mbhcsf Publish time 28-4-2021 01:54 PM

Islam : Perlembagaan dan Undang - Undang Syariah

Edited by mbhcsf at 28-4-2021 06:53 PM

Assalamualaikum warahmatullah
Ramadhan Kareem semua

Dalam kita meraikan ramadhan pada tahun hijrah , dan masih diselubungi ancamanjangkitaCovid-19 ini, maka elok benar juga kita mengambil caknaakan sedikit cabaran dan isuserius yang dihadapi dalam aspek peneguhan undang undang syariah di Malaysia.

Well, apabila AL - ALAQ diturunkan... maka di situ signifikannya dan implikasinya bermula secara tersurat, dan tersirat.:)

Umum mengetahuibahawa terdapat banyak cabaran yang dihadapi dalam peneguhan undang undang syariah di Malaysia, dan ini juga terzahir dalamkes kes mahkamah yang diuruskan di mahkmah sivil yang mana keptusannya membawa implikasi pada perlaksanaan undang - undang syariah di malaysia.

so, untuk konteks yg jelas pada yg belum maklum , boleh lihat link ini

https://www.change.org/p/pinda-p ... 7-b167-cd2bca1f7de7
KES MAHKAMAH IKI PUTRA: PERTAHANKAN SHARIAH DAN PINDAKAN PERLEMBAGAAN

dan pada malam ini , i think selepas kite semue teraikh ada satuwacana yang membincangkan aspek aspek ini :https://www.facebook.com/photo?f ... set=a.3892494514471
https://scontent.fkul14-1.fna.fbcdn.net/v/t1.6435-9/176886060_10221451473179891_2933638131682996291_n.jpg?_nc_cat=106&ccb=1-3&_nc_sid=8bfeb9&_nc_ohc=yRifjDT6uR4AX9GOceL&tn=_KRJlXtFsg_NUbRE&_nc_ht=scontent.fkul14-1.fna&oh=3c402b8185f0e4893a2b82ba8cdfd101&oe=60AFD9B7



mbhcsf Publish time 28-4-2021 01:59 PM

ini adalah nukilan daripada seorang Presiden Pesatuan Peguam Muslim Malaysia,
fikir fikirkanlah...

pautan asal:https://www.facebook.com/ZainulRijal


Bukan sahaja kalimah Allah…
Umat Islam dikejutkan dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam kes Jill Ireland melawan Kementerian Dalam Negeri baru-baru ini yang memutuskan arahan Kementerian Dalam Negeri melarang orang bukan Islam menggunakan antara lain kalimah Allah bagi merujuk agama mereka adalah tidak berperlembagaan dan tidak sah.Penghakiman tersebut turut membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah-kalimah lain iaitu Baitullah Kaabah dan Solat untuk tujuan yang sama.
Jelas penghakiman tersebut tidak selari dengan penghakiman terdahulu yang diputuskan di dalam kes Titular Roman Catholic Archibishop of Kuala Lumpur melawan Kementerian Dalam Negeri yang memutuskan kalimah Allah bukanlah bahagian yang penting di dalam agama Kristian yang menyebabkan larangan boleh dilakukan.

Ruangan kali ini bukanlah ingin mengulas kedua-dua penghakiman tersebut tetapi hanya ingin menukilkan berkaitan aspek kontektualisasi dan normalisasi di dalam masyarakat kita sejak dahulu lagi.
Kontekstualisasi memberi gambaran tentang suatu proses di mana berita tentang kepercayaan sesuatu agama dibuat menjadi relevan dan sebati dengan budaya orang yang menerima seruan agama tersebut. Manakala normalisasi memberi ertitindakan menjadikan sesuatu itu biasa atau normal dan mudah diterima oleh sesebuah masyarakat.




Tindakan-tindakan sebegini mungkin di bawah sedar kita sudahpun mengambil tempat dalam masyarakat kita sejak lama dahulu.Sebagai contoh, kalua dahulu kita sangat jelas kuil adalah tempat melaksanakan amalan orang Hindu, gereja bagi orang Kristian, tokong bagi penganut Budha dan gurdwara bagi orang Sikh. Istilah-istilah yang dipakai tersebut sudah mula dikesampingkan kerana istilah yang lebih menyeluruh digunakan iaitu rumah ibadat. Kini apabila istilah rumah ibadat digunakan kita mungkin tidak dapat membezakan samada ia masjid, kuil, gereja, tokong ataupun gurdwara. Sudah tiada perbezaan lagi antara tempat tempat tersebut.


Begitu juga dahulu kita selalu katakan umpamanya orang Budha menyembah tokong, orang Hindu menyembah berhala dan lain lain lagi. Tapi kini istilah sembah tidak lagi digunakan sebaliknya istilah sembahyang digunakan. Jadi ramailah yang mengatakan seperti ‘Ah Keong bersembahyang di rumah ibadat mereka’. Tiada perbezaan antara bersembahyang bagi orang Islam dengan yang bukan Islam.

Yang lebih menggusarkan orang Islam lagi apabila perkataan sembahyang itu juga tidak mahu digunakan oleh sebahagian orang bukan Islam sebaliknya mereka mendambakan menggunakan perkataan solat. Walaupun hakikatnya perkataan solat tersebut bukanlah perkataan di dalam Bahasa Melayu tetapi mungkin bagi tujuan normalisasi ia digunakan juga.

