Raline Publish time 20-5-2021 10:33 PM

Sapu Pada Waktu Malam Simbol Tolak Rezeki, Fakta Atau Mitos?

Sapu Pada Waktu Malam Simbol Tolak Rezeki, Fakta Atau Mitos?

https://cdn.statically.io/img/i3.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2020/12/sapu-sampah-pada-waktu-malam-simbol-tolak-rezeki.jpg?quality=100&f=auto

Benarkah bahawa menyapu lantai pada waktu malam ialah petanda bahawa anda akan mengalami kesusahan dalam kehidupan pada hari akan datang?

Sekiranya anda mahu tahu, pantang larang tersebut juga telah menyebabkan masyarakat Jawa tidak membenarkan setiap ahli keluarga atau saudara–mara menyapu lantai ketika waktu malam.

Masyarakat Jawa turut percaya bahawa individu yang telah melanggar pantang larang tersebut akan menerima nasib malang dalam kehidupan mereka pada masa hadapan.

https://cdn.statically.io/img/i0.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2020/12/sapu-sampah-pada-waktu-malam-simbol-tolak-rezeki-1.jpg?quality=100&f=auto

Untuk pengetahuan anda, masyarakat Jawa percaya bahawa kotoran dan debu yang berada di dalam rumah pada waktu malam ialah satu rezeki.

Oleh itu, mereka tidak boleh membersihkan apa-apa kotoran dalam rumah sehingga pagi seterusnya kerana ia merupakan satu lambang rezeki yang telah ditetapkan untuk masyarakat dan apa yang bakal mereka peroleh sepanjang hari.

Dalam pada itu, kotoran dan debu di dalam rumah ini turut dikaitkan dengan makhluk halus. Mereka percaya bahawa makhluk halus akan berkeliaran pada waktu malam.

Apabila mereka menyapu lantai pada waktu malam, ia dianggap sebagai mengganggu dan sekali gus akan menimbulkan kemarahan dalam diri makhluk halus berkenaan.

Kesannya, ramai individu yang telah dirasuk ataupun diganggu oleh bayangan makhluk halus berkenaan. Ini kerana individu-individu tersebut dipercayai telah membuatkan makhluk halus tersebut marah atau terganggu dengan perbuatan mereka.

Tidak berhenti di situ, ada juga yang mendakwa bahawa sapu lantai pada waktu malam akan menyebabkan penglihatan menjadi semakin kabur dan gagal memberikan tumpuan sepenuhnya ketika melakukan aktiviti tersebut.

https://cdn.statically.io/img/i1.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2020/12/sapu-sampah-pada-waktu-malam-simbol-tolak-rezeki-2.jpg?quality=100&f=auto

Mana tidaknya, badan mereka tidak akan mempunyai tenaga yang cukup selepas bekerja pada waktu pagi. Atas sebab itu, mitos tersebut telah menjadi satu larangan dalam kehidupan seharian masyarakat Jawa walaupun seiring dengan dunia teknologi.

Akhir kata, masyarakat pada zaman dahulu telah mewujudkan kepercayaan seperti ini untuk melatih generasi akan datang supaya menjadi individu yang berguna dan boleh memberikan sepenuh perhatian dalam sesuatu perkara atau bidang yang diceburi.

Penulis:

Nur Ilya Maifarah Binti Azman adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM.
Prof Madya Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan dan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri (FiTA) UiTM.

seng_kuseng Publish time 21-5-2021 11:53 AM

sebagai orang islam , kebersihan tu tuntutan agama, lagi satu , rezeki ajal jodoh semua ketentuan Tuhan apa yang nak risau sgt.

ciklahcuteII Publish time 26-5-2021 11:06 PM

kami pun x buang sampah memalam.. tunggu pagi baru buang..
dh cik T merayau cari mkn.. pagi, baru lori sampah dtg ambik..

Missrarara Publish time 4-6-2021 02:39 PM

Mitos je ni.

shernazz Publish time 9-6-2021 09:02 AM

Arwah tok iols mmg cenggini
Masa raya pung sama..
Marah dia masa mak cik iols sapu depan rumah..
Tunggu esokaru sapu..haha

lalangkering Publish time 10-6-2021 02:00 AM

Bagi pendapat iols, kemungkinan logik tak bagi sapu malam2 ialah dulu-dulu orang kg hanya guna pelita minyak tanah je untuk menerangi kegelapan malam. Jadi jika menyapu waktu malam, takut tersapu barang-barang berharga ataupun duit. Yelah, tak nampakkan.
Pages: [1]
View full version: Sapu Pada Waktu Malam Simbol Tolak Rezeki, Fakta Atau Mitos?


ADVERTISEMENT