sekutcornflake Publish time 23-4-2021 09:56 AM

MUA rosakkan hari bahagia aku. Patut ke dia diambil tindakan undang2? TOLONG

Edited by sekutcornflake at 23-4-2021 10:01 AM

masa aku baca kes pengantin kena pedajal mekap hauk dgn MUA dia baru2 ni, aku teringat kisah aku yg lebih kurang serupa pengantin tu..
cerita dia, aku baru nikah dlm awal tahun ni. waktu tu jais arah utk aku dan pasangan menikah online sebab pkp (rentas dlm daerah pun tak dibenarkan langsung waktu ni). jadi, aku terpaksa buat majlis tertutup dan ambik MUA 'bidan terjun' yg direkomenkan oleh tukang buat inai aku tu. kebetulan MUA tu berada kat kampung sebelah, so ambik jela sebab terdesak sangat. bila aku recce IG dia dan engage dia utk request makeup look, dia kata dia boleh buat. waktu ni tak syak apa2 lagi..

hari nikah tu, baru tahu dia ni ada attitude problem.
- dia datang sejam lambat utk makeup session
- dia guna produk murah campur2 brand (serius sangat cikai) made in china yg memang cuma ada kat shopee tu je (o.two.o dgn brand lain lagi aku lupa, bukan mekap2 yg ada kat drugstore / sephora). waktu ni aku terkejut gila sebab MUA selalunya guna produk wellknown. dan dia caj aku RM2XX utk semua ni?!! aku akui memang takde skill mekap2 ni tpi takdelah bodoh sangat taktau brand dan caj mekap :'(
- lepas nikah, aku ada maklumkan dia jgn upload gambar aku kat IG dia. dia setuju. tapi bila aku stalk, dia buat juga which aku bengang gila sbb dia takde consent aku. aku orang yg sukakan privacy dan skrg dia dah breached customer's trust la kan?
- yg lagi sedih, aku kena ejek dgn family aku. waktu tu cuma close family dgn pasangan family yg datang, malu sangat bila mekap hodoh. dlm gambar pun ketara mekap tu buruk and aku tak upload lgsg gambar nikah utk tatapan kawan2, sedara. sampaikan suami aku kata, "kenapa dia mekap kusam? orang sepatutnya mekap utk naikkan seri orang tu lagi." malu sgt husband cakap gitu :'(:'(:'(


bila jadi camni, aku nangis berhari2 lepas nikah tu. bayangkan hari bahagia aku kena pedajal camni. aku ceritalah apa benda servis yg aku tak puas hati kat MUA tu, dia boleh sound aku balik.
- dia faceshaming aku. kalau hodoh mekaplah macam mana pun tetap takkan cantik macam model yg aku hantar gambar kat dia. sebab masatu aku request makeup look macam sorang local insta model ni. dan dia siap compare rupa paras aku dgn mira filzah, yg mana aku terasa sgt dgn dia:'( mana boleh kutuk customer kalau claimed diri tu professional MUA bertahun mekapkan orang
- sebab aku tak puas hati dgn servis diberikan, ingat nak nego bayaran. tapi dia boleh sound kata aku ni berniat tak nak bayar langsung, takde duit sebab tak kerja menganggur time pkp ni. lepas dia cakap camni, terus dia block aku.


benda ni agak mengganggu dan bawa tekanan perasaan kat aku sebenarnya. aku tak pasti kalau korang anggap benda ni kecik, tapi pada aku besar impaknya sbb dia rosakkan hari bahagia dan self esteem aku. patut ke orang camni diambil tindakan undang2 terhadap dia? kalau perlu, apa steps yg patut dibuat dan berapa agak2 kos yg kena dikeluarkan? tolong sangat2 bantu aku.. maybe korang boleh bagi cadangan siapa peguam patut aku engage kat fb atau mana2 ke..?


