piao Publish time 17-5-2021 10:14 AM

Pewaris Harta Yang Kaya-Raya Tetapi Menjalani Kehidupan Tragis

Pewaris Harta Yang Kaya-Raya Tetapi Menjalani Kehidupan Tragis

https://cdn.statically.io/img/i0.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2020/05/conrad-nicky-hilton-jr-2.jpg?quality=100&f=auto

Adalah menjadi satu perkara biasa di mana orang ramai cemburu terhadap mereka yang datang daripada keluarga kaya-raya kerana dianggap tidak pernah merasa kepayahan hidup daripada kecil.'

Namun, tidak semua orang tahu bahawa kehidupan mereka ini sebenarnya juga mempunyai cabaran yang boleh membolehkan mereka tergelincir ke dalam hidup yang sangat sengsara dan tragis.

Berikut adalah lima pewaris harta yang kaya-raya tetapi menjalani kehidupan tragis.

1. Fred Trump III


https://cdn.statically.io/img/i2.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2020/05/fred-trump-iii.jpg?quality=100&f=auto
Sejak Donald Trump mengumumkan pencalonannya untuk menjadi presiden Amerika Syarikat, dia telah mencipta kontroversi di kedua-dua belah lorong politik. Tetapi sebelum Trump menjadi menjadi ahli perniagaan terhormat, dia menjadikan abangnya, Fred Trump III sebagai idola.

Donald Trump telah mendedahkan bagaimana kematian awal Fred sangat mempengaruhi kehidupannya. Sebagai anak lelaki sulung keluarga, Fred Trump III adalah pewaris yang bakal menjadi pengganti ayahnya dalam perniagaan.

Ini sudah tentu menjamin kehidupan yang sangat hebat dan berjaya. Menurut Donald Trump, abangnya memiliki kehidupan ‘berpesta’ dan dia terjebak dengan alkohol. Fred mengalami ketagihan alkohol yang teruk membuatkan dia berpaling daripada perniagaan dan menghabiskan lebih banyak masa untuk berseronok.

Kemerosotan ini mempunyai kesan buruk yang mendalam kepada Donald Trump. Apabila kesihatan Fred semakin bertambah buruk, dia cuba mendapatkan bantuan namun tiada yang berhasil. Akhirnya, alkohol menjadi penyebab yang membunuh Fred Trump III di usia yang muda. Dia meninggal pada tahun 1981 ketika berusia 42 tahun.

2. Walker Inman

https://cdn.statically.io/img/i0.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2020/05/walker-inmann-822x1024.jpg?quality=100&f=auto

Apabila pewaris syarikat tembakau Doris Duke meninggal dunia pada tahun 1993, dia mengejutkan ramai orang dengan menyerahkan estet bernilai RM4 bilion kepada badan amal. Tetapi tidak ada yang lebih terkejut berbanding anak saudaranya dan satu-satunya pewaris Doris, iaitu Walker Inman.

Apa yang ditinggalkan oleh Doris kepada Walker hanyalah unit amanah bernilai RM30 juta. Namun bersama dengan beberapa amanah lain yang diterima Walker pada awal tahun 1970-an, dia dapat menjalani kehidupan yang selesa dan mewah. Walker tidak perlu bekerja, jadi dia mengambil dadah untuk mendapatkan keseronokan. Ketagihan Walker Inman membawa dia ke beberapa tempat yang gelap.


Selepas menceraikan isterinya, Daisha, dia berjuang di mahkamah untuk mendapatkan hak penjagaan anak-anaknya. Percubaan penjagaan tersebut telah menyeksakan kehidupan anak kembarnya.

Walaupun dia berjuang untuk mendapatkan hak penjagaan anak-anaknya, namun Walker adalah seorang bapa yang tidak bertanggungjawab. Dia sering mengunci anak-anaknya di ruang bawah tanah tanpa bilik mandi dan memaksa mereka untuk mandi di dalam air yang panas.

Sebab utama mereka tidak diambil semula daripada Walker adalah bahawa mahkamah percaya ibu mereka tidak stabil secara mental, di mana Daisha pernah berkahwin dengan pesalah seks berdaftar. Walker Inman pernah berkahwin dengan lima orang semasa hidup dengan pendapatan bulanan sebanyak RM450,000.