Saya mendedahkan perkara ini bagi memberi cetusan minda betapa proses kontekstualisasi dan normalisasi ini telahpun berlaku di dalam masyarakat kita. Bukanlah tujuan saya untuk membezakan antara agama bagi maksud diskriminasi tetapi pada pandangan saya adalah lebih baik setiap agama itu diidentitikan dengan perkataan-perkataan yang sesuai dengan mereka sehingga tidak membawa kekaburan kepada sesiapapun. Perbezaan bukan suatu yang merugikan kerana perbezaan itu sendiri merupakan kekuatan di dalam kepelbagaian penduduk di Malaysia selagi hormat-menghormati dan bertoleransi menjadi prinsip yang diamalkan.
Saya khuatir jika proses kontekstualisasi dan normalisasi ini terus dilakukan, pasti suatu hari nanti kita sudah tidak dapat membezakan satu agama dengan agama yang lain dan menganggap semua agama adalah sama. Jika ini berlaku, pluralisme agama akan berakar umbi di dalam masyarakat kita. Pluralisme agama bermakna mengakui semua agama adalah benar, ia sangat bertentangan dengan akidah Islam yang mempertegaskan satu-satunya agama yang diterima Allah swt adalah agama Islam. Oleh yang demikian memegang tekad semua agama adalah benar menyimpang dari akidah Islam itu sendiri bagi orang Islam.

Sekiranya semua agama adalah benar, bertukar-tukar agama pula akan merupakan suatu yang normal.
Oleh yang demikian proses kontekstualisasi dan normalisasi ini perlu diperhalusi semula agar masyarakat Islam tidak akan terperangkap di dalam kekeliruan yang dinyatakan di atas. Mungkin masih belum terlambat bagi kita kembali kepada istilah asal yang jelas dan tidak mengelirukan tersebut.

mbhcsf Publish time 28-4-2021 02:07 PM

Edited by mbhcsf at 28-4-2021 02:19 PM

Usee, sebenarnyakitanampak di sini

yangpada pandangan umat islam secarakasarnya

Islam is about fiq ibadat , about pertanyaan hukum hakam , it 's aboutbenda benda yang melibatkan etika dan moral , tapi sebenarnya ISLAM Itu LUAS ia mendasari kerangka pemikirandan penilian pemikiran dalam tahap setinggi falsafah ( of course difaami yang ilmu wahyu memilikitahap ketinggina knowledge dalam hirariki Islam ye ) hinggalah kepada perkara perkara yang mencakupi perlakuan.

Tang bab ibadat dan fiqh ibadat ni , it iscommon dan meluas dan ini sering saya katakan terzahir dalam setiap paparan penuisan.


tapi bagaimana pemikiran?


dan bagaiman inirelevan sangatsehingga kita lupa kerelevananilmu yg berbentuk usulussin dan falsafah dandalam menghadapi rencam dan ancaman pemikiran dari kerangkayg bukanberasaskan tauhid - bagaimana pula kita ?


u see, sebab tu memahami pembahagian ilmu dalam kerangkaAl ghazalli adalah penting. fahami itu maka you will know , what is to beecpected from you as a Muslim , yg awwam levelnya ...sebab ada ilmu yang hanya experts sahaja yg faham...sebab umum yg tahu akan menyedari pentebaran ilmu dalam 4 kelompok.

so inilah cabaran akhir zamandan It came down on me to this fact that :

bagaimanalah rasulullah SAW tak risau bila baginda saw kenangkan umatnya

pada akhir zaman...


apa yg saya kesalkanialah kekadang minda kita asyik terbatas pada segala teor konspirasi itu inisetakat bhn polemik tapi dalam pada masa yang sama minda kita takmenyedari apa itu kerangkan pandagan alam Islam. yg mencakupi beberapa aspek pentingdalam kita melihat haq dan haqiqat , the truth and realitytentang bab ketuhanan, kerasulan, revealed knowledge, konsep ilmu, kebahagian , erti makna INSAN...etc.
so, get to know this , carilah ilmu.

and yes sometimes we do make mistake and errors, terleka ( hahaha ), yes sure as insan but , be aware, yup bewareon the fact that life's just not a kiki lala..kiki lala..thing.


awanysss Publish time 28-4-2021 02:18 PM

malas baca..
tunggu #dengkike bersuara sepatah dua kata..
tanggungjawab sbg pemelihara agama kat malaysia kan..
every position comes with responsilibility..

mbhcsf Publish time 28-4-2021 02:21 PM

Edited by mbhcsf at 28-4-2021 06:52 PM

awanysss replied at 28-4-2021 02:18 PM
malas baca..
tunggu #dengkike bersuara sepatah dua kata..
tanggungjawab sbg pemelihara agama kat m ...
alhamdulillah.

ini bukan meetakkan tanggngjawab kepada sesiapa dan melabel sesiapa pada bulan ramadhan.

ini what you can do asmuslim yang dianugerahkan aqal.
Saiyidina Ali pun menggalas tanggungjawab ini seawal remaja.



mbhcsf Publish time 28-4-2021 10:46 PM

here's the link:

https://www.youtube.com/watch?v=yQgpQlXffFw
Pages: [1]
View full version: Islam : Perlembagaan dan Undang - Undang Syariah


ADVERTISEMENT