boca120879 Publish time 8-5-2021 03:30 AM

Al-Qur'an & Hadith: Bab: Dosa dengan Manusia Lain

Edited by boca120879 at 28-6-2021 02:56 AM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Qutaibah, diceritakan oleh Abdul Aziz bin Muhammad, daripada Al 'Ala` bin Abdurrahman, daripada bapanya (Abdurrahman), daripada Abu Hurairah,
Nabi s.a.w. bersabda,

"Dua orang yang saling menghina,

maka dosa daripada perkataan kedua-duanya
ditanggung oleh orang yang memulakan (penghinaan),

selama orang yang dizalimi (dihina) tidak berlebih-lebihan
dalam membalas hinaan."

(Hadith Tirmidzi no. 1904)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

boca120879 Publish time 19-5-2021 09:45 AM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Muhammad bin al-Mutsanna, diceritakan oleh Yahya bin Hammad, diceritakan oleh Syu'bah, daripada Aban bin Taghlib, daripada Fudlail al-Fuqaimi, daripada Ibrahim an-Nakha'i, daripada Alqamah, daripada Abdullah bin Mas'ud,
Nabi s.a.w. bersabda,

"Tidak akan masuk syurga,
orang yang di dalam hatinya
terdapat seberat biji sawi daripada kesombongan."

Seorang lelaki bertanya,
"Sesungguhnya lelaki menyukai apabila baju dan sandalnya cantik,
(apakah ini termasuk kesombongan)?"

Nabi s.a.w. menjawab,
"Sesungguhnya Allah itu cantik,
menyukai yang cantik,

kesombongan itu menolak kebenaran
dan meremehkan manusia."

(Hadith Muslim no. 131)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

boca120879 Publish time 28-6-2021 10:59 AM

Edited by boca120879 at 31-1-2022 04:40 AM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Qutaibah bin Sa'id & 'Ali bin Hujr, (kedua-duanya) diceritakan oleh Isma'il (Ibnu Ja'far), daripada Al A'laa, daripada bapanya, daripada Abu Hurairah,

"Rasulullah s.a.w. pernah bertanya
kepada para sahabat,
"Tahukah kalian,
siapakah orang yang muflis itu?"

Para sahabat menjawab,
"Menurut kami,
orang yang muflis di antara kami
adalah orang yang tidak memiliki wang dan harta kekayaan."

Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Sesungguhnya umatku yang muflis
adalah orang yang pada hari kiamat
datang dengan solat, puasa, dan zakat,

tetapi dia selalu mencaci-maki,
menuduh,
makan harta orang lain,
membunuh
dan menyakiti orang lain.

Setelah itu, pahalanya (penzalim) diambil
untuk diberikan kepada
setiap orang daripada mereka (yang dizalimi)
sehingga pahalanya habis.

Jika tuntutan mereka (yang dizalimi)
banyak yang belum dipenuhi,

sebahagian dosa daripada
setiap orang daripada mereka (yang dizalimi) diambil
untuk dibebankan kepada orang (penzalim) tersebut,
sehingga akhirnya dia dilemparkan ke neraka."

(Hadith Muslim no. 4678)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

boca120879 Publish time 1-7-2021 11:41 AM

Edited by boca120879 at 31-1-2022 04:40 AM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Adam bin Abi Iyas, diceritakan oleh Ibnu Abi Dza'bi, diceritakan oleh Sa'id Al Maqburiy, daripada Abu Hurairah r.a.,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Siapa yang pernah berbuat aniaya (zalim)
terhadap kehormatan saudaranya atau sesuatu apa pun,

hendaklah dia meminta dihalalkannya (dimaafkan) pada hari ini (di dunia),
sebelum datang hari yang ketika itu tidak bermanfaat dinar dan dirham (hari akhirat).

Jika dia tidak lakukannya,
maka (nanti pada hari akhirat)
apabila dia memiliki amal soleh,
akan diambil daripadanya sebanyak kezalimannya.

Apabila dia tidak memiliki kebaikan lagi,
maka keburukan (dosa) saudara yang dizaliminya itu akan diambil,
lalu ditimpakan kepadanya."

