piao Publish time 12-5-2021 06:40 AM

Kisah Nabi Musa Dan Keistimewaan Di Laut Merah

Kisah Nabi Musa Dan Keistimewaan Di Laut Merah

https://cdn.statically.io/img/i1.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2021/04/laut_merah_1.jpg?quality=100&f=auto

Sebut sahaja Laut Merah ataupun Laut Kulzum sudah tentu ramai diantara kita yang ingat tentang kisah Nabi Musa dan Firaun. Artikel kali ini kita akan menyusuri geografi Laut Merah.

https://cdn.statically.io/img/i1.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2021/04/laut_merah_3.jpg?quality=100&f=auto

Laut Merah terletak di antara Semenanjung Arab dan benua Afrika. Ia merangkumi 2,250 kilometer panjang dan lebar 355 kilometer. Dikatakan mempunyai kedalaman maksimum sehingga 2,211 meter. Selain itu, kedalaman purata kira-kira sekitar 490 meter.

Laut Kulzum juga menerima jutaan pengunjung pada setiap tahun. Bahkan juga, di sepanjang kawasan ini bercuaca panas dan kurang menerima hujan. Selain itu, Laut Merah merupakan salah satu lokasi paling masin di dunia.Lanjutan daripada itu, ia sangat kaya dengan alam semula jadi. Kawasan ini mempunyai hampir 1,200 spesis ikan, 200 jenis terumbu karang serta 44 jenis ikan jerung.

Pelancong yang datang ke sini biasanya lebih gemar menerokai dasar laut. Apa yang menariknya di dasar laut kerana terumbu karang yang unik dan pelbagai bentuk. Terdapat beberapa kawasan menyelam di Laut Merah yang menjadi tumpuan para penyelam. Kisah Laut Merah ini seringkali dikaitkan dengan Nabi Musa dan Firaun yang mengejarnya, malah diceritakan di dalam Al-Qur’an dan Injil.

Mengikut Al-Qur’an, Allah SWT menceritakan kejadian ini dalam surah Taha ayat 66 yang berbunyi:

” Dan demi sesungguhnya! Kami telah wahyukan kepada Nabi Musa: “Hendaklah engkau membawa hamba-hambaKu (kaummu) keluar menggembara pada waktu malam, kemudian pukul lah air laut dengan tongkatmu, untuk mengadakan jalan yang kering bagi mereka di laut itu, janganlah engkau menaruh bimbang daripada ditangkap oleh musuh, dan jangan pula engkau takut tenggelam”.

Manakala di dalam Bible pula diceritakan kisah ini dalam bab Exodus. Bagaimana Moses (Nabi Musa) membawa bani Israel yang sedang dikejar oleh Firaun ketika itu dengan membelah laut. Firaun yang mengejar mereka dari belakang telah mula masuk ke kawasan terbelahnya air tersebut, lalu ditenggelamkan oleh Allah SWT. Firaun yang sombong itu telah tenggelam bersama bala tenteranya akibat belahan air. Setelah itu, air laut terbelah tadi mula bercantum semula.

Mukjizat yang diberikan oleh Allah SWT, ini sudah ada yang mengkaji bagaimana laut tersebut boleh terbelah.

Pengkaji dari Russia dan Jerman iaitu Naum Volzinger serta Alexei Androsov membuat kajian mendapati bahawa angin yang bertiup hampir 100 kilometer sejam. Di samping itu, perlu bertiup selama beberapa jam. Keadaan ini akan menyebabkan permukaan air terdedah dan mempunyai ‘jalan’ untuk mereka menyeberangi laut. Apabila angin tersebut mula menjadi perlahan, air akan bercantum kembali.

Ada yang membuat kajian tentang, bagaimanakah dan dimanakah Firaun mengejar Nabi Musa. Pelbagai teori yang telah dikeluarkan. Begitu juga dengan lokasi sebenar kejadian tersebut. Hal ini masih lagi hangat diperkatakan oleh pengkaji untuk mengetahui lokasi sebenar kejadian.


Sumber:https://tehtarikgelasbesar.com

Pages: [1]
View full version: Kisah Nabi Musa Dan Keistimewaan Di Laut Merah


ADVERTISEMENT