Raline Publish time 20-5-2021 10:29 PM

Shinjuku: Stesen Keretapi Paling Sibuk Di Dunia

Shinjuku: Stesen Keretapi Paling Sibuk Di Dunia

https://cdn.statically.io/img/i3.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2020/01/JR_Shinjuku_Miraina_Tower-1-1024x684-1.jpg?quality=100&f=auto

EOmskE5uTm4

Stesen keretapi Shinjuku, terletak di tengah kota terbesar di dunia, Tokyo – yang mempunyai penduduk seramai 36 juta orang, merupakan stesen keretapi yang paling sibuk di dunia.

Stesen ini mengendalikan 3.64 juta penumpang keretapi setiap hari dari lima laluan keretapi yang berlainan, dengan 3,000 orang memasuki stesen ini setiap saat.

Stesen ini mempunyai 35 buah platform di bawah tanah, dan 17 di atas tanah, menjadikan 52 buah platform semuanya.

Lima pengendali keretapi di Jepun yang menggunakan stesen ini ialah :

1. East Japan Railway (Laluan Chuo) yang terdiri dari lima laluan berbeza:

Chuo Line (Rapid)
Laluan Chuo-Sobu
Laluan Saikyo
Laluan Shonan-Shinjuku
Laluan Yamanote

2. Keio Corporation di dua laluan iaitu Laluan Keio dan Keio Baru.

3. Odakyu Electric Railway di Laluan Odakyu-Odakawa.

4. Toei Subway di dua laluan iaitu Toei-Oedo dan Toei-Shinjuku.

5. Tokyo Metro di laluan Maranouchi.

11 juta orang menggunakan keretapi di Tokyo setiap hari. Dengan jumlah sebesar ini, infrastruktur keretapi di bandaraya ini sungguh mengagumkan. Daripada 24,000 kilometer jumlah panjang trek keretapi di Jepun, satu pertiga daripadanya terletak di Metropolitan Tokyo.

SEJARAH STESEN SHINJUKU

https://cdn.statically.io/img/i3.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2020/01/1024px-Shinjuku_Station_1925-1.jpg?quality=100&f=auto

Stesen keretapi Shinjuku digunakan sejak 1885, ketika laluan keretapi Japan Railways dari Akabane ke Shinagawa, dan merupakan stesen keretapi utama di tengah bandaraya Tokyo pada ketika itu (kini laluan Yamanote).

Laluan Chuo kemudiannya dibina melalui stesen tersebut pada 1889, Keio pada 1915, dan Odakyu pada 1923.

Pada tahun 1933, perancang bandar Tokyo, Kensaburo Kondo mencadangkan stesen ini menjadi hab pengangkutan darat utama di Tokyo, dengan menambahkan bangunan sayap barat dan kemudiannya siap pada 1941. Pun begitu tidak lama kemudian, Tent3ra Berikat meny3rang Tokyo, mengakibatkan kerosakan pada bangunan ini.

Selepas p3rang tamat, stesen keretapi ini diubahsuai dan dibesarkan, dan pembinaan laluan bawah tanah dimulakan pada tahun 1959, sempena Sukan Olimpik Tokyo pada 1960.

Pada tahun 1967, gerabak keretapi yang membawa bahan api untuk jet kapal terbang Amerika Syarikat untuk dihantar ke kapal melalui stesen tersebut, meletup di laluan Chuo. Akibat letupan itu, penduduk Jepun membantah penglibatan negara tersebut dalam Per@ng Vietnam yang sedang hangat berlangsung pada ketika itu.

Pada 1973, laluan keretapi peluru Shinkansen dibina melalui stesen keretapi tersebut, iaitu Joetsu Shinkansen, yang kemudiannya dialihkan ke stesen lain untuk ruang yang lebih besar, kerana keretapi peluru ini menyebabkan tingkap kaca bangunan sekeliling boleh pecah jika ia dalam keadaan laju tahap hipersonik.

https://cdn.statically.io/img/i2.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2020/01/8-1.jpg?quality=100&f=auto

Pada 5 Mei, 1995, sekumpulan pengikut @jaran sesat Aum Shrinkyo telah melepaskan gas sarin ke stesen ini, menyebabkan kem@Tian 13 orang, 50 orang ced3ra serta beribu orang yang lain dimasukkan ke hospital akibat kesesakan nafas.

S3rang@n itu disasarkan ke keretapi yang melalui ke arah Kasumigaseki, tempat di mana banyak pejabat kementerian di Jepun berpusat.

Pada tahun 2016, sebuah lagi platform ditambah, termasuk bangunan pejabat setinggi 32 tingkat dan stesen bas untuk lebih kurang 1,600 perjalanan ke seluruh Jepun.

Selain itu, keretapi laju dari Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, dikenali sebagai Narita Express juga melalui kawasan ini.

APA YANG MENARIK DI SHINJUKU?

Shinjuku merupakan syurga makanan jalanan jika anda ke Tokyo. Sebaik sahaja anda keluar dari stesen ini, terdapat makanan yang popular, dikenali sebagai takoyaki (bebola sotong).

https://cdn.statically.io/img/i2.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2020/01/a0001178_parts_5930d3041ff72-1.jpg?quality=100&f=auto

Takoyaki merupakan makanan jalanan yang popular di Jepun, dan ia sering dimakan bersama rumpai laut, halia dan daun bawang dan dicicah bersama mayonais Jepun.

Selain itu, stesen ini berhampiran dengan Shinjuku Gyoen, yang merupakan taman di tengah bandar yang menarik. Jika anda ke sana dalam bulan Februari atau Mac, ia sungguh cantik kerana pada masa itu bunga sakura sedang mekar dan menghiasi permandangan kota Tokyo.


https://cdn.statically.io/img/i2.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2020/01/3034_001_02-1.jpg?quality=100&f=auto

https://cdn.statically.io/img/i2.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2020/01/3034_001_02-1.jpg?quality=100&f=auto

Jika anda menggemari jalan belakang di Tokyo dan mahu mencari pelbagai barangan menarik (seperti jam tangan, atau barangan elektrik), bolehlah ke Shinjuku kerana terdapat banyak di lorong belakang seperti ini. Ada juga restoran yang enak jika anda penggemar makanan Jepun.


https://cdn.statically.io/img/i0.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2020/01/shinjuku-dark-alleys-1.jpg?quality=100&f=auto


Shinjuku juga merupakan syurga manga dan DVD anime sekiranya anda peminat kartun dari Jepun ini. Terdapat beberapa kedai buku komik seperti Melonbooks, Comic Toronoana, Village Vanguard dan Blister. Jika anda penggemar buku, ada juga Kinokuniya di sini.


https://cdn.statically.io/img/i0.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2020/01/1280px-Flickr_-_Pengdo-oing_-_VillageVanguard-1-1024x766.jpg?quality=100&f=auto


Akhir kata, satu hari suntuk anda takkan dapat habiskan ke seluruh daerah Shinjuku ini sahaja. Kota Tokyo ini besar dan jika anda berpeluang ke sana, jangan lupa ke Shinjuku dan rasai pengalaman yang menarik jika berada di sana.

Sumber:https://tehtarikgelasbesar.com

Pages: [1]
View full version: Shinjuku: Stesen Keretapi Paling Sibuk Di Dunia


ADVERTISEMENT