampu dan parent xkeberatan maka teruskan dia ipts

sy dulu da masuk ipt baru tau xminat kos tu.. tp sy teruskan je sbb da dpt scholarship, kalau nak tukar arah sapa plk nak tgg belajar ni. lagipun sy rasa xrugi saya nak gembirakan parent, mungkin ada hikmahnya nnt. mak bapak ada 1 tu je, kos yg diminati tu bila2 boleh belajar nnt.

supermum Publish time 22-5-2021 10:09 PM

Effect mental sampai depressed and jadi unstable ke? Kalau setakat tak suka, continue je. Grad science tak semestinya kerja science. Ramai je grad science lompat bidang. Dah kau kerja nanti baru ko ambik part time study bidang yang kau minat. Zaman ekononomi tak stabil ni, selagi boleh kau cuba je la grad daripada membazir, nak masuk ipts pulak tu. Results so so pun takpe, bukan kau nak apply jadi saintis pun.

sarahmirza Publish time 23-5-2021 09:23 AM

Kalau belajar tak minat, kerja kumpul duit dan biaya sendiri yuran belajar kos yang ko minat tu dik..

Apapun keputusan ko buat, jangan bebankan mak ayah yang dah banyak berkorban utk ko..

Akak malas nak tulis panjang2, cuma pesan je guna akal fikiran & sentiasa berbelas kasihan.

Normabaru Publish time 23-5-2021 09:25 AM

Kes ni sama cm ade budak dah 2@3 thn nk tukar bidang tu.. Cer belek2 benang blkg.. Nasihat sama applies :lol::lol:

ladybugz Publish time 23-5-2021 11:09 AM

tukar la course if possible. dulu pernah i nasihatkan sedara i, terikut2 ckp family yg nk suruh masuk satu ipta tpi course mmg sgt2 tak sesuai dgn die. i yg bekerja dlm bidang pendidikan ni mmg dah nampak kelemahan n kelebihan die waktu skolah menengah lghabis spm, die dapat 2 offer satu ipta n satu kolej under gov, i suh die ambil kolej uder gov tu sbb walaupun x segah ipta tu tp course yg die dapat tu sgt sesuai dgn die. tp dapat bantahan keras dari siblings die yg nkkan nama ipta tu, last2 meroyan sedara i tu nangis2 takleh nk cope dgn course tu. so terus berenti tgh jalan nambik course kat kolej under gov tu. alhamdulillah dan grad n dah dapat kerja elok dah skrg n die nampak happy dgn kerja dia. walaupun kerja bukan pangkat tinggi2 tp kerja yg relatable dgn course yg dah diambik n bahagia waktu kerja

nuryakmal Publish time 24-5-2021 12:43 PM

Kan boleh tukar course.
Pg jumpa college dean. Ask for opinion.

zztop63 Publish time 25-5-2021 11:26 AM

nasihat saya..jangan tukar..nanti kalau dah tukar ..bila jemu..nak tukar course lain pulak..bila bole grad?

noor2 Publish time 25-5-2021 01:59 PM

Nak berjaya bukan lari dari masalah... sebaliknya terima cabaran dan hadapinya....

siputpepel Publish time 25-5-2021 02:29 PM

Kalau nak quit, apa plan lepas tu?
Make sure dah ada plan, then bincang dengan family. Sure they all boleh faham.
Tapi kalau takde plan, jangan quit camtu je.

Kalau nak teruskan pengajian, cari circle of friend yang boleh membantu
Yang boleh study group sama2. Cari senior2 yang satu course minta pandangan dan bantuan.

All the best
Pages: [1]
View full version: Dropping out of college


ADVERTISEMENT