piao Publish time 17-5-2021 05:30 PM

Ini Keunikan ‘Throat Singing’ Dari Tiga Budaya

Edited by piao at 17-5-2021 05:33 PM

Ini Keunikan ‘Throat Singing’ Dari Tiga Budaya

https://cdn.statically.io/img/i3.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2021/04/Throat_Singing_1.jpg?quality=100&f=auto

Budaya yang hampir ditelan zaman dan tidak diketahui ramai ini sudah berkurun lamanya bertapak di sebahagian kawasan Asia Tengah serta dipraktikkan di sebelah utara Kanada dan Afrika Selatan. Throat-singing merupakan variasi gaya nyanyian vokal yang meliputi pengkhususan teknik dalam penghasilan nada dengan harmoni unik. Kombinasi ini membawa imej dan maksudnya yang tersendiri mengikut asal-usul budayanya, namun tidak dapat disangkalkan kepentingannya sebagai salah satu bentuk muzik tertua di dunia yang dimartabatkan oleh tiga kaum orang asli ini.


1. Tuva

Terletak di barat laut Mongolia, throat-singing dipanggil sebagai Khöömei di mana penyanyi akan menggunakan teknik pernafasan yang membolehkan mereka mengekalkan ‘notes’ untuk jangka masa yang panjang.

Penyanyi di Tuva akan dilatih sejak kecil dan kebiasaannya, pada masa dahulu, budaya throat-singing di Tuva lebih dipraktikkan secara eksklusif oleh kaum lelaki. Hal ini kerana terdapat kepercayaan bahawa nyanyian boleh menyebabkan kemandulan, jadi, budaya tersebut dianggap taboo bagi kaum perempuan.

Throat-singing ini mencerminkan tradisi vokal kaum Tuvan yang mementingkan hubungan alam dan ia ditunjukkan melalui imitasi bunyian persekitaran semula jadi seperti bunyi haiwan, arus sungai dan angin. Sehingga kini, budaya unik ini diangkat menjadi lambang identiti kaum Tuvan dan kerap dijadikan persembahan dalam majlis-majlis formal.

2. Inuit

-A8IHKyoeQw

Inuit adalah masyarakat orang asli di utara Kanada. Berlawanan pula daripada budaya Tuva, throat-singing di sini lebih diketengahkan kepada sekumpulan kaum perempuan yang terdiri daripada dua atau lebih orang. Inuit melibatkan teknik tarikan dan hembusan nafas yang tajam untuk menghasilkan irama lagu.

Secara tradisionalnya, budaya ini digunakan sebagai nyanyian tidur bagi bayi atau kanak-kanak, dan juga ketika aktiviti memburu di musim sejuk. Walaupun budaya unik ini pernah dilarang lebih seratus tahun dahulu oleh paderi Kristian tempatan, namun ia dibangkitkan semula oleh generasi baharu yang percaya akan kekuatan dalam memelihara tradisi Inuit.

3. Xhosa

Kaum Xhosa yang terletak di timur laut Afrika Selatan adalah salah satu kumpulan orang asli yang paling kerap mengamalkan budaya throat-singing. Mereka menggunakan kaedah unik yang disebut sebagai eefing di mana penghasilan tona suara yang berbeza dirangkumkan menjadi satu dan seterusnya mengeluarkan gaya vokal yang berharmoni. Ia sering kali diiringi oleh alunan muzik tradisional yang dimainkan bersama dalam satu kumpulan di pesta tarian.

DFcPLfjHs7E

Apa pendapat anda mengenai keunikan tradisi bentuk muzik ini?

Sumber:https://tehtarikgelasbesar.com

piao Publish time 17-5-2021 05:37 PM

qx8hrhBZJ98

salmon-suki Publish time 17-5-2021 07:12 PM

Xhosa y byk kliklik tu:lol::lol::lol:
Pages: [1]
View full version: Ini Keunikan ‘Throat Singing’ Dari Tiga Budaya


ADVERTISEMENT