piao Publish time 17-5-2021 10:48 AM

5 Pantang Larang ‘Taboo’ Dalam Masyarakat Cina

5 Pantang Larang ‘Taboo’ Dalam Masyarakat Cina

https://cdn.statically.io/img/i2.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2020/10/pantang-larang-kaum-cina.jpg?quality=100&f=auto

Malaysia, merupakan sebuah negara yang masyarakatnya terdiri daripada berbilang kaum. Ini termasuklah kaum Melayu, Cina, India mahupun bangsa lain. Seperti yang kita sedia maklum, kepercayaan atau pantang larang tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat kita kerana hingga ke hari ini masih ada juga orang yang mempraktikkannya terutamanya masyarakat Cina.

Berikut adalah beberapa pantang larang yang kedengaran masih taboo dalam kepercayaan masyarakat Cina:

1.Membiarkan kedudukan chopstik tegak dalam mangkuk

https://cdn.statically.io/img/i3.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2020/10/chopstik-tegak-dalam-nasi.jpg?quality=100&f=auto

Sekiranya anda seorang yang peka, amat jarang sekali untuk kita melihat masyarakat Cina membiarkan kedudukan chopstik mereka dalam keadaan tegak sebelum atau selepas makan. Hal ini disebabkan kepercayaan mereka yang percaya jika makan dalam keadaan chopstik menegak, menyerupai seperti kayu colok yang dibakar seolah-olah upacara makan itu seperti memberi makan kepada anggota keluarga yang sudah mati.

2. Tidak mengigit mi sehingga putus

https://cdn.statically.io/img/i3.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2020/10/gigit-mi-putus.jpg?quality=100&f=auto

Bagi majlis ulang tahun kelahiran, kaum Cina kebiasaanya akan menghidangkan juadah mi sebagai hidangan utama mereka. Mi yang mempunyai maksud khas ‘Mi umur panjang’ sengaja dibuat panjang sebagai satu simbol melambangkan harapan mereka agar individu yang memakannya mempunyai jangka hayat yang panjang serta dalam keadaan yang baik.

Sekiranya tetamu dihidangkan dengan juadah mi, setiap helaian mi itu dilarang sama sekali untuk diputuskan atau diggigit. Oleh kerana itu, kita seringkali melihat orang Cina menyedut mi tanpa henti walaupun sudah menyedutnya dalam beberapa saat.

3. Memakai topi berwarna hijau

https://cdn.statically.io/img/i2.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2020/10/Why-Chinese-Men-Refuse-to-Wear-Green-Hats-Featured-1024x677.jpg?quality=100&f=auto

Kepercayaan kaum Cina juga percaya bahawa memakai topi bewarna hijau melambangkan pemakainya seorang yang tidak baik. Ini bekisarkan beberapa kepercayaan orang lama yang dikisahkan ketika Dinasti Ming, mereka mewajibkan lelaki yang melakukan perkara tidak baik untuk memakai topi bewarna hijau untuk mudah dikenali orang.

Terdapat juga kisah lagenda lama pada zaman China dahulu kala, si suami diwajibkan memakai topi bewarna hijau oleh si isteri setiap kali ketika keluar. Topi hijau bertujuan untuk mengenal pasti sang suami yang sedang berjalan pulang ke rumah kerana sang isteri sedang berlaku curang.

4. Berkongsi buah pear

https://cdn.statically.io/img/i0.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2020/10/kongsi-buah-pear-1024x576.jpg?quality=100&f=auto

Berkongsi makan sebiji buah pear dianggap membawa nasib malang dalam kalangan masyarakat Cina. Hal ini kerana berkongsi buah pear dalam bahasa Cina mempunyai maksud yang hampir sama dengan ‘akan berpisah’. Jadi, janganlah berkongsi buah pear dengan rakan Cina anda melainkan anda ingin berkongsi dengan penulis.

5. Pantang larang mengenai hadiah

https://cdn.statically.io/img/i1.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2020/10/pantang-larang-hadiah-kaum-cina.jpg?quality=100&f=auto

Masyarakat Cina juga amat sensitif terhadap pemberian dan penerimaan hadiah. Ini kerana memberi dan menerima hadiah mempunyai pantang larangnya yang tertentu. Sekiranya anda berniat untuk memberikan sesuatu hadiah tersebut, pastikan anda tidak memilih pembalut bewarna putih kerana itu melambangkan kemiskinan dan kesusahan.

Manakala, jika anda ingin membeli hadiah pula, pastikan hadiah tersebut bukan merupakan sebuah jam. Sebarang bentuk jam tangan tidak dibenarkan kerana dalam bahasa Cina ‘menghadiahkan jam’ seakan-akan menyerupai ‘ritual pengebumian’. Oleh itu pastikan anda membeli hadiah yang bersesuaian kepada si pemberi.

Selain jam, beberapa hadiah lain yang memberi makna tidak baik untuk diberikan termasuklah sapu tangan, payung, kasut, tuala atau barang-barang yang berunsur tajam seperti pisau atau gunting.

Kesemua pantang larang di atas merupakan kajian dan pendapat yang dibuat oleh penulis sahaja.

Sumber:
iluminasi

otai_g Publish time 17-5-2021 12:05 PM

Cina moden da x ikut kot.
Bnyk sgt pantang larang buat masyarakat jd jumud dan terbelengu.

Mcm melayu pantang larang yg paling top anak perempuan x yah bljr tinggi2, nanti kawen buat keje2 dapur jgk :lol:

Tp in realiti da la x belajar tinggi pastu keje2 basic kat dapur dan kat rumah pun malas nak buat. Apa la malang bakal suami dia :curse:

Boomibulat Publish time 17-5-2021 12:21 PM

Cuba list kan pantang larang Melayu pulak..

piao Publish time 17-5-2021 03:05 PM

Boomibulat replied at 17-5-2021 12:21 PM
Cuba list kan pantang larang Melayu pulak..

salah satu pantang larang..

x boleh makan bertatang ;P

ImpianSeroja Publish time 19-5-2021 08:08 PM

Oh gitu pantangnya
Pages: [1]
View full version: 5 Pantang Larang ‘Taboo’ Dalam Masyarakat Cina


ADVERTISEMENT