Raline Publish time 19-5-2021 09:02 PM

Lanun Wanita Dalam Sejarah Islam

Lanun Wanita Dalam Sejarah Islam, Sayyida Al-Hura Digeruni Sepanyol

https://cdn.statically.io/img/i0.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2021/05/Lanun-Wanita-Dalam-Sejarah-Islam-Sayyida-Al-Hura-Digeruni-Sepanyol.jpg?quality=100&f=auto

Jika kita bercakap pasal lanun, banyak pendapat dan tanggapan yang akan diberikan. Lanun dilihat sebagai sekumpulan pemberontak dan pencuri yang jahat dan tidak bermoral. Ramai yang kenal lanun terkenal dalam filem Hollywood Pirate Of the Caribbean, tapi korang mesti tak pernah dengar kewujudan lanun wanita atau lebih dikenali dengan nama Sayyida Al-Hurra.

Pada abad ke-15, wujud seorang lanun wanita yang bernama Sayyida Al-Hura dan sangat digeruni oleh musuh ketika itu. Siapakah wanita ini dan mengapa dia begitu berpengaruh pada abad itu? Artikel kali ini mengisahkan seorang ratu lanun dan penguasa samudera Mediteranean.

https://cdn.statically.io/img/i3.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2021/05/Lanun-Wanita-Dalam-Sejarah-Islam-Sayyida-Al-Hura-Digeruni-Sepanyol_3.jpg?quality=100&f=auto

Sayyida Al-Hura atau nama sebenarnya Lalla Aicha merupakan seorang lanun wanita yang hebat. Dilahirkan pada tahun 1485 di Granada, Sepanyol dalam keturunan keluarga Muslim yang berada. Namun, dia dan keluarganya dihalau keluar secara paksa daripada kediaman mereka kerana gerakan ‘Spanish Reconquista’. Warga Sepanyol telah menghalau Moors (Muslim) keluar daripada Sepanyol. Kemudian mereka sekeluarga berhijrah ke Morocco.

Namun begitu, keluarga ini masih dihormati walaupun hidup sebagai pelarian yang dihalau keluar dari negara. Lalla telah menghabiskan masanya dengan mempelajari pelbagai ilmu seperti matematik, teologi, bahasa dan juga disiplin.

Ketika berusia 16 tahun, beliau berkahwin dengan seorang governor yang berpengaruh dan berkhidmat di sana. Sultan Morocco membenarkan mereka mendiami sebuah kota yang dahulunya tiada apa-apa iaitu kota Tetouan. Selepas kematian suaminya, wanita ini mengambil allih tampuk pemerintahan kota itu.

https://cdn.statically.io/img/i1.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2021/05/Lanun-Wanita-Dalam-Sejarah-Islam-Sayyida-Al-Hura-Digeruni-Sepanyol_4.jpg?quality=100&f=auto

Ketika inilah beliau mendapat gelaran ‘Sayyida Al-Hura” : Hakimit Titwan” yang membawa maksud ‘Wanita Agung Terhormat : Gabenor Tetouan’. Lalla atau Sayyida Al-Hura telah diberi kepercayaan untuk memerintah sebuah kota secara sendiri, juga merupakan Permaisuri terakhir dalam sejarah Islam.

Pada masa yang sama, beliau terkenang dalam mindanya mengenai kekejaman tentera yang memaksa beliau untuk melarikan diri. Dendam kesumat menyebabkan beliau mengumpulkan bala tentera lanun dan beliau bekerjasama dengan lanun terkenal, iaitu Barbarossa.

Beliau memulakan peperangan diantara Sepanyol dan Portugis ketika itu bersama-sama dengan Barbarossa. Mereka menenggelamkan sebilangan besar kapal angkatan Sepanyol dan Portugis.

MmQulOfcZE0

Sayyida Al-Hurra berjaya menakluk sebahagian besar barat lautan Mediterranean manakala Barbarossa di timur. Anak kapal ditawan dan harta-harta di dalam kapal turut dijarah, malah tawanan turut dijadikan tebusan.

Pada 1541, beliau telah menerima pinangan dari Raja Morocco yang bernama Ahmed Al Wattasi. Beliau memerintah selama hampir 30 tahun dan digulingkan oleh menantu sendiri pada 1542. Harta dan kuasanya dirampas, malah beliau dibuang ke Chefchaouen dan meninggal di sana pada 14 Julai 1561.

Walaupun pengakhiran riwayatnya begitu menyedihkan, namun, Sayyida Al-Hura masih dikenang sebagai wanita yang luar biasa. Dia adalah seorang ratu yang berani, bijak dan berkuasa malah, namanya juga ada dicatat di dalam sejarah Islam.


SumbeR:https://tehtarikgelasbesar.com

Pages: [1]
View full version: Lanun Wanita Dalam Sejarah Islam


ADVERTISEMENT