piao Publish time 18-5-2021 07:56 PM

3 Kes Jenayah Ini Ambil Inspirasi Daripada Watak Filem

3 Kes Jenayah Ini Ambil Inspirasi Daripada Watak Filem

https://cdn.statically.io/img/i2.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2020/11/3-kes-jenayah-ambil-inspirasi-watak-filem.jpg?quality=100&f=auto

Walaupun filem dan drama mampu membantu seseorang memperoleh inspirasi, namun ada kalanya ia juga boleh membuatkan individu berkenaan bertindak di luar batasan.


Kami kongsikan tiga kes jenayah sebenar yang mengambil inspirasi daripada watak-watak dalam filem menerusi artikel ini:

1. The Dark Knight


https://cdn.statically.io/img/i1.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2020/11/heath-ledger-joker-3-kes-jenayah-filem.jpg?quality=100&f=auto

Seorang pesalah juvana di Indiana dekat Amerika Syarikat pada 29 Januari 2009 telah menyolekkan wajahnya supaya ia kelihatan sama seperti watak Joker yang dilakonkan oleh Heath Ledger dalam filem The Dark Knight.

Selepas siap bersolek, wanita itu bertindak menyerang guru sendiri dengan menggunakan pisau yang bersaiz lima inci. Guru berkenaan terpaksa melindungi dirinya dengan troli yang ada di dalam kelas.

2. Taxi Driver

UUxD4-dEzn0

John Hinckley Jr sangat obses dengan Jodie Foster sehingga dia menyamakan dirinya dengan watak pemandu teksi yang dibawa oleh Robert De Niro dalam filem Taxi Driver.

Akibat tidak lagi mampu membezakan antara realiti dan fantasi, John mula mengekori serta mengganggu kehidupan peribadi Jodie dengan melakukan panggilan telefon dan meninggalkan pelbagai pesanan kepada wanita berkenaan.

John turut mengganggu aktres berkenaan di kampus dan asramanya serta sanggup berpindah untuk tinggal lebih dekat dengan wanita tersebut.

Selepas menyedari cintanya kepada Jodie tidak berbalas, John menyerang Presiden Ronald Reagan pada tahun 1981 dengan enam das tembakan di hadapan sebuah hotel. Ronald mengalami kecederaan parah kepada paru-parunya selepas insiden tersebut.

3. The Matrix

O7LfCZ7QeCM

Lee Boyd Malvo mendakwa dirinya adalah jelmaan watak Neo yang dilakonkan oleh Keanu Reeves dalam filem The Matrix. John Allen Muhammad pula percaya dia ialah Morpheus.

Siri serangan dan rompakan Malvo serta John yang bermula dari 16 Februari 2002 ini telah mengorbankan 17 nyawa dan menyebabkan kecederaan kepada 10 mangsa.

Pihak polis akhirnya menangkap kedua-dua individu berkenaan pada 24 Oktober 2002 ketika mereka tertidur dalam kereta di sebuah kawasan rehat dan rawat.

Gara-gara percaya dirinya Neo yang terpilih sebagai utusan penyelamat manusia, Malvo mahu memulakan revolusi untuk membebaskan manusia daripada cengkaman rejim mesin-mesin yang mengemudi kehidupan.

Malvo akhirnya dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup manakala John dihukum mati pada tahun 2009 menerusi suntikan beracun.

Pada pendapat anda, adakah filem memberikan kesan negatif atau sebaliknya kepada individu?

Sumber:
Iluminasi

Pages: [1]
View full version: 3 Kes Jenayah Ini Ambil Inspirasi Daripada Watak Filem


ADVERTISEMENT