Raline Publish time 19-5-2021 09:33 PM

Video Asal Usul Terma ‘OK’ Dan Bagaimana Ia Tercipta

Asal Usul Terma ‘OK’ Dan Bagaimana Ia Tercipta

https://cdn.statically.io/img/i1.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2020/11/download.jpg?quality=100&f=auto

Pasti anda semua sering menggunakan perkataan ‘OK’ bukan? Ia adalah sejenis ungkapan yang memberi makna dan aura positif kepada sesiapa sahaja yang menyebutnya.

1UnIDL-eHOs

Walau bagaimanapun, singkatan kata ‘OK’ kini menjadi semakin pendek dan sesetengah orang hanya menyebut kata ‘K’ sahaja sekaligus menunjukkan sikap malas ambil tahu jika berbual menerusi aplikasi media sosial. Tahukah anda, bagaimana manusia terfikir untuk mewujudkan perkataan OK ini?

https://cdn.statically.io/img/i3.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2020/11/ok.jpg?quality=100&f=auto

Seperti yang kita sedia maklum, masyarakat hari ini lebih suka untuk mengutarakan ayat menggunakan bahasa ringkas atau short form contohnya OMG untuk Oh My God. Begitu juga dengan perkataan OK yang pada kata dasarnya wujud disebabkan kesalahan ejaan ‘oll korrect’ atau sebenarnya ‘all correct’.

Menurut pengkaji asal usul terma OK iaitu Allan Metcalf, beliau berkata bahawa perkataan ini wujud buat pertama kali pada 23 Mac 1839 di Boston, Amerika Syarikat di mana masyarakat pada ketika itu gemar untuk menyingkatkan terma. Bagi mereka, budaya menyingkatkan terma sebegini sengaja disalah eja bagi memberikan kesan jenaka semasa berbual atau bahasa slanga.

Terma OK mula diperluaskan dalam sebuah artikel lawakbertajuk Anti-Bell-Ringing Society terbitan syarikat akhbar Boston Morning Post. Penyunting artikel berkenaan, iaitu Charles Gordon Greene pada ketika itu lebih banyak menekankan penggunaan perkataan OK yang bermaksud oll korrect (all correct) untuk ayat dalam artikel tersebut.

Oleh kerana penggunaan terma OK menjadi popular, Presiden Amerika Syarikat kelapan, Martin Van Buren menyatakan terma OK juga merujuk kepada Old Kinderhook iaitu nama timangan yang diinspirasikan daripada nama tempat kelahiran beliau. Metcalf beranggapan bahawa terma OK mempunyai dua maksud iaitu ‘oll korrect’ adalah Old Kinderhook.

Pada tahun 1840, satu pilihan raya pemilihan presiden Amerika Syarikat telah diadakan dan Martin Van Buren menggunakan slogan oll korrect is Old Kinderhook untuk memancing undi. Disebabkan Van Buren, terma OK menjadi semakin popular di Amerika Syarikat dan ramai yang menggunakan singkatan OK dalam perbualan harian mereka.

Sumber:
History, CBS News, ML Studios

Pages: [1]
View full version: Video Asal Usul Terma ‘OK’ Dan Bagaimana Ia Tercipta


ADVERTISEMENT