Raline Publish time 19-5-2021 09:26 PM

Estetika Dan Rahsia Keunikan Songket Melayu

Estetika Dan Rahsia Keunikan Songket Melayu

https://cdn.statically.io/img/i2.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2020/11/cropped-songket04.jpg?quality=100&f=auto

Apabila membicarakan tentang seni tekstil Melayu, kita tidak dapat lari dari memperkatakan tentang songket Melayu. Oleh itu, ada baiknya kita mengenali terlebih dahulu seni tekstil Melayu.

Umum mengetahui bahawa seni tekstil adalah salah satu seni rupa Melayu yang merupakan bahan asas sebelum menjadi busana Melayu iaitu berasaskan kepada benang hingga menjadi kain. Kain songket adalah hasil tenunan tradisional masyarakat Melayu yang sangat bernilai.

https://cdn.statically.io/img/i0.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2020/11/unnamed-2.jpg?quality=100&f=auto

Istilah songket berasal dari perkataan Melayu iaitu menyungkit menggunakan benang gimpal (emas dan perak). Ia bukanlah kaedah membuat kain secara sulam kerana penghasilan motif dibuat sebagai hiasan pada kain yang dilakukan semasa proses tenun. Proses menghasilkan kain songket melibatkan proses menyungkit benang gimpal pada benang loseng.

Kebiasaannya, pembuatan songket ini diketuai oleh kaum perempuan. Ia banyak dihasilkan di Malaysia terutamanya di bahagian Pantai Timur Semenanjung dan di negeri Sarawak.

Sejarah bermulanya penggunaan songket ini masih tidak dapat dipastikan. Walau bagaimanapun, ia dipercayai merupakan satu warisan yang berasal dari istana atau ada kaitan dengan kesultanan Melayu khususnya sebelum sistem pemerintahan tradisional beraja.

https://cdn.statically.io/img/i1.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2020/11/image1-2.jpg?quality=100&f=auto

Keunikan songket lebih mendalam dari segi keindahan proses menenun kain. Songket bermula dengan gerak kerja untuk menenun kain daripada benang.

Benang yang sudah sedia dicelup dengan warna-warna tertentu dan sudah dilerai dari bundalannya ke dalam cuban akan dialani kepada kek, iaitu digulung ke pasung dan dimasukkan ke gigi jentera tenunan benang kekuntuk menjadi kain.

Proses tenunan untuk menenun benang menjadi kain dipanggil ‘mengarat’. Sambil mengarat benang, tukang tenun akan menyungkit susunan benang pada bahagian-bahagian yang telah dipastikan terlebih dahulu dan melancarkan benang emas bagi mencipta motif tertentu dalam pembikinan songket.

Songket dalam masyarakat Melayu membawa perlambangan tertentu, misalnya songket ini dikaitkan dengan lambang kemewahan. Dalam masyarakat Melayu Palembang-Indonesia misalnya, dalam sesebuah majlis perkahwinan, masyarakat dapat mengetahui jumlah hantaran melalui penggunaan songket.

Pekara yang unik dalam sebuah pemakaian songket ini adalah semakin tinggi jumlah hantarannya bermakna semakin banyaklah penggunaan songket.

https://cdn.statically.io/img/i1.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2020/11/image4.jpg?quality=100&f=auto

Selain itu, kebijaksanaan penenun Melayu juga dilihat dari aspek penghasilan songket yang asli. Menurut Kamus Dewan, keaslian adalah ketulenan, kejatian, dan kemuliaan.

Ini bermakna bahawa faktor pengaruh asing tidaklah ditolak bahkan terjadinya proses penyaringan atau penapisan, iaitu penafsiran semula makna dan menyaring serta menggubah dan meninggalkan mana-mana unsur yang dirasakan tidak sesuai dengan budaya Melayu.

Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia perlulah memahami tentang betapa pentingnya kain songket kepada orang Melayu. Songket Melayu merupakan hasil kraf tangan Melayu yang mempunyai nilai estetika yang tinggi. Ini dapat dilihat daripada proses awal pembuatan hinggalah apabila ia dipakai. Songket menampilkan kejelitaan dan keanggunan si pemakai selain menegaskan sifat-sifat tertentu.

Penulis:

Siti Aminah Binti Ahmad adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM.
Prof Madya Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan dan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri (FiTA) UiTM.

Sumber:https://tehtarikgelasbesar.com

sharlenetexas Publish time 19-5-2021 09:32 PM

Pakai songket masa hari graduasi sekolah dulu. Mak iols beria2 sangat nak iols pakai.

nazzse Publish time 19-5-2021 09:55 PM

I suka songket, cantik sangat. Brocade pun tak boleh lawan. Tapi tu lah materilnya tu panas.
Pages: [1]
View full version: Estetika Dan Rahsia Keunikan Songket Melayu


ADVERTISEMENT