piao Publish time 12-5-2021 07:44 AM

Hubungan Coco Chanel Dengan Anggota Tentera Nazi

https://cdn.statically.io/img/i2.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2020/11/coco-chanel-pengintip-nazi.jpg?quality=100&f=auto

Chanel bukan satu nama asing kepada penggemar jenama fesyen mewah di seluruh dunia di mana ia menawarkan koleksi pakaian, tas tangan, minyak wangi dan juga pelbagai aksesori fesyen yang digilai ramai.

Untuk pengetahuan anda, jenama Chanel mula menempa nama dalam dunia fesyen kerana pengaruh Nazi Jerman. Ini kerana peranan dan pengaruh pengasas jenama dari Perancis itu sendiri iaitu Coco Chanel. Kami akan kongsikan kisah Coco Chanel menerusi artikel ini:

Coco berasal daripada keluarga miskin

https://cdn.statically.io/img/i1.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2020/11/coco-chanel-boy-capel-1.jpg?quality=100&f=auto

Dilahirkan kepada sebuah keluarga miskin pada tahun 1883, Gabrielle Bonheur Chanel atau lebih dikenali sebagai Coco telah dihantar ke pusat jagaan anak yatim ketika berusia 12 tahun.

Selain kerjayanya sebagai seorang penyanyi, perwatakan menarik Coco turut memudahkannya mendampingi lelaki-lelaki kaya termasuk Arthur Capel.

Arthur ataupun lebih dikenali sebagai Boy kemudiannya memberikan bantuan kewangan kepada Coco untuk membuka sebuah kedai pakaian kecil di Deauville, Perancis.

Idea kain jersi Coco telah menarik perhatian golongan bangsawan

https://cdn.statically.io/img/i1.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2020/11/coco-chanel-2-722x1024.jpg?quality=100&f=auto

Dalam masa lima tahun, idea penggunaan kain jersi untuk penampilan fesyen gadis miskin telah menarik perhatian golongan wanita bangsawan yang sedang mencari kelainan daripada korset yang mereka selalu pakai.

Berpegang teguh kepada prinsip kemewahan mesti selesa, Coco menekankan aspek kesederhanaan dalam reka bentuk beliau yang telah membawa perubahan kepada industri fesyen pada ketika itu.

Walaupun tidak pandai membuat lakaran dan menjahit, Coco berjaya menempa nama dalam dunia fesyen kerana berdamping dengan lelaki-lelaki kaya yang sekali gus memudahkan dirinya menjual pakaian kepada golongan elit.

Hubungan dengan anggota tentera Nazi

https://cdn.statically.io/img/i1.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2020/11/coco-chanel-3.jpg?quality=100&f=auto


Ketika Paris diambil alih oleh pihak Nazi pada tahun 1940, Coco telah berjaya mendampingi Baron Hans Günther von Dincklage iaitu seorang pegawai di Abwehr yang merupakan perisik bagi tentera Jerman.

Hubungan antara Coco dan Hans turut membolehkan dirinya berpindah ke ibu pejabat Nazi iaitu Hotel Ritz di Paris. Coco telah memanfaatkan hubungannya dengan Hans untuk kepentingan peribadi dan perniagaan beliau.

Ini termasuk pembebasan anak saudaranya iaitu Andre Palasse dari penjara Jerman dan mengambil semula hak keuntungannya daripada pengasas bersama Chanel iaitu Pierre Wertheimer.

Buat anda yang masih keliru, Coco telah menandatangani kontrak bersama Pierre di mana beliau akan menerima royalti sebanyak 10 peratus daripada keuntungan Chanel manakala pengasas bersama Chanel itu memperoleh selebihnya.

Coco jadi perisik Nazi

https://cdn.statically.io/img/i3.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2020/11/coco-chanel-4.jpg?quality=100&f=auto
Hans kemudiannya memperkenalkan Coco kepada seorang lagi ejen Abwehr iaitu Baron Louis de Vaufreland. Louis akan membantu Coco membebaskan anak saudaranya dengan syarat wanita terbabit akan menjadi perisik Jerman.

Pada tahun 1941, Coco didaftarkan sebagai ejen F-7124 dengan kod nama Westminster. Sebagai seorang perisik, Coco ditugaskan untuk mendapatkan maklumat politik daripada rakan-rakannya di Madrid, Sepanyol.

Coco dan Louis telah pergi selama beberapa bulan ke Madrid pada pertengahan tahun 1941 atas alasan perniagaan. Usaha beliau nampaknya telah menarik perhatian pegawai Abwehr itu yang kemudiannya telah melepaskan Andre seperti yang dijanjikan.

Pendedahan sebagai pengintip Jerman

https://cdn.statically.io/img/i0.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2020/11/chanel-churchill.jpeg?quality=100&f=auto
Dengan pengaruh Jerman yang semakin lemah, Jeneral Walter Schellenberg dari SS telah memberikan tugasan lain kepada Coco pada akhir tahun 1943 sehingga awal 1944.

Dalam Operasi Modelhut, Coco perlu menggunakan hubungan peribadinya dengan Winston Churchill untuk menyampaikan berita bahawa banyak pegawai kanan SS telah berusaha untuk menghentikan pertumpahan darah tersebut.

Pada masa yang sama, Coco turut mengatur untuk membebaskan rakannya Vera Bate Lombardi dari penjara di Itali. Coco dan Vera pergi ke Madrid bersama Hans.

https://cdn.statically.io/img/i1.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2020/11/chanel-lombardi.jpeg?quality=100&f=auto

Walaupun Vera sepatutnya menyerahkan surat Coco kepada Winston di Kedutaan Britain, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Vera kemudiannya mendedahkan Coco dan Walter sebagai pengintip Nazi.

Apa-apa pun, Coco berjaya melepaskan diri daripada tuduhan yang kaitkan dirinya dengan Abwehr. Menurut Coco, Louis telah berjanji untuk mengeluarkan anak saudaranya iaitu Andre dari penjara tetapi mereka tidak mempunyai hubungan rapat.

Pada pendapat anda, adakah jenama Chanel akan terus bertahan dan dikenali ramai sehingga ke hari ini tanpa pengaruh Coco?


Sumber:https://tehtarikgelasbesar.com

Pages: [1]
View full version: Hubungan Coco Chanel Dengan Anggota Tentera Nazi


ADVERTISEMENT