Walaupun pendapatan lumayan, Inman tidak pernah berpuas hati dan meninggal dunia pada tahun 2010 akibat terlebih dos dadah methadone, ketika hampir mencecah usia 58 tahun.

3. Tad Walgreen

https://cdn.statically.io/img/i3.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2020/05/tad-walgreen.jpg?quality=100&f=auto

Tad Walgreen adalah salah seorang pewaris kekayaan Walgreen, dibina daripada rangkaian ubat-ubatan terbesar di Amerika. Menurut keluarga, Tad membesar dalam keadaan sederhana dengan ibunya yang telah menceraikan Charles ‘Cork’ Walgreen III dan hidup jauh dari keluarga mewah.

Tad pertama kali terlibat dalam keluarga Walgreen semasa remaja ketika dia mula hidup bersama bapanya. Dia dan bapanya tidak serasi membuatkan Tad berhijrah ke Colorado dan kemudian ke Arizona di mana dia menganggur. Dia mula terlibat dengan alkohol, yang membelenggu kehidupan dan hayatnya yang pendek.

Selepas masalah ketagihan alkoholnya menjadi tidak terkawal, Tad telah dihantar ke hospital Chicago untuk rawatan di mana dia bertemu dengan isterinya, Loren, yang sedang dirawat kerana kemurungan. Mereka berkahwin pada tahun 1988 dan mempunyai dua orang anak, tetapi kedua-dua mereka telah tenggelam dalam kehidupan yang dikelilingi masalah ketagihan.

Pada tahun 1993, selepas Loren cuba membunuh diri, ibunya mengambil hak penjagaan anak-anak dan keluarga Walgreen mula membantu anak-anak mereka dari segi kewangan. Tad dipenjarakan kerana kesalahan memandu dalam keadaan mabuk dan kemudiannya disabitkan kesalahan yang lebih besar kerana cuba mendapatkan ubat penahan sakit secara haram daripada salah sebuah farmasi Walgreen sendiri.

Semasa perbicaraan penjagaan anak-anaknya pada tahun 1996, datuk Tad berkata bahawa dia menghantar Tad dan Loren wang untuk membayar sewa rumah, tetapi sebaliknya mereka menggunakannya untuk membeli dadah. Dia kemudian mula memberikan wang itu terus kepada tuan tanah mereka. Dia turut memberi wang untuk menyara anak-anak mereka, namun mereka tetap menggunakannya untuk membeli dadah.

Setiap kali dia melawat pangsapuri Tad, dia terkejut dengan keadaan yang mengerikan di tempat tinggal Tad. Diliputi kekotoran, pangsapuri itu berada di salah satu kejiranan yang paling teruk di Chicago. Tad bersetuju untuk memberikan hak penjagaan anak-anak kepada keluarganya dan meninggal dunia tidak lama selepas itu akibat terlebih dos kokain pada tahun 1996.

Ketika ditemui, mayatnya berada dalam keadaan sudah mereput. Dia hanya berusia 36 tahun pada masa kematiannya dan isterinya, Loren, meninggal dunia pada tahun 1999 juga akibat terlebih dos dadah pada usia 31 tahun.

4. Conrad ‘Nicky’ Hilton Jr

https://cdn.statically.io/img/i0.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2020/05/conrad-nicky-hilton-jr-2-1.jpg?quality=100&f=auto

Menurut semua kisah, Conrad ‘Nicky’ Hilton Jr. mempunyai kehidupan yang sempurna. Sebagai anak pengasas Hilton Hotel Conrad Hilton, dia tidak pernah kesempitan wang atau glamor dalam hidupnya. Dia boleh mendapatkan hampir mana-mana wanita yang dia inginkan dan boleh membeli apa sahaja yang dia mahukan.

Pada tahun 1950, Conrad berkahwin dengan salah seorang wanita yang paling cantik dan terkenal di Hollywood, Elizabeth Taylor. Ketika itu, dia baru sahaja berusia 18 tahun. Walaupun seolah-olah seperti perkahwinan dongeng, hubungan itu menjadi mimpi buruk dalam beberapa bulan sahaja. Conrad suka berjudi, minum, dan kasanova. Kacak dan sangat kaya, dia menjadi kegilaan wanita.