tq semua



nanies Publish time 23-4-2021 10:55 AM

Cer upload gmbr sini. kitaorg tolong tgk kan hodoh sgt ke mekap nya

crossline Publish time 23-4-2021 10:56 AM

Patut ambil tindakkan, tapi dah terlambat sangat. So tak sure... Paling2 tak pun sis terpaksalah cari MUA yg betul2 well known, mekap untuk buat photoshoot untuk wedding album pulak. Goodluck sis.

kikuri Publish time 23-4-2021 10:59 AM

mybe bukan sebab brand mekap la kop sebab MUA tu sebenatnya acah2 pandai mekap org.. sebab iols pakai foundation o two o tu helok je coverage dia..n tak cair pun bila berpeluh... gitu meols bekap mekap murah kat shopee...

msdummy.2018 Publish time 23-4-2021 11:02 AM

Mua aku pun pki brg bodoh2 jer..tp dia pndi..mng cntik..jd aku byr mahal atas sb skill dia...

anakcik Publish time 23-4-2021 11:07 AM

assalam dik,

buat apa smpai nk pi cari lawyer...lagi duit ko keluar..igt kos lawyer ni bape? seratus 2 ratus??? huihhhh....beribu la yang silap2 berpuluh ribu.

1. masa awk nk order die tu..x pi survey ke?
2. yg di pi post gambar awk tu org x kecam ke mekap die?

makanya xperlula nk mengungkit siapa salah ...

awak dh kawin dh pun..
org kawin ni nk happy... menggembirakan hati pasangan..

jgn smpi sbb mekap n pergaduhan awk ngan MUA tu hubungan awk ngan suami pun jauh..
dr dh nikah kang kuar pulak lafaz cerai...
suami awk dh terima awk seadanya...jgn sebab mcm ni buat die pikir 2 3x awak ni jenis degil la pulak...
xnak la dlm hati suami awk pulak "aku nk kawin, nk main mlm2...ni lain pulak...tgk bini merana hati menangis mlm2..nk kene dgr pulak ko berleter cerita lalu."

dh la xyahla simpan dendam...
berbesarla hati
jadila isteri terbaik.
bende dh lepas tak yah kenang... nnt depression pulak..
buat terbaik hari ni dan esok.

duit lawyer tu baikla buat sesi photografi byr mahal...pakai baju lawa2.. pakai mua yg trusted... buktikan kat mua cilaka tu.... "walau aku x lawa kene mekap lawa...lawa jugak...ko yg mekap mcm sial" samala jugak kalau org lawa mekap x lawa...hodoh juga!!

dh la chill happy2 je life...layan laki awk tu.

husie91 Publish time 23-4-2021 11:14 AM

Sebenarnya untuk harga 2xx tu utk makeup kahwin dah murah sangat tu.. what do u expect dengan harga macam tu dapat barang makeup mahal kt sephora? Sebenarnya kau memang dah tak happy since dia late lagi tu semua benda jadi asbab kau tak puas hati lagi.. aku rasa kau yg tak habis survey & high expectation kat mua tu padahal bayaran tu murah ikutkan.. cuma yang memang terang3 salah mua tu is dia lambat sejam & mulut puaka la sebab faceshaming kau direct.. ;P

awenda507 Publish time 23-4-2021 11:27 AM

Yg penting sume dh slmt. Xpyh dikenangkn lg benda da jd

laradelara Publish time 23-4-2021 11:32 AM

Edited by laradelara at 23-4-2021 11:35 AM

Tak perlu ambil tindakan undang2. Kos mahal. Kena praktikal time pandemic ni.

Kalo tak puas hati, pg jelah fb ke apa.. Tulis honest review & rate lah MUA tu. So that bakal pengantin area u tak buat mistake yg sama hire MUA tu.

Since u tak suka nikah look u, kumpul duit n p lah make up cantik2 & amik gambar sanding. Buat kenangan.. At least org tanya, tunjuk gambar sanding/outdoor photoshoot. Kalo tak nk sanding/photoshoot pun, amik je lah gmbr biasa2 ngn husband. Happykan diri.

tompie Publish time 23-4-2021 11:35 AM

Aku tumpang simpati aje lah.
Aku setuju dengan komen2 di atas.

