orangbiasaje Publish time 4-5-2021 07:09 PM

Trend Hadiah Gajet Terbaru - Kerusi Roda Elektrik Untuk Kemudahan Yang Tersayang

Edited by orangbiasaje at 8-5-2021 12:43 AM

Kita sering melihat anak-anak menghadiahkan ibu bapa dengan sebuah rumah, tanah, atau kereta, sebagai tanda terima kasih atas susah-payah menjaga dan mendidik mereka. Kini, hadiah dalam bentuk gajet juga telah menjadi pilihan anak-anak sebagai hadiah. Ini boleh dilihat dengan kenaikan nombor jualan bagi telefon pintar dan peralatan urut mudah alih (portable massage equipment)di laman-laman beli-belah online.


Temasuk dalam kategori assistive technology,kerusi roda elektrik telah berevolusi daripada sekadar kegunaan mereka yang kurang upaya. Kini kerusi roda elektrik memiliki fungsi-fungsi yang menyeronokkan bagi segala lapisan umur dan situasi. Apa yang dilihat, ia bakal menjadi trend hadiah kepada ibu bapa juga, sepertimana hadiah massage chair yag sering diiklankan dahulu. Di sini, saya nak berkongsi mengenai jenama kerusi roda elektrik yang saya sukai, dan mengapa mereka kegemaran saya.Bukan sahaja saya, Fresco Bike ini sebenarnya amat disukai ramai!

                              
Jualan laku keras kerusi roda elektrik Fresco
Mudah Alih, Ringan Dan Boleh Dibawa Melancong


Antara kerisauan mengenai kerusi roda lazimnya adalah keruskaran untuk membawa ia terbang. Ia berat, keras dan sukar untuk diuruskan. Namun kini banyak kerusi roda elektrik yang meiliki ciri boleh dilipat, mudah alih, ringan, serta sesuai untuk dibawa menaiki kapal terbang.Antara kerusi roda paling ringan di pasaran Malaysia adalah kerusi roda elektrik 15kg daripada Fresco Bike, yang boleh dilipat sertamempunyai bateri lithium mudah alih.

Ciri-ciri ini menjadikan ia pilihan terbaik untukmenjadi hadiah untuk ibu bapa kita. Bayangkan mereka dapat melakukan umrah,bersiar-siar di tepi pantai, atau di taman-taman yang luas nan indah tanpa perlu risau akan cepat keletihan atau berasa gundah memperlahankan yang lain.Kini mereka boleh bersiar-siar, mungkin lebih pantas dari si muda. Apabila kepenatan bukan menjadi halangan, perjalanan menjadi satu nikmat.

Kerusi roda elektrik ringan, mudah dilipat serta boleh dibawa terbang
Stabil dan Mudah Dikemudi di Jalan-jalan Kampung

Reka bentuk kerusi roda elektrik terkini bukansekadar untuk bergerak, namun telah dipelbagaikan dalam bentuk hibrid (gabungan berkawalan auto dan manual) dan juga scooter roda tiga. Tayar-tayar mereka juga ada yang bercirikan sukan dengan rim 24 inci dan ada yang dipasang dengan bakul mengangkat barang. Cukup sesuai untuk dibawa berjalan-jalan di kampung atau ke kedai berdekatan rumah. Penggunaan manual amat digemari bagi mereka yang suka bersukan, manakala penggunaan alat kawalan lebih lazim digunakan dalam kehidupan seharian.

Kerusi roda elektrik hibrid (manual dan kawalan) Fresco
Tidak Ketinggalan Zaman dan Mampu Milik
Dahulu, pada awal kemasukan kerusi roda elektrik ini, ia adalah antara barang "kayangan" dengan harga sekitar RM10-20ribu. Namun,sejajar dengan peluasan penggunaan dan taraf ia yang bukan sekadar kegunaan khas,tetapi gaya hidup, harganya telah menjadi mampu milik. Malah sesetengah kedai menawarkanpembayaran ansuran. Reka bentuk terkini juga bukan sekadar "ala kadar", namun unik dan terdapat dalam pelbagai warna dan corak. Ia menjadikan memiliki satu kerusi roda sebagai sesuatuyang trendy dan unik. Ia melawan stereotaip yang sering dipaparkan di drama-drama, di mana rupa seseorang yang memakai kerusi roda dalam keadaan kasihan dan tidak berupaya.Kini, memiliki kerusi roda elektrik membawa gaya canggih, bijak, dan bergaya. Bukan lagi drama menangis, mungkin lebih sesuai untuk filem komedi atau aksi misteri.

Skuter mudah alih ranggiKhidmat Selepas Pembelian dan Bantuan Pelanggan Yang Bagus

Akhir sekali, perkara yang sering menjadi mimpi ngeri pelanggan, adalah kesukaran mendapatkan bantuan dan gantian untuk apa-apa peralatan yang rosak. Tiada apa yang bertahan lama di dunia ini, dan ini adalah satu fakta hidup yang kita tidak dapat elak. Namun begitu, bantuan jangka masa panjang serba sedikit mengurangkan kerisauan tersebut. Itu sebabnya kita sering mencari barangan dengan jaminan lebih lama serta jenama dengan perkhidmatanpelanggan yang dipuji ramai.

Antara yang saya tahu, kedai kerusi roda elektrik Fresco Bike di Kuala Lumpur mempunyai kerusi roda elektrik dengan jaminan 6 bulan ke 1 tahun, serta menawarkan perkhidmatan membaiki dan menjual peralatan ganti kerusi roda elektrik mereka.Mengikut pengalaman saya, Freco Bike mudah untuk dihubungi, baik laman mereka Kerusi Roda Elektrik Malaysia atau Electric Wheelchairs by Fresco Bike, FacebookFresco Bike,WhatsApp mahupun di platform beli-belah online seperti Lelong, Shopee, dan Lazada.

GY820Ct_7qc


Jadi, seandainya masih terfikir-fikir apa hadiah yang unik ingin diberikan, apa kata pertimbangkan satu kerusi roda elektrik untuk kemudahan orang yang tersayang sebagai salah satunya?



salmon-suki Publish time 4-5-2021 08:31 PM

Kalau mampu,beli lah..kalau xmampu,sendiri mau sedar laa..jgn plak nanti merengek xde duit etc..:loveliness:

najib888 Publish time 4-5-2021 11:55 PM

Blue is the new red.. wall-e...
Manusia menjadi semakin malas..
Kalau betul-betul ada masalah, ok la..

sarah82 Publish time 5-5-2021 03:51 PM

Nak beli kerusi roda.. Biar la sesuai utk semua keadaan.. Lagipun.. Kalau mak bapa boleh jalan lagi.. Baik biarkan mereka jalan dan bantu la depa.. Tu salah satu bentuk senaman utk depa.
Pages: [1]
View full version: Trend Hadiah Gajet Terbaru - Kerusi Roda Elektrik Untuk Kemudahan Yang Tersayang


ADVERTISEMENT