piao Publish time 27-4-2021 11:29 AM

Eh! Kenapa Penyanyi Akan Buka Peralatan Telinga “Earphone’ Ketika Buat Persembah

Eh! Kenapa Penyanyi Akan Buka Peralatan Telinga “Earphone’ Ketika Buat Persembahan

Kalau tengok konsert atau anugerah berprestij di kaca television. Setiap kali penyanyi akan membuat persembahan, mereka mesti akan memakai peralatan di telinga seakan earphone atau nama sebenarnya in-ear monitor (IEM).

https://media2.fishtank.my/media/sinar/assets/article/penyanyi01.jpg
Tujuan utama sebalik pemakaiannya adalah untuk membolehkan penyanyi supaya fokus kepada suara mereka dan menyingkirkan bunyi-bunyi asing ketika mereka melakukan persembahan.

Namun, kalau diperhatikan akan ada masanya para penyanyi akan membuka peranti tersebut, lagi-lagi apabila mereka ingin berkomunikasi dengan para peminat.


https://media2.fishtank.my/media/sinar/assets/article/earpiece.gif
Menurut My Audio Lover, peranti itu dicipta dengan ciri penyekatan total bunyi dari luar untuk mengelakkan kerosakan pendengaran pemuzik ketika melakukan persembahan di atas pentas.

Jadi, ada kalanya penyanyi akan menanggalkan alat tersebut ketika mereka ingin berkomunikasi dengan peminat agar supaya dapat mendengar suara mereka dengan lebih jelas.

https://media2.fishtank.my/media/sinar/assets/article/dssakicucae4grg.jpeg
Bahkan, DJ atau para pemuzik akan turut membuka peranti IEM dari masa ke masa supaya mereka boleh mengatur dan melaraskan tahap bunyi, menghasilkan mix yang diinginkan.

Tak perlu nak tertanya dah lepas ni, jika anda pernah melihat situasi ini, mungkin itulah antara sebabnya. Namun, mungkin para penyanyi sendiri ada alasan mereka tersendiri apabila melakukan demikian.

https://media2.fishtank.my/media/sinar/assets/article/haelhusaini16_hmfield_image_listing_featured_v2-var_1615893832.jpg
Sumber:https://sinar.my/viral/trending/penyanyi-buka-earphone-ketika-persembahan

TOPwind Publish time 27-6-2021 12:13 PM

bukan ke alat ini bertujuan utk beri maklum dari producer

seperti pembaca berita,Pengacara,moderator dsg

buragazz Publish time 29-12-2021 04:36 PM

In Ear Monitor ni utk kita dengar music supaya kita boleh control pitch ketika membuat persembahan.. tak silap klu di bukak tu usually sebelah je time part tinggi atau music arrangement full blast klu music slow memang kene pakai.. umpama dia ni menggantikan monitor yang sebuku biasanya letak atas stage tu..
Pages: [1]
View full version: Eh! Kenapa Penyanyi Akan Buka Peralatan Telinga “Earphone’ Ketika Buat Persembah


ADVERTISEMENT