piao Publish time 12-5-2021 07:56 AM

4 Bahasa Yang Paling Sukar Dikuasai Di Dunia

4 Bahasa Yang Paling Sukar Dikuasai Di Dunia

https://cdn.statically.io/img/i2.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2020/07/pexels-photo-408503.jpeg?quality=100&f=auto

Bahasa merupakan sistem lambang bunyi suara yang digunakan sebagai alat perhubungan dalam sesuatu kelompok manusia untuk melahirkan perasaan dan fikiran.

Namun, tahukah anda bahasa apa yang paling sukar dikuasai di dunia? Mari kami kongsikan kepada anda!

1. Mandarin

https://cdn.statically.io/img/i0.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2020/07/pinyin.jpg?quality=100&f=auto

Mandarin dikatakan bahasa yang paling sukar di dunia. Ini terbukti apabila orang Cina sendiri tidak tahu menulis bahasa ini. Ironinya, walaupun Mandarin merupakan bahasa yang paling sukar di dunia, ia juga merupakan bahasa yang paling banyak digunakan di atas muka bumi.

Pasti anda ingin tahu mengapa tulisan ini dikatatakan yang paling sukar di dunia. Yang pertama adalah disebabkan sistem tulisannya yang sangat sukar kerana perlu menghafal beribu-ribu karakter.

Selain itu, ia juga menggunakan tona suara. Setiap bunyi dalam sistem transkripsi pinyin mempunyai empat sebutan yang berbeza. Satu perkataan boleh disebut dengan empat cara berlainan. Ini bermakna, jika anda menggunakan tona yang berbeza, maksud perkataan tersebut akan berubah.

Sebagai contoh, ‘ma’ boleh membawa maksud ‘ibu’, ‘kuda’, ‘kasar’, dan juga ‘marah’. Ia bergantung pada cara seseorang itu menyebutnya.

2. Arab


https://cdn.statically.io/img/i0.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2020/07/arab.png?quality=100&f=auto
Bahasa Arab juga tidak dinafikan merupakan satu bahasa yang sangat rumit dan mendalam. Sesetengah orang Arab sendiri pun tidak fasih berbahasa Arab.

Antara negara-negara yang menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa komunikasi ialah Algeria, Mesir, Libya, Morocco, Sudan, Tunisia, Tanzania, Bahrain, Iraq, Israel, Jordan, Kuwait, Lebanon dan banyak lagi.

Terdapat dua pecahan bahasa Arab iaitu bahasa Arab Moden dan juga bahasa Arab Tinggi.

Bahasa Arab Moden atau Lughotul Arabiyah Ittisoliah – Fusha merupakan bahasa komunikasi negara-negara yang disebutkan di atas manakala bahasa Arab Tinggi (Lughotul Arabiyah Al-Aliyah) pula digunakan dalam al-Quran.

Perbezaan antara dua pecahan bahasa Arab ini adalah, bahasa Arab Moden telah dimodenkan dan diringkaskan dalam percakapan dan penulisan.

Selain itu, bahasa Arab mempunyai banyak isitilah khas dan harus difahami serta dihafal. Sekiranya anda sudah fasih berbahasa Arab, terdapat satu lagi kesukaran iaitu penggunaan dialek yang berbeza oleh pengguna bahasa Arab mengikut lokasi dan negara.

3. Jepun

https://cdn.statically.io/img/i1.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2020/07/japanese-alphabet.png?quality=100&f=auto

Bagi yang sedang ataupun telah mempelajari bahasa Jepun, anda pasti bersetuju bahawa ia merupakan bahasa yang sukar.

Untuk rekod, bahasa Jepun digunakan oleh 125 juta orang di seluruh dunia.

Bahasa Jepun ini dikatakan sangat sukar kerana ia mempunyai sistem tulisan berdasarkan karakter yang terdiri daripada puluhan ribu. Sebelum anda dibenarkan menulis, anda perlu mempelajari dan menghafal karakter-karakter tersebut terlebih dahulu.

Sistem tulisan Jepun mempunyai tiga komponen iaitu Hiragana, Katakana, dan Kanji yang mempunyai abjad yang berbeza serta sistem dua suku kata yang menambahkan kesukarannya.

Namun, daripada tiga komponen yang disebutkan di atas, Kanji adalah yang paling sukar kerana sistem tulisan kanji menggunakan karakter Cina.

4. Korea

https://cdn.statically.io/img/i2.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2020/07/hangul.jpg?quality=100&f=auto

Bagi yang meminati drama siri Korea ataupun artis K-Pop, anda pasti berminat untuk mempelajari bahasa Korea ini. Namun, anda perlu tahu bahawa bahasa ini adalah bahasa yang paling sukar di dunia.

Terdapat 66.3 juta pengguna bahasa ini di seluruh dunia dan ia merupakan bahasa rasmi bagi Korea Utara dan Korea Selatan.

Bahasa Korea mempunyai tatabahasa yang sangat sukar dengan sususan perkataan yang sangat kompleks dan pelik. Seperti bahasa-bahasa lain, bahasa Korea juga mempunyai sistem tulisan mereka sendiri iaitu Hangul.

Jadi, bahasa manakah yang anda rasa paling sukar untuk dipelajari? Kongsikan pendapat atau pengalaman anda di ruangan komen di bawah.

Sumber:
Iluminasi

hayrin86 Publish time 12-5-2021 08:54 AM

Yang nombor dua hingga empat aku setuju, sebab jauh lebih sukar berbanding Bahasa Tamil (#3 dan #4) dan Bahasa Inggeris serta Melayu (#2). Yang nombor satu nih ok sikit daripada bahasa Thailand/Tagalog/Vietnam..

Noraniza_Iblis Publish time 12-5-2021 09:39 AM

bkn bahasa kazasktan ke?
aku dgr kt youtube bideo presenter news dorg..
dh mcm tercekik tulang cara die ckp

kuchibambam Publish time 16-5-2021 04:32 AM

bhs jepun mmg susah

Jungleman Publish time 16-5-2021 10:20 PM

kuchibambam replied at 16-5-2021 04:32 AM
bhs jepun mmg susah

Tengok Kamen Rider Black/Ksatria Baja Hitam dalam bahasa Jepun,lepas tu tengok subtitle/alih suara pada masa nama raksasanya diumumkan.Senang saja.
Nomi=Kutu
Kani=Ketam
Kumo=Labah-labah

Dekat masa episod terakhir,kamu dah belajar lebih lima belas nama serangga dan binatang.


ImpianSeroja Publish time 19-5-2021 08:20 PM

Dedulu ada juga impian nk belajar bahasa Mandarin..impian yg hanya tinggal impian;P
Pages: [1]
View full version: 4 Bahasa Yang Paling Sukar Dikuasai Di Dunia


ADVERTISEMENT