piao Publish time 18-5-2021 12:55 PM

Bagaimana Arak Memusnahkan Masyarakat Di Rusia

Bagaimana Arak Memusnahkan Masyarakat Di Rusia

https://cdn.statically.io/img/i1.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2020/01/images-1.jpg?quality=100&f=auto

vK7l55ZOVIc

Apabila kita sebagai orang luar mendengar tentang Rusia, perkara pertama yang kita akan tahu ialah Vladimir Putin, ia bekas negara komunis yang membentuk Soviet Union, Anna Kournikova, dan semestinya vodka.

Vodka adalah minuman keras paling popular di Rusia. Ia adalah sejenis minuman keras yang diproses dengan menggunakan distillation sebagai cara untuk mendapatkan alkohol dalam kanji bijirin atau kentang, iaitu dengan cara memasak bahan yang diperam untuk mendapatkan alkohol yang tinggi.

Biasanya kandungan alkohol dalam vodka dalam lingkungan melebihi 40%, dan ia amatlah mudah dihasilkan, kerana methodnya sama seperti kita membuat tuak di sini.

Vodka tidak ada rasa, tidak ada bau yang menarik, ia cuma alkohol yang digunakan oleh penduduk Rusia sebagai sumber untuk memanaskan badan dalam suhu yang sejuk. Dengan purata suhu -6 darjah Celcius, dan pernah mencecah suhu serendah -30 darjah Celcius, suhu sejuk di Rusia bukan sesuatu yang boleh dibawa bincang.

Satu perkara tentang vodka ialah penghasilannya yang mudah menyebabkan ia boleh dihasilkan dengan banyak. Vodka dicipta seawal abad ke-8 oleh golongan petani ini, sehinggalah pada tahun 1485, Czar Rusia, Ivan III mengh4ramkan penghasilan vodka oleh golongan petani untuk memonopoli perniagaan ini.

Sesiapa yang menjual vodka pada ketika itu akan ditangk4p dan dip3njarakan, atau dihvkum bvnuh.

Sejak itu, semua vodka diisytihar sebagai hak milik kerajaan Czar, dan hanya boleh dihasilkan oleh kilang yang dimiliki oleh Czar. Dengan cara ini adalah misi dua serampang, iaitu untuk memastikan wang Czar tidak putus kerana rakyat terus membeli arak, serta apabila mereka terlalu mabuk, mereka tidak akan ada masa untuk berfikir bagaimana untuk melawan Czar.

Perniagaan vodka ini cukup lumayan sehinggakan semasa zaman pemerintahan Catherine The Great pada 1762, baginda tidak mengurniakan tanah sebaliknya mengurniakan lesen kilang vodka kepada mereka yang berjasa kepada negara.

Sistem ini berjaya selama 428 tahun, ketika Rusia mula memasuki kancah P3rang Dunia Pertama yang mengakibatkan negara itu muflis, m0gok pekerja serta huru-hara di negara itu, sehingga tercetusnya dua rev0lusi pada tahun 1917 – pada bulan Februari oleh Menshaviks, dan pada Oktober pula ialah Bolshevik, yang mendirikan kerajaan k0munis di Rusia.

“Alcohol is a poison, harmful for the soul and body, therefore it is a greater sin to drink alcohol and offer it to others, and it is even a greater sin to produce and sell this poison.”

– Leo Tolstoy

Dalam erti kata lain, selama kerajaan Czar berdiri di Rusia, mereka berkuasa dengan menggunakan wang dari vodka, dan mengawal rakyat dengan menggunakan vodka yang memabukkan rakyat.

Ketagihan alkohol yang serius di Rusia menyebabkan kr1sis pender4an domestik yang serius, dimana ayah memvkul anak dan suami memvkul isteri akibat mabuk adalah perkara yang normal di negara itu.

Apabila menubuhkan kerajaan k0munis pada tahun Oktober 1917, antara perkara pertama yang dilakukan oleh Bolshevik ialah mengharamkan vodka, kerana pada mereka, ini adalah satu perkara yang menghancurkan masyarakat.

https://cdn.statically.io/img/i2.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2020/01/images.jpg?quality=100&f=auto
https://cdn.statically.io/img/i0.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2020/01/tumblr_inline_p1way2QNj71qb7oj7_1280-796x1024.jpg?quality=100&f=auto
ntuk seketika, vodka diharamkan di Rusia dan semua kilang-kilang vodka ditutup oleh kerajaan Bolshevik. Namun, selepas kem4tian Lenin dan digantikan oleh Jozef Stalin, kilang-kilang vodka dibuka kembali dengan label “People’s Vodka”.

Selama 60 tahun kerajaan k0munis Soviet Union ditubuhkan, vodka adalah c4ndu rakyat ketika masalah ekonomi berlaku, dan alkoholisme semakin kronik ketika di era 1970an, dimana ekonomi Soviet bergerak dalam kadar perlahan, dan perang di Afghanistan pada 1980an membuatkan kadar depressi di negara itu semakin teruk.

Sehinggakan pada tahun 1980an, botol vodka direka tidak boleh ditutup kembali kerana menganggap kalau sudah dibuka, orang akan minum sampai habis.

Apabila keadaan ketagihan alkohol semakin serius, pemimpin Soviet, Mikail Gorbachev mengharamkan semula kilang vodka, menyebabkan orang awam cuba menghasilkannya di rumah, dan ramai yang m4ti akibat keracvnan.

Sehingga kerajaan Soviet Union jatuh, kilang vodka dibuka kembali, cuma kali ini ia dibuka oleh syarikat kapitalis yang membantu kewangan untuk kempen politik Presiden Rusia, Boris Yeltsin.

cRysHHzLAmM

Kemudiannya ia diteruskan oleh Presiden Vladimir Putin dan sehingga ke hari ini, masalah ketagihan alkohol di Rusia seperti tidak pernah putus dan seluruh masyarakat menjadi musnah kerana mabuk dan pend3raan domestik oleh mereka yang mabuk minum vodka.

SumbeR:https://tehtarikgelasbesar.com

Pages: [1]
View full version: Bagaimana Arak Memusnahkan Masyarakat Di Rusia


ADVERTISEMENT