Semasa bulan madu mereka di Eropah, Conrad minum dengan begitu teruk dan lebih memberikan perhatian kepada perjudian berbanding berbulan madu. Elizabeth Taylor didera secara mental. Selepas pulang daripada berbulan madu, dia tidak tahan lagi dengan Conrad. Pada 29 Januari 1951, Elizabeth memfailkan penceraian terhadap Conrad Hilton hanya selepas 205 hari pernikahan mereka.

Namun, ia tidak menghentikan Conrad daripada gaya hidupnya yang sukakan alkohol. Dia kemudian berkahwin sekali lagi pada tahun 1958, tetapi gagal buat kali kedua. Conrad meninggal dunia 11 tahun kemudian akibat serangan jantung pada usia 42 tahun.

5. Andrew Getty

https://cdn.statically.io/img/i3.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2020/05/andrew-getty-691x1024.jpg?quality=100&f=auto

Andrew Getty, anak lelaki Gordon Getty, yang mempunyai anggaran kekayaan bernilai RM8.4 bilion, berkongsi harapan dan impian yang sama dengan ramai orang iaitu ingin menghasilkan filem. Andrew sepatutnya sudah mampu berjaya dalam industri perfileman kerana hubungan keluarga dan kekayaannya yang luar biasa.

Tetapi dia tidak pernah berjaya, yang membawa kepada kehidupan yang tragis. Andrew kemudian mempelajari filem di USC dan kemudiannya lulus dari Universiti New York pada tahun 1990. Dia berpindah ke Los Angeles supaya dapat meneruskan impiannya. Menurut kawan-kawannya, Andrew adalah seorang lelaki sangat berimaginasi tinggi yang menceritakan kisah hebat, bakat yang diterjemahkannya kepada skrip filem.

Di rumahnnya, dia dilaporkan menyimpan banyak filem seram dan pornografi. Selama bertahun-tahun, Andrew menulis beratus-ratus skrip, tetapi tidak ada yang dibeli oleh mana-mana studio. Akhirnya dia memutuskan untuk membuat filem sendiri. Dia menghabiskan RM25 juta terhadap sebuah filem seram bebas yang tidak pernah diterbitkan.

Semakin semuanya menjadi lebih jelas bahawa impiannya tidak akan menjadi kenyataan, dia berpaling kepada mengejar wanita dan dadah yang membuatkan kesihatannya menjadi sangat teruk. Teman wanita Andrew yang paling lama adalah Lanessa Dejonge. Hubungan ‘on-off’ mereka dilanda dengan keganasan rumah tangga yang sangat kerap.

Tidak lama sebelum kematiannya, Andrew memfailkan perintah larangan terhadap Lanessa. Dia mendakwa bahawa sifat Lanessa telah menjejaskan kesihatannya, di mana dia menghidap penyakit darah tinggi. Dia juga menderita ulser gastrik, tetapi kesihatannya yang buruk tidak menghentikan penggunaan dadahnya. Menurut Lanessa, Andrew menggunakan ‘lapan bola’ methamphetamine sehari, iaitu 3.5 gram. Akhirnya, dia ditemui mati di rumahnya .

Penyebab kematian rasminya adalah mabuk, methamphetamine dan pendarahan gastrointestinal, ketika berusia 47 tahun.

Sumber:https://tehtarikgelasbesar.com

Supersirap Publish time 17-5-2021 10:45 AM

Setiap orang ada masalah tragis yang tersendiri, kekayaan yang ada tidak boleh memberi jaminan kepada kebahagian hidup

ImpianSeroja Publish time 19-5-2021 08:17 PM

Kekayaan tidak menjamin kebahagiaan hidup..rumusan dr story di atas

BuBuComey Publish time 23-5-2021 11:27 PM

Dadah dan arak. Hmm...

chauky314 Publish time 24-5-2021 11:30 AM

bila duit terlebih byk... {:1_509:}

None68 Publish time 25-5-2021 09:36 PM

Bila x pernah rasa susah

ciklahcuteII Publish time 26-5-2021 10:38 PM

kejiwaan mrk yg tersiksa..
sb itu pembersihan harta itu penting..
zakat, sedekah, infaq, waqaf.. etc
jiwa mrk terbeban, berat penanggungannya.. :funk::funk::funk:
Pages: [1]
View full version: Pewaris Harta Yang Kaya-Raya Tetapi Menjalani Kehidupan Tragis


ADVERTISEMENT