piao Publish time 25-4-2021 07:28 AM

Bahaya nya MicroSleep

Bahaya nya MicroSleep

Pernahkah anda mengalami situasi; anda sedang memandu dan anda hilang tumpuan, atau mungkin anda terlelap. Apabila tersedar, kenderaan anda rapat dengan kereta hadapan, terhantuk stereng atau cermin tingkap kenderaan, atau mungkin anda dihon kerana memasuki lorong kenderaan sebelah?

Jika anda pernah mengalaminya, keadaan itu dipanggil microsleep.

https://caring2u.com/wp-content/uploads/2020/01/zv.png

Apa itu ‘microsleep’?

Ia merujuk kepada satu episod tidur singkat yang tidak dapat dikawal dan berlaku untuk tempoh antara 1 hingga 30 saat.

Terjadi tanpa amaran dan kerap berlaku apabila seseorang individu yang dalam keadaan mengantuk cuba untuk melawan rasa tersebut dan kekal berjaga.

Ia juga boleh berlaku ketika mata sedang dan masih terbuka.

Ia berbahaya apabila berlaku ketika sedang memandu atau sedang mengendalikan sesuatu jentera, yang berpotensi meningkatkan risiko kemalangan yang serius.


Apakah puncanya?

Biasanya disebabkan oleh rasa mengantuk yang teramat sangat dan digabungkan dengan tugas yang membosankan seperti memandu atau menonton televisyen.

Semakin tinggi rasa mengantuk anda, semakan tinggi potensi untuk anda mengalaminya.

Kurang tidur, yang disebabkan masalah gangguan tidur seperti insomnia atau tidak mendapat kuantiti tidur yang mencukupi antara faktor utama.

Bagaimanakah untuk mencegahnya?

Memastikan anda mendapat tidur yang berkualiti dan mencukupi pada waktu malam. Jumlah waktu tidur yang disyorkan untuk individu dewasa adalah antara 7 hingga 9 jam

Lakukan beberapa perubahan dalam rutin harian juga dapat membantu memperbaiki kualiti tidur 4, seperti:

Padam dan tutup lampu, televisyen, atau radio semasa tidur.

Hindari sebarang aktiviti yang boleh merangsang kecerdasan semasa waktu tidur.
Kekal suhu bilik pada tahap yang selesa.

Jika anda terlalu mengantuk pada waktu siang, berikan diri anda masa untuk tidur, pastikan ia tidak lebih 20 minit, biasanya dikenali sebagai tidur tengahari (power nap). Ia dapat membantu menjadikan diri anda lebih segar.

Elakkan tidur melebihi 30 minit melainkan anda merancang untuk berjaga pada waktu malam. Tidur pada waktu petang yang melebihi 30 minit akan membuatkan diri anda berasa lebih mengantuk dan lesu.

Terdapat beberapa langkah yang boleh dilakukan untuk mengelakkan rasa mengantuk atau microsleep semasa memandu. 5

Mengambil masa untuk berhenti dan berehat di tempat yang selamat.

Berbual dengan penumpang yang anda. Jika boleh, elakkan memandu bersendirian jika anda memandu pada jarak jauh dan cuba berbual bersama penumpang anda.

Dapatkan minuman seperti kopi, untuk menghilangkan rasa mengantuk anda kerana ia dapat membantu anda untuk terus berjaga dan bertenaga.
Caffeine mengambil masa sekurang-kurangnya 30 minit untuk mendapatkan efeknya. Dalam masa 30 minit ini anda masih berisiko untuk mengalami microsleep.

Buka tingkap kereta. Salah satu sebab mengapa microsleep berlaku adalah kerana kekurangan oksigen dalam badan anda. Oleh itu, cuba untuk menghirup udara segar terutama apabila anda memandu di dalam kawasan bandar.


Sumber:https://caring2u.com/health_info/bahaya-microsleep/


seribulan Publish time 25-4-2021 08:23 PM

Haa...kekurangan oksigen dlm bdn...kolig guna mesin oksigen terus xde selalu terlelap..karbon dioksida byk dlm bdn gak...
Pages: [1]
View full version: Bahaya nya MicroSleep


ADVERTISEMENT