piao Publish time 12-5-2021 07:10 AM

Budaya Mengemukkan Kanak-kanak Leblouh Di Mauritania

Gemukkan Kanak-Kanak Perempuan Untuk Mudahkan Pencarian Jodoh, Ini Budaya Leblouh Di Mauritania

https://cdn.statically.io/img/i0.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2021/05/budaya_leblouh_di_mauritania.jpg?quality=100&f=auto

Kecantikan itu subjektif. Walaupun ramai wanita mahukan bentuk badan yang ideal dan ramping, ia berbeza untuk masyarakat Mauritania. Atas sebab itu juga, kanak-kanak perempuan di negara tersebut terpaksa melalui satu proses penggemukan supaya mereka akan membesar dengan badan yang gemuk dan berisi.

Kami akan kongsikan tentang budaya leblouh yang diamalkan di Mauritania menerusi artikel ini:

Leblouh

https://cdn.statically.io/img/i3.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2021/05/budaya_leblouh_di_mauritania_2.jpg?quality=100&f=auto

Masyarakat Mauritania menganggap wanita yang gemuk dan obes sebagai sangat seksi. Jadi, leblouh ialah sebuah program direka khas untuk memudahkan kanak-kanak perempuan mencari suami yang lebih baik pada masa hadapan.

Seawal usia lima tahun, kanak-kanak perempuan akan dihantar ke pusat penggemukan di mana mereka perlu mengambil makanan yang mengandungi ribuan kalori setiap hari.

Leblouh ini mempunyai konsep yang sama dengan penghasilan makanan Perancis iaitu foie gras. Foie gras ialah lemak hati angsa atau itik. Untuk hasilkan makanan tersebut, angsa-angsa atau itik ini akan ditempatkan dalam sebuah kandang khas. Ia kemudiannya dipaksa untuk makan secara banyak dalam tempoh tertentu untuk menggemukkannya.

Sama seperti penghasilan foie gras, wanita-wanita yang lebih berumur akan memaksa kanak-kanak di pusat penggemukan berkenaan untuk mengambil makanan tertentu seperti dua kilogram sekoi, dua cawan mentega dan lima gelen susu unta.

https://cdn.statically.io/img/i0.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2021/05/budaya_leblouh_di_mauritania_3.jpg?quality=100&f=auto

Sekiranya tidak mahu makan makanan tersebut, kanak-kanak akan dipukul. Kanak-kanak itu akan dipaksa untuk minum muntah sendiri sekiranya tidak dapat menelan makanan berkenaan.

Biasanya dilakukan pada musim cuti sekolah atau hujan ketika susu banyak, kanak-kanak yang dihantar ke pusat penggemukan akan dikawal selia oleh beberapa orang matron iaitu wanita berumur yang sudah mendirikan rumah tangga.

Selain memaksa kanak-kanak perempuan untuk makan, mereka akan menggunakan tongkat yang digulung di paha gadis-gadis terbabit untuk memecahkan tisu dan sekali gus mempercepatkan proses penggemukan.

Zayar

https://cdn.statically.io/img/i2.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2021/05/budaya_leblouh_di_mauritania_1.png?quality=100&f=auto

Matron akan menggunakan dua batang kayu yang disisipkan pada setiap sisi jari kaki. Apabila tidak mahu makan atau minum, matron akan menggenggam kedua-dua kayu ini bersama-sama sehingga kanak-kanak berkenaan terpaksa menanggung rasa sakit. Proses penggemukan yang berjaya akan menyaksikan berat badan kanak-kanak perempuan boleh naik sehingga 80 kilogram pada usia 12 tahun.

Budaya leblouh masih diamalkan sehingga ke hari ini kerana kepercayaan penduduk Mauritania itu sendiri. Untuk pengetahuan anda, saiz wanita di Mauritania menunjukkan ruang mereka dalam hati suami masing-masing.

Di Mauritania, seorang isteri adalah milik suaminya. Wanita itu adalah simbol kekayaan pasangan beliau. Apabila si isteri semakin berisi, suami akan jadi semakin kaya dan begitu juga sebaliknya.

Budaya leblouh masih wujud di kawasan pedalaman

https://cdn.statically.io/img/i0.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2021/05/budaya_leblouh_di_mauritania_4.jpg?quality=100&f=auto

Walaupun budaya ini semakin berkurangan, ia dipercayai masih diamalkan secara meluas di kawasan pedalaman kerana maklumat sukar disampaikan memandangkan mereka tidak mempunyai televisyen.

Berbeza dengan penduduk di kawasan pedalaman, mereka yang menetap di bandar sudah terdedah dengan rancangan televisyen dari luar negara.

Selepas menonton rancangan televisyen berkenaan, persepsi mereka tentang kecantikan turut berubah. Sama seperti tubuh badan pelakon dan model yang dipaparkan dalam televisyen, mereka kini percaya kecantikan juga boleh dicapai dengan memiliki tubuh badan yang sihat.

Apa pendapat anda tentang budaya ini? Anda boleh tonton video penuh di bawah.

ulHeuTJ-skA


Sumber:https://tehtarikgelasbesar.com

Pages: [1]
View full version: Budaya Mengemukkan Kanak-kanak Leblouh Di Mauritania


ADVERTISEMENT