piao Publish time 14-5-2021 08:41 PM

Ini Fakta Menarik Tentang Denmark Yang Tidak Ramai Orang Tahu

Ini Fakta Menarik Tentang Denmark Yang Tidak Ramai Orang Tahu

https://cdn.statically.io/img/i2.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2020/10/fakta-menarik-denmark-yang-tak-ramai-orang-tahu.jpg?quality=100&f=auto

Denmark ialah salah satu negara Skandinavia yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan. Untuk pengetahuan anda, Denmark ialah sebuah negara yang mempunyai pelbagai etnik seperti Frank, Burgundi, Jutes dan Norse (Viking).


Denmark mempunyai penduduk paling bahagia di dunia walaupun harga barang-barang di negara ini cukup tinggi. Selain itu, taman tema tertua dan kedua tertua di dunia turut boleh ditemui di negara ini.

Untuk pengetahuan anda, Walt Disney mengambil inspirasi daripada taman-taman tema tersebut untuk membina Disneyland. Sekiranya anda mahu tahu, Denmark mempunyai 3 huruf yang tidak ada di dalam abjad Inggeris iaitu Æ, Ø dan Å yang merupakan huruf vokal dan ditulis selepas huruf Z dalam susunan abjad.

Denmark ialah negara pertama yang menggunakan bendera dengan corak warna merah dan putih. Diberi nama Dannebrog, bendera ini digunakan ketika zaman pemerintahan Raja Valdemar III pada awal abad ke-13.

Menurut cerita rakyat, Denmark yang merupakan kerajaan Kristen pada masa itu sedang berperang dengan Estonia pada tahun 1219. Walau bagaimanapun, bendera merah dengan corak salib putih tiba-tiba jatuh dari langit.

Ia kemudiannya dianggap sebagai Tuhan menyokong perjuangan mereka sehingga membuat pasukan Denmark lebih bersemangat dan akhirnya menang peperangan tersebut.

https://cdn.statically.io/img/i2.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2020/10/fakta-menarik-tentang-denmark-yang-tidak-diketahui-ramai.jpg?quality=100&f=auto

Dalam pada itu, pendidikan di Denmark ialah percuma. Namun, apa yang lebih menarik ialah para pelajarnya menerima elaun setiap bulan daripada pemerintah Denmark.

Tidak berhenti di situ, kos perubatan di Denmark juga percuma. Selain itu, 50 peratus penduduk Denmark pergi bekerja dengan menunggang basikal sehingga jumlah kenderaan berkenaan di Copenhagen adalah lebih banyak daripada jumlah penduduknya.

Pernahkah anda melawat Denmark? Apa pendapat anda tentang negara tersebut?

Penulis:

Muhammad Amirul Asyraf Shamsuddin adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM.
Prof Madya Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan dan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri (FiTA) UiTM.

kuchibambam Publish time 16-5-2021 04:25 AM

A beautiful place, very serene and the people are lovely.
Pages: [1]
View full version: Ini Fakta Menarik Tentang Denmark Yang Tidak Ramai Orang Tahu


ADVERTISEMENT