piao Publish time 27-4-2021 11:12 AM

Bahan Disebalik Cincau Yang Anda Mungkin Tidak Tahu

Bahan Disebalik Cincau Yang Anda Mungkin Tidak Tahu

https://media2.fishtank.my/media/sinar/assets/article/cincau.jpg

Cincau merupakan jenis agar - agar yang popular dikalangan rakyat Malaysia dan juga negara Asia yang lain. Air Cincau dikenali ramai kerana khasiatnya yang dikatakan menjadi penyejuk badan.

Tapi tahukah anda apa sebenarnya bahan asas cincau ni? Bahan asas cincau adalah tumbuhan keluarga mint iaitu Mesona chinesis yang mengandungi kalium karbonat. Pokok ini banyak tumbuh dikawasan seperti di Asia Tenggara dan juga banyak di negara China dan Taiwan.

Dalam proses membuat Cincau, tumbuhan ini dipercayai dimasak dengan campuran tepung tapioca atau agar-agar powder supaya menjadi jelly cincau.

Cincau hitam merupakan bahan ramuan jenis agar-aga yang sangat di minati dan biasanya dicampurkan dalam minuman cincau.

Minuman Cincau bukan sahaja menyejukkan badan tetapi secara ilmiah banyak khasiat lain diperolehi daripada cincau. Lazimnya cincau akan menurunkan panas dalam dan ia juga mencegah gangguan sistem pencernaan dan memudahkan untuk buang air besar.

Cincau juga mampu untuk mengatasi masaalah perut kembung. Cincau turut dikatakan ia mampu menurunkan tekanan darah tinggi dan kurangkan kadar kolesterol. Selain itu katanya cincau mengatasi masaalah sakit perut (diare) dan mengurangkan masaalah batuk dan mengelakkan sembelit dan paling menakjubkan ia didakwa sebagai bahan antikanser.

Daripada kajian makmal mendapati tumbuhan cincau ini mengandung zat sejenis karbohidrat yang mampu menyerap air sehingga daunnya menjadi padat.


Sumber:https://sinar.my/viral/inspirasi/bahan-disebalik-cincau-yang-anda-mungkin-tidak-tah


helicornia Publish time 27-4-2021 11:39 AM

sedapnya cincau
ptg kang nak cari la

Supersirap Publish time 27-4-2021 01:03 PM

Info yang sangat bermanfaat, sebelum ni tahu makan dan minum cincau tetapi tidak tahu asal-usul cincau tersebut, tq TT

ketupatnasi Publish time 27-4-2021 03:27 PM

kaka tanam pokok cincau hitam nih. kawan opis bagik tapi tak penah buat pun. helok merimbun pastu pangkas. senang nau nak menanam.

tompie Publish time 27-4-2021 04:05 PM

ada tengok youtuber masak cincau from scratch pakai daun pokok ni.

3chanceno Publish time 28-4-2021 09:53 AM

Bagus benang nie{:thumbo

Tak tahu pulak dari pokok asanya..sesiapa ada gambar pokok ini???

Normabaru Publish time 28-4-2021 11:00 AM

ketupatnasi replied at 27-4-2021 03:27 PM
kaka tanam pokok cincau hitam nih. kawan opis bagik tapi tak penah buat pun. helok merimbun pastu pa ...

Tepek skit daun dia pls.. Teringin nk tengok.hehe

ketupatnasi Publish time 28-4-2021 11:42 AM

Normabaru replied at 28-4-2021 11:00 AM
Tepek skit daun dia pls.. Teringin nk tengok.hehe


ketupatnasi Publish time 28-4-2021 11:44 AM

ni gambar google. mcam daun pudina tp xde bau. cincau hijau pun lebih kurang je.
senang nak biak. tanam guna keratan batang jahhh..

Normabaru Publish time 28-4-2021 11:48 AM

ketupatnasi replied at 28-4-2021 11:44 AM
ni gambar google. mcam daun pudina tp xde bau. cincau hijau pun lebih kurang je.
senang nak biak. t ...

Oh ada jenis hijau hitam ye.. Nais.. Thanks dik ketupat.. Terus rasa nak raya:D

Guli Publish time 28-4-2021 05:57 PM

Baru jer beberapa Hari Lepas tgk orang buat cincau kat tik tok

Guli Publish time 28-4-2021 05:58 PM

Rupa-rupanyaasal daun ,Tu la ingat Kan agar 2
Pages: [1]
View full version: Bahan Disebalik Cincau Yang Anda Mungkin Tidak Tahu


ADVERTISEMENT