Kurex Publish time 23-4-2021 11:49 AM

Bodohnya mua tu.. mira filzah cantik apanya! Muka dah la basic yg mudah didapati mana2 pasar basah. Sembam macam baru bangun tido, laki pulak nampak busuk! Memang terbukti mua tu bingai bila yg muka basic sembam dijadikan bandingan. Layak diludah je mua dgn mira basic tu. Puihhhh puihhh puihh puihhhhhhh puihhhhh puihhhh puihhh puihh

laradelara Publish time 23-4-2021 11:52 AM

Kurex replied at 23-4-2021 11:49 AM
Bodohnya mua tu.. mira filzah cantik apanya! Muka dah la basic yg mudah didapati mana2 pasar basah....

{:smileo{:smileo{:smileo{:smileo

Smpai ke sini kurex mencemar duli keji minah tu.
Muahahhahahahaha

Kurex Publish time 23-4-2021 11:53 AM

laradelara replied at 23-4-2021 11:52 AM
Smpai ke sini kurex mencemar duli keji minah tu.
Muahahhahaha ...

Mula2 sekadar nk jadi silent reader je, sekali terbaca nama si basic, terus hati ni membara

Lavender85 Publish time 23-4-2021 11:56 AM

kikuri replied at 23-4-2021 10:59 AM
mybe bukan sebab brand mekap la kop sebab MUA tu sebenatnya acah2 pandai mekap org.. sebab iols paka ...

hehe comel je

nazzse Publish time 23-4-2021 11:57 AM

Kenapa sekarang baru nak ambil tindakan, bukan awa2 lepas nikah haritu lagi.
Dah tau makeup tak lawa, cuci je la balik. Nikah on9 berapa ketul orang je join & yg hadir tu tak kisah pun rupa uols mcm mana.
Skrg jadi isu sbb uols tak boleh upload kat medsoc kan, makeup huduh punya pasal.

Move on je la sis, benda dah berlaku.
Sebelum MUA tu block uols, uols bayar tak servis dia? Klu tak, dua2 adil la kira, adil sbb tak puas kedua pihak

Lavender85 Publish time 23-4-2021 12:00 PM

Dear bersabarlah. Masih boleh kalau ada duit lebih ambik trusted mua and mgkin boleh buat photoshoot balik x kisah dlm studio atau outdoor.{:1_149:}

nowhite Publish time 23-4-2021 12:02 PM

Benda dah jadi pun..move on ja la..dari buang duit amik lawyer mahal baik la pi sewa baju pengantin cantik2..xpun beli ja baju yg cantik2 pastu cari mua yg pandai mekap ikut taste u then amik gambar baru..

laradelara Publish time 23-4-2021 12:06 PM

Kurex replied at 23-4-2021 11:53 AM
Mula2 sekadar nk jadi silent reader je, sekali terbaca nama si basic, terus hati ni membara

Hahhahahhahahahha

Thx kurex. Terhibur sis hari ni. U made my day!

bellaa Publish time 23-4-2021 12:54 PM

dah selamat nikah pom sis..
yg penting korang dah selamat jadi huby & wife.

mcmporumer cakap,
drop je bad review kat ig & mana2 platform dia wujud.

mcm ai time nikah ritu,
i hired my personal MUA yg mmg selalu mekap meols kalo ada event.

sebab sheol dah tahu taste i camne dgn da tahu bentuk muka & shades yg sesuai.

miminn Publish time 23-4-2021 01:05 PM

200 tu murah sangat. maybe selayaknya lah kot. brand takde masalah, yang masalah skill dia.

kalau nak juga ambil tindakan undang-undang, tuntutan macam ni boleh pergi tribunal tuntutan pengguna kot
Pages: [1] 2
View full version: MUA rosakkan hari bahagia aku. Patut ke dia diambil tindakan undang2? TOLONG


ADVERTISEMENT