Suchi Publish time 7-5-2021 10:59 AM

Wauu iols tertengok plak tayangan perdana tu, best la plak.
Lama tak layan drama melayu maybe yg ni boleh layan sbb cerita gini jenis iols minat.

NekNgah Publish time 7-5-2021 11:00 AM

dealova04 replied at 6-5-2021 03:30 PM
tgk trailer mcm best je..suka citer2 mcm ni

Issue yang bukan klise.Pelakon utama kanak-kanak tapi bawa watak berat.Dari tayangan perdana tu dapat tengok Kamarul Eqfa ni memang berbakat.

Sila sediakan tisu ya.

Suchi Publish time 7-5-2021 11:06 AM

NekNgah replied at 7-5-2021 10:52 AM
Sebelum keluar teaser 7, saya bayangkan drama ni berkenaan mental issue anak yang tinggal sebatang ...

Tulaa pandai tul budak tu berlakon muka pun iras2 plak ngn mak dia.
Watak ramona pun nampak real keje cleaner tak da pakai mekap pun, duk umah PPR, peti ais satu pintuyg usang. Tidur atas tilam lusuh.
Selalu sabtu iols layan HBO tp cite ni nampak menarik plak.

Bila tgk budak tu teringat iols ada kawan ibu tunggal yg hidup berdua je ngn anak tunggal dia.
Duk umah flat, kawan iols tu keje kilang. Dahla muka pelakon tu iras2 anak kawan iols tu gak.

belilies Publish time 7-5-2021 12:34 PM

NekNgah replied at 7-5-2021 10:56 AM
Ramona ada beri amaran, sila sediakan tisu banyak-banyak.
Kita tunggu esok sebab tak nampak lagi...

Tau takpe. Tengok teaser pun dah blh rasa aura citer tu especially dari budak tu. Tengoklah nanti kalo hati iols kuat iols tonton

NekNgah Publish time 7-5-2021 02:26 PM

Teaser 8,
https://www.instagram.com/p/COj3A5eDalZ/

NekNgah Publish time 7-5-2021 04:06 PM

Teaser 9, Selamat Hari Ibu untuk semua ibu di luar sana.
https://www.instagram.com/p/COkHL8Tn6p8/

NekNgah Publish time 7-5-2021 06:51 PM

Teaser 10, Epol dibuli
https://www.instagram.com/p/COiEvsGJlmu/

NekNgah Publish time 7-5-2021 08:07 PM

Teaser 11,
https://www.instagram.com/p/COkinnKJNrM/

NekNgah Publish time 8-5-2021 10:49 AM

Teaser 12,
https://www.instagram.com/p/COmF9pChif_/

NekNgah Publish time 8-5-2021 12:12 PM

Cikgu Rashidi & Puan Maimunah
https://www.instagram.com/p/COmRSKKNAEg/

NekNgah Publish time 8-5-2021 04:36 PM

Teaser 13,
https://www.instagram.com/p/COmnEzFhlQx/

Cece1234 Publish time 8-5-2021 10:40 PM

Nape i rasa cite ni merepek je..apa motif ntah..

babycc Publish time 8-5-2021 11:00 PM

Nak puji Ramona Zam Zam.. xde nak kontrol2 cun berlakon.. Ben sikit aje watak dia.. bdk tu berlakon ok.. tp feel masih x sampai.. leh gilap lg tu..

NekNgah Publish time 10-5-2021 09:20 AM

Cece1234 replied at 8-5-2021 10:40 PM
Nape i rasa cite ni merepek je..apa motif ntah..

Cerita ni tak merepek sebab ada substance.Issue mental illness pada budak-budak yang terabai oleh bapa kandung dan hanya tinggal ibu sebagai tempat bergantung harap.Dia juga kerap dibuli.Berat tanggungan Epol tetapi seboleh-bolehnya dia tidak mahu membebankan ibunya dengan masalah di sekolah.

Masalah drama ni rasanya skrip yang agak longgar & pengarahan yang seperti tiada hala tuju.Pengarah hanya habiskan masa pada Epol yang bersungguh-sungguh untuk menyembunyikan mayat ibunya.

Pak Abu yang kepochi tapi tetap tak dapat menduga apa yang telah berlaku di dalam rumah itu.Rakan sekerja ibu juga tidak bersungguh untuk mencari Maimunah walau ada datang ke rumah.Cikgu Rashidi pula mengambil masa sebulan untuk melawat dan menjumpai mayat Maimunah.

Selalunya jiran sudah dapat mengesan kejadian seperti itu dalam masa 3 hari (my reference - kes-kes mati berseorangan yang dibaca dalam suratkhabar).

Sebenarnya banyak watak yang boleh dikembangkan dan memberi impak kepada masalah/kehidupan Epol selepas kematian ibunya.
Watak Cikgu Rashidi patut lebih memberi kesan kerana telah merasakan potensi Epol, tapi kita tak dapat rasa keperihatinan itu.Cikgu Rashidi hanya hadir untuk melawat Epol di rumah kebajikan/hospital?? (tak jelas).Tak dapat rasa impak seorang guru kaunseling di situ.

Scene yang Ngah masih tak faham - semasa Epol cuba menjual handphone dan ada kemunculan hantu Maimunah di situ.Hantu?? Ini cerita seram ke?Mana Epol tahu arang & roti dapat menyerap bau mayat ibunya??

Banyak lagi nak tulis, tapi malas.

NekNgah Publish time 10-5-2021 09:31 AM

babycc replied at 8-5-2021 11:00 PM
Nak puji Ramona Zam Zam.. xde nak kontrol2 cun berlakon.. Ben sikit aje watak dia.. bdk tu berlakon...

Ya, setuju.Ramona berjaya membawa watak Maimunah, watak yang bukan kebiasaan Ramona.

Pelakon utama adalah Saiful - Kamarul Eqfa.Sebenarnya Kamarul ni pelakon yang sangat berpotensi.Drama dia back to back.Pukul 9 tu Ibu Belum Mati di Astro Citra.Pukul 10 pula Basikal Karat di TV3.Sebab Ngah belum berkesempatan menonton Basikal Karat, Ngah cari juga review untuk Basikal Karat.Review sangat positif.Ada juga rasa terkilan sebab tonton Ibu Belum Mati bukan Basikal Karat.

Cuma tiada yang boleh dibanggakan dalam Ibu Belum Mati sebab drama yang kita tak boleh rasa.Sepatutnya drama airmata, tapi setakat sebak sahaja.Macam yang Ngah tulis di atas, skrip lemah dan hala tuju pengarah yang tak kemas.

Pengarah yang sama untuk kedua-dua drama - Rashidi Ishak.

sara_thrash Publish time 11-5-2021 10:39 AM

tak boleh nak layan citer ni jadi geli bila budak tu dok main dengan mayat mak dia tu. kembang tekak la hehhh
Pages: 1 [2]
View full version: Ibu Belum Mati [Astro Citra : Ramona Zamzam, Kamarul Eqfa, Ben Amir]


ADVERTISEMENT