piao Publish time 28-4-2021 08:04 AM

Resepi Biskut Hazelnut Nutella

Resepi Biskut Hazelnut Nutella

https://i0.wp.com/mykmu.net/wp-content/uploads/2021/04/Resepi-Biskut-Hazelnut-Nutella.jpg?w=964&ssl=1
Resepi Biskut Hazelnut Nutella

Masa Penyediaan: 20 minit,
Masa Memasak:15 minit,
Jumlah Hidangan:3 dozen

Biskut Hazelnut Nutella yang simple tetapi menarik kerana di letakkan filling nutella di tengah. Sesuai jika dihidangkan di hari raya, boleh juga dimakan pd hari-hari biasa.


Bahan-Bahan:

2/3 cawan kacang hazelnut yang dipanggang
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil baking soda
225 gram unsalted butter
1/2 sudu kecil garam
3/4 cawan gula kastor
1 biji telur kuning
Nutella

Cara Penyediaan:

Kisar kacang hazelnut yang dipanggang tadi sehingga menjadi serbuk halus.

Pukul unsalted butter dan gula sehingga sebati dan warna bertukar menjadi kuning pucat, kemudian masukkan telur kuning dan garam. Kacau sebati.

Ayak tepung gandum dan baking soda. Masukkan sedikit demi sedikit bahan ayak dan diselang seli kan dengan serbuk hazelnut ke dalam adunan. Kacau sehingga menjadi doh yang sebati. Doh memang agak lembik dan jangan ditambah tepung lagi.

Balut doh dengan plastik cling atau plastic wrap. Rehatkan di dalam peti sejuk selama 1/2 jam ke 1 jam. Keluarkan doh, lapik plastik di permukaan dan canai setebal 1/4 cm. Terap dengan acuan dan bakar pada suhu 160 celcius selama 10-15 minit.

Angkat dan sejukkan. Letakkan Nutella sebagai inti di tengah.

Resepi Che Nom

Cece1234 Publish time 28-4-2021 08:51 AM

Mcm sedap..nnti leh try (kalo rajin)..hihihi..

Guli Publish time 28-4-2021 06:04 PM

Oohh sedap sedap

Guli Publish time 28-4-2021 06:05 PM

Nanti boleh buat la ni

Guli Publish time 28-4-2021 06:06 PM

Bila cakap pasal hazelnut teringat pulak coklat kinder bueno

darkie Publish time 3-5-2021 03:53 PM

sedapnyaa tengokk ya allahh

sapasapa Publish time 14-5-2021 08:04 AM

Sedap ni..boleh cuba
Pages: [1]
View full version: Resepi Biskut Hazelnut Nutella


ADVERTISEMENT