Duduk Atas Lantai Boleh Panjangkan Umur?
Tabiat duduk di atas lantai mungkin tidak selesa berbanding di atas sofa yang lembut tetapi menurut sebuah kajian, ia sangat baik untuk rahsia panjang umur.Menurut Penyelidik seperti dipetik Well & Good, Blue Zones Dan Buettner, orang yang tinggal di Okinawa, Jepun hanya mempunyai perabot yang sangat minima di rumah mereka dan kebanyakan waktu mereka akan duduk di atas lantai.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202105/04/134957mllblsbicsid93l9.jpgGambar hiasan/The Conversation
"Wanita yang paling lama hidup dalam sejarah dunia adalah berasal dari Okinawa.
"Pengalaman tinggal selama dua hari bersama seorang wanita berusia 103 tahun melihatnya bangun dan duduk lebih 30 ke 40 kali yang bersamaan dengan senaman squat," katanya.
Tidak dinafikan, kebolehan wanita itu yang mampu berulang kali berdiri dan duduk di lantai membuat para penyelidik kagum.
Malah, kajian European Journal of Preventive Cardiology menunjukkan bahawa mereka yang tidak mampu melakukan gerakan itu mungkin lebih pendek umur.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202105/04/134958vxgqn88922nmszza.pngGambar hiasan/Health Line
"Senaman sangat berhubung kait dengan kelangsungan hidup manusia tetapi penelitian kami juga menunjukkan bahawa mempertahankan tingkat kelenturan tubuh yang tinggi, kekuatan otot dan koordinasi tubuh dapat mempengaruhi usia seseorang.
"Manfaat lain duduk di atas lantai adalah ia baik untuk keseluruhan struktur tubuh serta menjaga keseimbangan dan mengelakkan seseorang yang sudah berusia mudah jatuh," katanya.
Namun, kita disarankan mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti aktiviti harian, senaman, pemakanan turut menyumbang kepada kehidupan yang lebih baik.
Sumber: Era.je Masaalahnya nak ke usia tu pjg sgt ..
Dgn masalah kesihatan etc... Lantai kayu kan.. Bukan simen.. Betul. Lagipon, kalau selalu dok atas kerusi je, kaki tak guna betul2. Lama2, urat jadi kejung. Nak smayang pon x leh lipat kaki. Kalau dari kecik dah biasa duduk lama2 atas lantai pastinya tak ada masaalah sebab dah terbiasa.Yang jadi masalah kalau jenis lebih lama duduk atas kerusi dari atas lantai pasti membuat mereka rasa tak selesa naik kebas atau susah bangun sebab sakit lutut. Betul. Lagipon, kalau selalu dok atas kerusi je, kaki tak guna betul2. Lama2, urat jadi kejung. Betul ke idok, yang pasti aku pon selalu duduk atas lantai kalu usia panjang..tp fizikal at least mcm 40 nak la jugak..
ni mcm x best jah usia panjang tp sampai bongkok 3..kedut seribu..mata rabun..siap pakej alzheimer pelbagai..menyusahkan org jahhh..apalah nikmat usia panjang kalu cmtuh:lol: Betul la kut..tgk dulu2 masa kecik kita semua mkn atas lantai je sefamili..sekarang klu dok atas lantai susah nak bangun.. Orang Jepun duduk di lantai tak sama dengan orang Melayu duduk di lantai.
Lelaki Melayu bersila, perempuna Melayu bersimpuh.Sama ke kesan cara duduk ni pada tubuh badan?
Betul dah tu cuma yang penting jangan lupa amalkan gaya hidup sihat boleh start duduk atas simen lebih kerap
eh silap..lantai kayu..mana nak cari papan kayu
Aku suka tido atas lantai kalau balik rumah nenek. akak tak boleh dok atas lantai lama2.. kalau tak sakit punggung mesti kaki kebas.. kadang2 malu bila tgk org tua yg boleh bersimpuh lama. akak ni macam kucen nak beranak.. macam2 posisi.. tupun kebas gak kaki
Pages:
[1]