piao Publish time 17-5-2021 06:00 PM

Naskhah Kuno Penuh Misteri, Kitab Codex Gigas Ini Ditulis Iblis

Naskhah Kuno Penuh Misteri, Kitab Codex Gigas Ini Ditulis Iblis

https://cdn.statically.io/img/i2.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2021/05/codex_gigas.jpg?quality=100&f=auto

Adakah anda tahu akan kewujudan sebuah buku yang dipercayai mengandungi semua maklumat tentang kehidupan manusia dan alam gelap?

Devil’s Bible atau Codex Gigas dipercayai telah ditulis oleh seorang penulis yang telah menjual jiwanya kepada iblis supaya beliau boleh dapat inspirasi untuk menulis setiap teks di dalam buku tersebut.

Codex Gigas mempunyai 620 muka surat dan ia telah direka menggunakan kulit binatang. Untuk pengetahuan anda, ia dipanggil sebagai Devil Bible kerana terdapat satu lukisan misteri yang menggambarkan rupa bentuk kaum iblis di dalam buku tersebut.

https://cdn.statically.io/img/i1.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2021/05/codex_gigas_1.jpg?quality=100&f=auto

Anda dapat melihat sebuah lukisan pada muka surat 290 di mana ia memaparkan wajah jahat yang mempunyai tanduk di kepala, kuku panjang dan bermata merah.

Codex Gigas yang disebut ensiklopedia atau rujukan ilmu pengetahuan ini dipercayai telah dicipta oleh seorang rahib di Bohemia pada abad ke-13.

Menurut kisah yang beredar tentang buku ini, ia siap ditulis oleh rahib berkenaan dalam hanya satu malam sahaja kerana dia mahu mengelak daripada dihukum akibat melanggar peraturan gereja.

Bagi menyelamatkan nyawanya, rahib itu telah berjanji untuk membuat sebuah buku tentang kehidupan manusia dalam hanya satu malam. Pada waktu itu, anda hanya boleh menyiapkan sebuah buku seperti Codex Gigas dalam masa satu hari sekiranya mengadakan perjanjian terlarang dengan iblis.

Disebabkan lelaki berkenaan sungguh terdesak untuk menyelamatkan nyawanya, dia kemudiannya memanggil iblis untuk membantunya menyiapkan buku tersebut.

Sebagai balasan, dia akan menjual jiwanya kepada iblis. Dengan bantuan iblis, rahib terbabit berjaya menyiapkan Codex Gigas dan potret makhluk berkenaan dipaparkan di tengah halaman sebagai tanda penghormatan.

https://cdn.statically.io/img/i3.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2021/05/codex_gigas_2.jpg?quality=100&f=auto

Walaupun cerita tentang keajaiban Codex Gigas yang dibuat dengan iblis lebih menarik didengar, para penyelidik di Perpustakaan Negara Sweden memberikan gambaran yang lebih logik tentang berapa lama manuskrip ini berjaya dihasilkan oleh seseorang, “Sekiranya penulis bekerja selama enam jam sehari dan menulis enam hari seminggu, naskhah ini dapat disiapkan dalam masa lima tahun.

Sekiranya penulisnya adalah seorang rahib, dia mungkin hanya dapat bekerja sekitar tiga jam sehari dan ini bermakna buku itu memerlukan masa sepuluh tahun untuk ditulis.

Disebabkan penulis memerlukan lebih banyak pengetahuan sebelum mula menulis, masa yang diperlukan untuk menyelesaikan manuskrip akan jadi lebih lama. Penulis juga menghias manuskrip jadi proses untuk menyiapkan karya beliau mungkin mengambil masa sekurang-kurangnya 20 tahun atau 30 tahun.”

Menurut National Geographic, hasil analisis tulisan Codex Gigas menunjukkan bahawa naskhah itu sebenarnya ditulis oleh orang yang sama. Paleografer yang menganalisis tulisan dalam Codex Gigas iaitu Michael Gullick menganggap bahawa buku gergasi ini sebagai satu keajaiban kerana seseorang perlu bekerja sekurang-kurangnya lima tahun tanpa berhenti untuk menghasilkan kaligrafi naskhah kuno tersebut.

Apa pendapat anda tentang penulis sebenar buku gergasi ini?


Sumber:https://tehtarikgelasbesar.com

piao Publish time 17-5-2021 06:07 PM

bsDe42IRvVo


R7DCFAb0kJE

CiliPadiSedap Publish time 17-5-2021 06:52 PM

https://i.ibb.co/zNK8CP9/friska.jpg

salmon-suki Publish time 17-5-2021 07:01 PM

Tingat plak supernatural..dean ngn sammy .duk cari codex nak kurung Lucifer:lol::lol::lol:

salmon-suki Publish time 17-5-2021 07:05 PM

CiliPadiSedap replied at 17-5-2021 06:52 PM


Wehhhhhhhh...apoooo nii..hahahahahaha..nama friska jgk y masuk idf..kohkohkoh~

sharlenetexas Publish time 17-5-2021 08:33 PM

Gambar setan terkangkang tengah berak.

malaygirl Publish time 18-5-2021 03:49 PM

Setan dlm buku tu nampak macam xmenakutkan. Rupa setan terseksa je gayanya
Pages: [1]
View full version: Naskhah Kuno Penuh Misteri, Kitab Codex Gigas Ini Ditulis Iblis


ADVERTISEMENT