piao Publish time 11-5-2021 01:48 PM

Monumen Batuan Bawah Laut Buatan Daripada Manusia Atau Bencana Alam?

Monumen Batuan Bawah Laut Buatan Daripada Manusia Atau Bencana Alam?

https://cdn.statically.io/img/i0.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2021/04/yonaguni_1-1.jpg?quality=100&f=auto

https://cdn.statically.io/img/i1.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2021/04/yonaguni_2.jpg?quality=100&f=auto

Betul ke ada piramid bawah laut? Adakah ianya batu-batuan yang tenggelam akibat runtuhan? Atau monumen yang sengaja disembunyikan?Mari kita rungkai kisahnya.

Negara Jepun terkenal dengan keindahan alam yang sangat menarik. Gunung-ganang yang memukau jutaan mata pelawat setiap tahun. Namun di sebalik keindahan tersebut, terdapat satu misteri yang masih tidak dipecahkan sehingga ke hingga hari ini. Walaupun begitu, negara Matahari Terbit ini amat terkenal dengan sikap kebersihan yang diamalkan semenjak dahulu lagi.

Yonaguni merupakan sebuah pulau berkeluasan 28 kilometer persegi dan mempunyai penduduk seramai 1,700 orang. Selain itu, jarak untuk sampai ke negara jiran, Taiwan hanya 100 kilometer. Menarik bukan? Hampir sangat dengan negara China.

Pada tahun 1986, seorang penyelam mencari lokasi terbaru untuk melakukan aktiviti skuba. Penyelam atau orang pertama yang menjumpai monumen batu tersebut ialah Kihachiro Aratake. Monumen tersebut seakan-akan piramid bentuknya. Ianya kelihatan bertingkat dan dikatakan dibina oleh manusia. Hal ini kerana, terdapat beberapa ukiran dan juga bentuk-bentuk tertentu. Ia berukuran sebesar 150 meter x 40 meter dan mendapat perhatian seluruh dunia kerana bentuknya yang agak unik.

Pakar geologi dari Universiti Boston telah membuat kajian, bahawa tempat tersebut terjadi kerana faktor cuaca dan bersifat semula jadi. Lanjutan daripada itu, manusia mengambil kesempatan untuk mengubah bentuk batuan tersebut.

Tempat misteri ini juga mendapat jolokan Atlantis Jepun kerana berada di bawah laut. Pada monumen tersebut terdapat seperti tiang dan dinding. Tidak kurang juga ukiran berbentuk seperti penyu. Ramai penyelam mengambil peluang untuk melihat dengan lebih dekat meskipun arus di kawasan tersebut agak kuat. Selain itu, terdapat juga seperti tangga dan lorong yang ditemui di sekitarnya.

Seorang pengkaji Jepun mendakwa, bahawa monumen tersebut merupakan peninggalan daripada benua Mu yang wujud suatu ketika dahulu. Hal dikatakan sedemikian, kerana terdapat pelbagai ukiran di batuan tersebut.

Ukiran pada batuan tersebut dipercayai berusia sekitar 10,000 tahun dahulu, iaitu semasa zaman ais terakhir. Sehubungan dengan itu, Pulau Yonaguni dahulu pernah bersambung dengan Taiwan kerana faktor paras air laut pada ketika itu lebih rendah.

Monumen batuan tersebut kekal misteri sehingga ke hari ini. Bukan sahaja itu malah, perlu lebih banyak penyelidikan saintifik bagi menentukan usia dan kenapa serta bagaimana orang terdahulu membuat ukiran pada batuan tersebut.

Sumber:https://tehtarikgelasbesar.com

Pages: [1]
View full version: Monumen Batuan Bawah Laut Buatan Daripada Manusia Atau Bencana Alam?


ADVERTISEMENT