Raline Publish time 20-5-2021 10:35 PM

Asal Usul Di Sebalik Penggunaan Nama Selipar Jepun

Asal Usul Di Sebalik Penggunaan Nama Selipar Jepun

https://cdn.statically.io/img/i1.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2020/09/Sandal-jepit-jepang.jpg?quality=100&f=auto
Pernahkah anda terfikir mengapa sesetengah orang menggelarkan selipar yang mereka pakai sebagai selipar Jepun?

Mari kami kongsikan kepada anda asal usul di sebalik penggunaan nama selipar Jepun.

Menurut sejarah, selipar Jepun atau dipanggil juga sebagai flip-flops adalah sejenis kasut sandal terbuka dan ia sememangnya berasal dari negara Jepun.

Di negara Jepun, selipar ini dipanggil Zori dan ia dipakai dengan pakaian Kimono dan stokin Tabi. Zori diperbuat daripada pelbagai jenis bahan seperti gabus atau teras buih dan getah. Selipar versi Zori juga merupakan pakaian pantai di New Zealand yang popular pada sekitar tahun 1930.

Selepas tamat Perang Dunia Kedua, pemakaian selipar Zori telah dipopularkan oleh tentera Amerika Syarikat setelah mereka pulang apabila tamat peperangan pasifik. Setelah satu dekad berlalu, perubahan untuk membuat selipar jenis Zori ini berkembang daripada hasil kain tenunan kepada bahan plastik.

Pada masa yang sama, seorang peniaga berbangsa Inggeris yang bernama Jown Cowie telah memulakan perniagaan plastik di Hong Kong. Pada akhir tahun 1940, Jown Cowie telah menghasilkan selipar atau Zori yang diperbuat daripada plastik.

Pada awal pembuatan selipar Zori, John Cowie telah meletakkan nama selipar tersebut sebagai ‘Jandal’ yang merupakan perkataan singkatan untuk Japanese Sandal.

Perkataan Jandal tersebut juga telah diguna pakai dan dikomersialkan sebagai sebuah jenama oleh syarikat Skellerup dan syarikat tersebut telah mengeluarkan selipar Jandal pada tahun 1960.

Di Australia, Japanese Sandal ini dikenali sebagai Thongs oleh kerana ia dipopularkan oleh pasukan sukan Renang Olimpik Australia pada tahun 1956. Manakala, di England dan Amerika Syarikat pula dikenali sebagai flip-flops.

Manakala di Malaysia pula, kita menggelarkan ia sebagai selipar Jepun.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.


Sumber:
The Laki

Pages: [1]
View full version: Asal Usul Di Sebalik Penggunaan Nama Selipar Jepun


ADVERTISEMENT