Raline Publish time 20-5-2021 10:43 PM

Perkataan Melayu Ini Sebenarnya Dipinjam Daripada Bahasa Portugis

5 Perkataan Melayu Ini Sebenarnya Dipinjam Daripada Bahasa Portugis

https://cdn.statically.io/img/i2.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2021/02/5-perkataan-melayu-bahasa-portugis.jpg?quality=100&f=auto

Tanpa sedar, penjajahan Portugis telah meninggalkan banyak kesan mendalam kepada rakyat Malaysia sehingga ke hari ini. Selain meninggalkan mercu tanda di Melaka seperti A Famosa, ia juga telah memberi kesan pada bahasa yang digunakan dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia.

Kami akan kongsikan lima perkataan Melayu yang dipinjam daripada bahasa Portugis menerusi artikel ini:

1. Almari

https://cdn.statically.io/img/i2.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2021/02/5-perkataan-melayu-bahasa-portugis-1.jpg?quality=100&f=auto

Almari adalah antara perabot yang wajib ada dalam setiap rumah. Namun, apa yang tidak diketahui ramai adalah ia merupakan istilah pinjaman daripada bahasa Portugis armario. Armario ini pula membawa maksud kabinet atau ruangan simpanan.

2. Boneka

https://cdn.statically.io/img/i0.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2021/02/5-perkataan-melayu-bahasa-portugis-2-794x1024.jpg?quality=100&f=auto

Sekiranya anda mahu tahu, istilah boneka merujuk pada boneca yang membawa maksud patung permainan kanak-kanak perempuan.

3. Jendela

https://cdn.statically.io/img/i2.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2021/02/5-perkataan-melayu-bahasa-portugis-3.jpg?quality=100&f=auto

Berbanding dengan tingkap, jendela merupakan satu perkataan yang kedengaran lebih lembut dan menenangkan telinga mereka yang mendengarnya. Jendela dalam bahasa Portugis ialah janela.

4. Sekolah


https://cdn.statically.io/img/i3.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2021/02/5-perkataan-melayu-bahasa-portugis-4.jpg?quality=100&f=auto

Sekiranya orang Malaysia memanggil institusi pendidikan berkenaan sebagai sekolah, masyarakat Portugis pula menggelarnya escola. Sekolah dalam bahasa Greek ialah scholeio manakala orang Norway memanggilnya sekole.

5. Limau

https://cdn.statically.io/img/i2.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2021/02/5-perkataan-melayu-bahasa-portugis-5.jpg?quality=100&f=auto

Meskipun ia sering dikaitkan dengan masyarakat Cina, perkataan limau sebenarnya berasal daripada bahasa Portugis. Anda mungkin akan terkejut dengan fakta menarik ini tetapi limao dalam bahasa Mandarin ialah kesopanan dan bukannya buah limau.

Bagi kita, limau dan lemon ialah dua buah berbeza. Masyarakat Portugis pula menganggap limao sebagai buah limau dan lemon.

Pada pendapat anda, istilah Portugis manakah yang paling menarik perhatian?


Sumber:
Iluminasi

sharlenetexas Publish time 20-5-2021 11:14 PM

Apa pula perkataan Melayu yang portugis pinjam?

chilly Publish time 21-5-2021 06:49 AM

sharlenetexas replied at 20-5-2021 11:14 PM
Apa pula perkataan Melayu yang portugis pinjam?

Koyak ihihihi

zeed Publish time 21-5-2021 07:15 AM

Manteiga - mentega

Boomibulat Publish time 21-5-2021 08:35 AM

Dgr kata perkataan 'Portugal' sendiri diambil dari Bahasa Arab yakni 'burtuqal' bermaksau limau..
wallahualam..
Pages: [1]
View full version: Perkataan Melayu Ini Sebenarnya Dipinjam Daripada Bahasa Portugis


ADVERTISEMENT