(Hadith Bukhari no. 2269)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

boca120879 Publish time 8-5-2022 09:52 AM

Edited by boca120879 at 9-5-2022 01:47 AM

Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh Sulaiman bin Daud Al Mahri, diceritakan oleh Ibnu Wahb, diceritakan oleh Abu Shakhr Al Madini, diceritakan oleh Shafwan bin Sulaim, diceritakan oleh beberapa anak para sahabat Rasulullah s.a.w., daripada bapa-bapa mereka,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

Ketahuilah! Sesiapa yang menzalimi mu’ahid (orang bukan muslim)
atau mengurangkan haknya,
atau membebankannya di luar kemampuannya,
atau mengambil sesuatu (hak) daripadanya tanpa kerelaannya,

maka aku menjadi penentang
sesiapa yang berbuat demikian itu
pada Hari Kiamat."

(Hadith Abu Daud no. 2654)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

boca120879 Publish time 24-5-2022 06:35 PM

Edited by boca120879 at 24-5-2022 12:33 PM

Bismillahir Rahmanir Rahim.Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Diceritakan oleh Ahmad bin Hanbal, diceritakan oleh Waki', diceritakan oleh Zakariya bin Ishaq Al Makki, daripada Yahya bin Abdullah bin Shaifi, daripada Abu Ma'bad, daripada Ibnu Abbas,
"Rasulullah s.a.w. mengutus Mu'adz ke Yaman.
Kemudian Rasulullah s.a.w. mengatakan,"Sesungguhnya engkau akan bertemu dengan suatu kaum daripada ahli kitab.
Maka ajaklah mereka untuk bersaksi bahawa tiada tuhan kecuali Allah dan aku adalah Rasulullah.
Kemudian apabila mereka mentaatimu untuk itu,maka beritahu kepada mereka bahawa Allah telah mewajibkan atas mereka melakukan solat lima (5) waktu dalam sehari semalam.
Kemudian apabila mereka mentaatimu untuk itu,maka beritahu kepada mereka bahawa Allah telah mewajibkan atas mereka sedekah pada harta mereka yang diambil daripada orang-orang kaya mereka dan dikembalikan kepada orang-orang miskin mereka.
Kemudian apabila mereka mentaatimu untuk itu,maka jauhilah (daripada mengambil) harta-harta mereka yang berharga.
Dan takutlah terhadap doa orang yang dizalimi.Sesungguhnya tiada penghalang antara doa tersebut dengan Allah."
(Hadith Abu Daud no. 1351)
Nota penting:Untuk pemahaman yang lebih baik,sila rujuk nasihat pakar(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

boca120879 Publish time 8-4-2023 01:12 PM

Edited by boca120879 at 8-4-2023 05:16 AM

Bismillahir Rahmanir Rahim.Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Hadith Abu Daud no. 4292Darjat: Sahih
Diceritakan oleh Abu Bakar bin Abu Syaibah & Ibnu As Sarh, diceritakan oleh Sufyan, daripada Ibnu Abu Najih, daripada Ibnu Amir, daripada Abdullah bin Amru,Nabi s.a.w. bersabda,
"Siapa yang tidak menyayangi orang yang kecil(kanak-kanak)di antara kami
dan tidak memahamihak orang yang lebih besar(orang lebih tua)di antara kami,
maka dia bukandaripada golongan kami."
Nota penting:Untuk pemahaman yang lebih baik,sila rujuk nasihat pakar(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

boca120879 Publish time 3-5-2023 09:49 AM

Bismillahir Rahmanir Rahim.Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Hadith Abu Daud no. 3151Darjat: Hasan
Diceritakan oleh Qutaibah bin Sa'id, diceritakanoleh Al Laits, daripada Yahya, daripada Muhammad bin Yahya bin Habban, daripada Luluah, daripada Abu Shirmah,Nabi s.a.w. bersabda,
"Barangsiapa menimpakan mudarat kepada orang lain,maka Allah akan menimpakan mudarat kepadanya.
Dan barangsiapa menyusahkan orang lain,maka Allah akan menyusahkannya."
Nota penting:Untuk pemahaman yang lebih baik,sila rujuk nasihat pakar(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

boca120879 Publish time 11-5-2023 10:48 AM

Bismillahir Rahmanir Rahim.Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Hadith Ibnu Majah no. 4203Darjat: Sahih​
Diceritakan oleh Ya'qub bin Humaid Al Madani, diceritakan oleh Abdul Aziz bin Muhammad, daripada Daud bin Qais, daripada Abu Sa'id (bekas hamba 'Amir), daripada Abu Hurairah,Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Cukuplah seseorang dikatakan telah berbuat jahat,
jika dia merendahkan saudaranya Muslim."
Nota penting:Untuk pemahaman yang lebih baik,sila rujuk nasihat pakar(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
Pages: [1]
View full version: Al-Qur'an & Hadith: Bab: Dosa dengan Manusia Lain


ADVERTISEMENT