Raline Publish time 20-5-2021 10:32 PM

Sering Muncul Dalam Drama Fantasi Korea, Kenali Legenda Urban Gumiho

Sering Muncul Dalam Drama Fantasi Korea, Kenali Legenda Urban Gumiho

https://cdn.statically.io/img/i1.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2021/02/kenali-legenda-urban-gumiho-2.jpg?quality=100&f=auto

Sama seperti masyarakat lain di seluruh dunia, penduduk Korea juga mempunyai budaya seperti kepercayaan legenda, mitos dan tahyul mereka yang tersendiri.

Gumiho ialah salah satu kepercayaan dalam masyarakat Korea yang menarik untuk dikongsi bersama orang ramai. Seperti yang semua orang sedia maklum, budaya Korea banyak berpandukan kepercayaan daripada masyarakat Cina.

Gumiho ialah legenda yang diagungkan di Korea sehingga ke hari ini. Sekiranya penduduk Korea mengenali musang sembilan ekor sebagai gumiho, masyarakat Cina pula memanggil haiwan tersebut sebagai Huli Jing. Musang sembilan ekor ini pula terkenal sebagai Kyūbi no Kitsune dalam kalangan masyarakat Jepun.

https://cdn.statically.io/img/i3.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2021/02/kenali-legenda-urban-gumiho-1.jpg?quality=100&f=auto

Untuk yang pernah menonton My Girlfriend is a Gumiho sebelum ini, anda mungkin familiar dengan musang sembilan ekor tersebut. Drama yang dibintangi oleh Lee Seung-gi dan Shin Min-a ini berkisar tentang kehidupan gumiho yang menyimpan hasrat untuk berubah menjadi seorang manusia.

Menurut legenda Korea, gumiho akan makan lelaki supaya mereka memperoleh kecantikan dan hidup selama-lamanya. Untuk pengetahuan anda, gumiho akan berubah kepada roh yang boleh bertukar wajah sekiranya ia hidup lebih daripada 1,000 tahun dalam mitos Korea.

Sekiranya anda mahu tahu, rupa yang paling menjadi kegemaran musang sembilan ekor berkenaan ialah seorang wanita cantik yang mampu menggoda lelaki di bawah telunjuk mereka.

1MN9PSApdOc

Selain itu, mereka tidak boleh menjamah manusia selama 1,000 hari sekiranya mahu berubah menjadi manusia, Kepada anda yang pernah menonton Gu Family Book yang dibintangi oleh Lee Seung-gi dan Bae Suzy sebelum ini, gumiho tidak boleh menonjolkan dirinya yang sebenar kepada manusia.

XXkd1CvC3ZE

Mereka juga tidak boleh menjamah manusia ataupun haiwan lain dan membantu sesiapa yang memerlukan. Jikalau ingkar, mereka terpaksa menanggung akibatnya dengan bertukar menjadi syaitan selama 1,000 tahun.

Tidak berhenti di situ, mereka akan terlepas peluang untuk menjadi manusia. Walaupun ada mitos yang menggambarkan gumiho sebagai entiti yang baik dan naif, terdapat juga drama memandangnya sebagai makhluk jahat. Apa pendapat anda?

Penulis:

Muhammad Akmal Mohd Yusof adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM.
Prof Madya Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan dan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri (FiTA) UiTM.


akuchenta Publish time 20-5-2021 10:44 PM

Sukanya drama My Girlfriend is a Gumiho. Comel betul Shin Mina.

Nomu nomu chuaaa...:$
Pages: [1]
View full version: Sering Muncul Dalam Drama Fantasi Korea, Kenali Legenda Urban Gumiho


ADVERTISEMENT