orangbiasaje Publish time 23-4-2021 03:16 AM

Proses dan Harga Pemandulan Kucing Betina

Edited by orangbiasaje at 7-5-2021 09:18 PM

Pengkasian atau pemandulan kucing betina merupakan sesuatu yang masih baru bagi saya. Proses pemandulan Aira, kucing betina saya yang sudah menginjak usia 5 bulan membuatkan saya risau berikutan banyak kucing jantan liar yang berkeliaran di luar rumah. Dengan sokongan doktor haiwan serta memikirkan kebaikan jangka masa panjang, saya memutuskan untuk melakukannya untuk Aira. Berdasarkan pengalaman saya ini, mungkin sesuai untuk saya kongsikan agar lebih ramai peka serta tahu akan proses serta kos pemandulan seekor kucing betina.
Terdapat pelbagai khilaf dan perbezaan pendapat mengenai pengkasian haiwan. Ada yang mengatakan haram, ada yang mengatakan harus.Terdapat satu poster keluaran JAKIM yang dipaparkan di klinik haiwanyang menguatkan lagi keputusan saya:

https://www.norliana.com/wp-content/uploads/2021/04/fatwa-kasi-kucing-1.jpg


Berikut adalah apa yang perlu disediakan :

Sebelum pemandulan:
[*]Pastikan kucing anda telah menerima 3 vaksin utama. Pengkasian boleh dilakukan seawal 2 minggu selepas vaksinasi yang ketiga.
[*]Pastikan kucing anda mempunyai berat melebihi 3kg.
[*]Kucing anda harus berpuasa makan dan minum sekurang-kurangnya 8 jam sebelum dihantar untuk pengkasian.
Semasa sebelum pemandulan:
[*]Berikan kucing anda peluang untukberehat semalamam di klinik (warded).
[*]Sediakan wang untuk pengkasian. Kos untuk kucing betina dengan kucing jantan adalah berbeza. Ikut pengalamansaya, kos pengkasian di Klinik Haiwan Dkaz, Bukit Emas (sekitar Mac 2021), adalah dalam RM140.
[*]Belikan kon kepala atau baju selepas pembedahan untuk kucing anda, supaya dia tidak menjilat luka pembedahannya, yang boleh menyebabkan jangkitan kuman.
[*]Beli atau sediakan paper litter atau carikkan suratkhabar sebagai ganti pasir tandasnya. Hal ini kerana perlu elak mengguna pasir biasa selama dua minggu selepas pembedahan.
[*]Belikan sangkar atau sediakan tempat kurungan kecil agar kucing anda tidak terlalu rancak atau ligat, yang boleh menyebabkan jahitan luka terbuka. Ini boleh mengancam nyawa kucing anda.
Selepas pemandulan:
[*]Pastikan kucing anda dikuarantin sekurang-kurangnya 2 minggu, sebaiknya sehingga jahitan terlerai sendiri dan luka bercantum semula.
[*]Sekiranya terdapat sebarangtanda-tanda sakit seperti cecair keluar dari tempat luka, tidak membuang air lebih 48 jam, bawa kucing anda bertemu doktor haiwan segera.
[*]Seandainya anda mengalami kesukaran untuk pergi ke klinik haiwan, sila minta ubat-ubatan di bawah sebaik sahaja mengambil kucing anda dari klinik selepas pengkasian. Ubat-ubatan ini boleh membantu memberi rawatan segera di rumah tanpa perlu menunggu klinik dibuka:

[*]Ubat cuci luka
[*]Krim luka
[*]Laxative / pelembut najis beserta syringe
[*]Makanan restorative care / recovery ( berbentuk mousse , mudah ditelan dan dihadam sewaktu kucing sakit)
[*]Pastikan kucing anda tidak terlalu tertekan, namun pada masa yang sama tidak terlalu bebas, agar proses penyembuhan berjalan lancar.
Semoga berjaya!






Sumber - norliana.com







ipes2 Publish time 24-1-2022 03:40 AM

terima kasih kerana tips ini
ya org kita perlu fikir untuk buat sebegini untuk mengelakkan dari terjadinya stray kittens and cats
poor then, living in cat-poverty and not beig loved and cared for and exposed to attacks from dogs and beingrun over by cars.

people should consider after giving their female cats a chance at motherhood once, then to consider spaying
ini adalah humane

jazakillah and wassalam

orangbiasaje Publish time 24-1-2022 10:35 PM

ipes2 replied at 24-1-2022 03:40 AM
terima kasih kerana tips ini
ya org kita perlu fikir untuk buat sebegini untuk mengelakkan dari terj ...

Terima kasih sbb baca :loveliness:

ipes2 Publish time 25-1-2022 05:20 AM

orangbiasaje replied at 24-1-2022 10:35 PM
Terima kasih sbb baca

sama2
sy peminat tegar kucing
teruslah berforum dalam board ini

salimrock Publish time 3-2-2022 10:29 AM

thanks for the info,
Pages: [1]
View full version: Proses dan Harga Pemandulan Kucing Betina


ADVERTISEMENT