ATSYanaL Publish time 14-5-2021 06:49 PM

Kenapa Suka Makan Makanan Manis Bila Stress?

Ramai orang sukakan makanan manis apabila stres seperti ais krim, coklat dan kek. Anda juga pasti pernah mengalaminya. Tabiat makan apabila stres dalam Bahasa Inggeris dipanggil ‘comfort eating’ atau ‘stress eating’. Ia suatu tabiat yang dilakukan bagi menjadikan diri berasa selesa semula selepas mengalami tekanan.Sememangnya ada perkaitan antara tabiat makan dan stres tetapi mengikut pakar psikologi, Susan Albers, tabiat ini agak berbeza bagi setiap orang.Apabila stres menyerang, sebahagian orang hilang selera untuk makan kerana perhatian dan fokus mereka tertumpu kepada masalah yang ingin diselesaikan.Contohnya ada yang tenggelam dalam kerja dari awal pagi dan apabila lewat petang, apabila kerja telah reda, barulah perut terasa benar-benar lapar.Ada pula yang cenderung untuk makan apabila berasa stres. Ini merupakan salah satu cara untuk mengalihkan perhatian kepada perkara yang boleh mengurangkan perasaan tertekan. Cara yang paling mudah, pastilah makan!Apabila stres, badan akan mengeluarkan hormon yang dipanggil ‘kortisol’ bagi mengaktikan sistem ‘fight-or-flight’ di dalam badan. Ia ibarat suis yang akan membolehkan anda mengambil tindakan segera contohnya apabila diancam bahaya.Biasanya apabila stres telah berlalu – projek besar telah selesai, peperiksaan telah berakhir – hormon stres dalam badan akan mula menurun. Tetapi jika perasaan stres masih tidak hilang, kandungan kortisol yang masih tinggi dalam badan akan menjadikan selera makan kekal aktif.Kortisol akan membuatkan anda inginkan makanan manis, masin dan juga makanan yang berlemak. Ini kerana, otak anda berfikir bahawa badan memerlukan ‘tenaga’ untuk melawan hal-hal yang membuatkan anda stres. Natijahnya, ramai orang yang terperangkap dalam cycle (putaran) yang tidak sihat.Stres – makan – stres (kerana banyak makan) – makan lagiJIka tidak disedari dan dicegah dari awal, maka anda akan mudah terjatuh ke dalam perangkap obesiti.Stres juga dapat memperlahankan metabolism badan. Dalam satu kajian yang dilakukan – wanita yang mengalami satu atau dua tekanan seperti masalah kerja, anak-anak, perselisihan faham dengan rakan sekerja atau pasangan mencatatkan pembakaran kalori yang lebih rendah setelah mengambil hidangan tinggi kalori dalam tempoh 24 jam berbanding wanita yang tidak mengalami apa-apa tekanan.Jadi bagaimana untuk mengawalnya?Stres kadang-kadang tidak dapat dielakkan dalam kehidupan seharian. Cara yang lebih baik ialah dengan menyedari punca-punca yang dapat membuatkan anda cepat stres, serta tabiat yang anda lakukan ketika mengalami stres.Jika anda cenderung untuk melakukan ‘comfort eating’ dan mengambil makanan yang tidak sihat (makanan segera) semasa stres, maka sediakan terlebih dahulu snek yang sihat seperti salad, yogurt dan jus. Menurut Dr Albers, anda juga boleh sediakan ‘stress ball’ di atas meja kerja. Anda dapat bermain dengannya bagi mengawal perasaan cemas setiap kali berasa stres.

haifawehbe Publish time 14-5-2021 07:53 PM

patut la payah betul iols nk turunkan berat rupanya sebab stress.. nampak la makin ramai kwn iols termasuk iols makin berisi badan bila dah start ada komitmen hidup makin stress asik makan then naik berat..

isseliparjepun Publish time 14-5-2021 08:40 PM

Oh gitu rupanya. I kadang tu teringin makan manis tapi bukan waktu stress je, waktu tak stress pun I memang suka makanan manis. Kihkih brownies la, pie la, biskut la, kek la.

ATSYanaL Publish time 16-5-2021 04:07 PM

isseliparjepun replied at 14-5-2021 08:40 PM
Oh gitu rupanya. I kadang tu teringin makan manis tapi bukan waktu stress je, waktu tak stress pun I ...

Kit Kat ni paling common. hehe

siputpepel Publish time 19-5-2021 11:39 AM

bila iols happy iols makan
bila stress makan
bila rasa bahagia, makan

pastu komplen kenapa tak kurus kurus :lol:

ATSYanaL Publish time 23-5-2021 05:47 PM

siputpepel replied at 19-5-2021 11:39 AM
bila iols happy iols makan
bila stress makan
bila rasa bahagia, makan


Tak . Pastu salahkan genetic diri sendiri. Bkn sy tak nak kurus, tapi gen aku tak bg aku kurus ;P

siputpepel Publish time 23-5-2021 05:54 PM

ATSYanaL replied at 23-5-2021 05:47 PM
Tak . Pastu salahkan genetic diri sendiri. Bkn sy tak nak kurus, tapi gen aku tak bg aku kurus
...

Biasalah manusia. Dia takkan salahkan diri sendiri. :lol:

ATSYanaL Publish time 23-5-2021 05:55 PM

siputpepel replied at 23-5-2021 05:54 PM
Biasalah manusia. Dia takkan salahkan diri sendiri.

Sekarang MCO lg teruk. duduk dlm rumah makan, makan, makan....ulang je,,,,,

siputpepel Publish time 23-5-2021 05:59 PM

ATSYanaL replied at 23-5-2021 05:55 PM
Sekarang MCO lg teruk. duduk dlm rumah makan, makan, makan....ulang je,,,,,

Pastu salahkan MCO. Bukan nak salahkan diri yang kuat makan ittew :lol:

3chanceno Publish time 25-5-2021 05:09 PM

Seksrang mengadap kuih raya pasal tak jln raya!!!:(:( ambik.ko siap2 badan je lah:mad:

3chanceno Publish time 25-5-2021 05:10 PM

ATSYanaL replied at 23-5-2021 05:55 PM
Sekarang MCO lg teruk. duduk dlm rumah makan, makan, makan....ulang je,,,,,

Hahaha stress kena dok rumah

ciklahcuteII Publish time 26-5-2021 06:06 PM

aku kalau stress.. selain dari tidor, mmg akan mkn ais krem atau kerepek atau kekacang.. mkn..mkn..mkn.. sampai ilang stress..
itu cite masa remaja..
masa tua ni.. aku lebih suka berkurung.. ingat balik cite klakor .. lagi seronok... {:mlXD:}

Page88 Publish time 15-10-2022 06:42 AM

It makes me feel better.
Pages: [1]
View full version: Kenapa Suka Makan Makanan Manis Bila Stress?


ADVERTISEMENT