adila39 Publish time 22-4-2021 06:20 AM

[Info]Perubahan tekstur, warna lidah mungkin petunjuk anda ada masalah kesihatan

Edited by adila39 at 26-4-2021 10:04 AM

LIDAH bukan sahaja bahagian penting sebagai deria rasa manusia tetapi sebenarnya ia mampu menunjukkan keadaan kesihatan seseorang.

Ini boleh dilihat menerusi perubahan warna lidah yang berubah, menunjukkan petanda keadaan kesihatan seseorang. Atas sebab itu juga, doktor biasanya akan memeriksa lidah jika membuat pemeriksaan kesihatan.


1. Merah terang

Lidah sebenarnya memiliki warna merah semula jadi dan sedikit perubahan pada warnya adalah normal.

Bagaimanapun warna merah terang biasanya disebabkan oleh kekurangan zat besi dan vitamin B12 yang diperlukan tubuh. Bagi mengelakkan masalah itu, makan lebih banyak sayuran hijau.

2. Putih dan bersisik

Lidah yang bertukar warna putih dan bersisik biasanya disebabkan jangkitan kulat iaitu candida di dalam tubuh. Kulat ini biasanya biasa ditemui dalam badan pesakit diabetes.

3. Cokelat

Lidah berwarna cokelat biasanya berlaku pada individu yang merokok dan mengambil minuman beralkohol. Lidah jenis ini biasanya datang dengan pakej bau busuk dan sukar merasai rasa makanan.

4. Lidah berkerut

Lidah berkerut biasanya berlaku apabila usia seseorang semakin meningkat. Selain berkerut, lidah juga akan mengalami rekahan namun ia tidak membahayakan.

5. Luka pada lidah

Luka pada lidah kebiasaannya tanda masalah kesihatan serius seperti kanser. Sekiranya perkara itu terjadi, sebaik-baiknya jangan ambil ringan dan lakukan ujian saringan.

6. Lidah terasa terbakar

Lidah rasa terbakar biasanya disebabkan oleh elergi. Namun dalam beberapa situasi, ia juga boleh berlaku ketika seorang wanita mengalami menopause


@ipes2
-Mstar-

hazfy Publish time 23-4-2021 11:50 AM

Edited by hazfy at 23-4-2021 11:57 AM

Good info mod:loveliness:

hazfy Publish time 23-4-2021 11:53 AM

I nak tambah info boleh ya

Salah satu gejala pertama dari lidah yang tidak sihat adalah perubahan warna yang signifikan. Ketika lidah berubah warna, ia juga dapat mengindikasikan adanya masalah kesihatan pada tubuh anda .


Lidah boleh berubah merah, kuning, ungu, atau warna lain. Warna lidah yang tidak sihat dikenali melalui warnanya. Tanda-tanda lain seperti rasa sakit ketika makan, minum, menelan, serta adanya benjolan.Selain itu lidah akan berubah warna jika tubuh anda menghadapi masalah kesihatan serius



Berikut 9 warna lidah yang tidak normal, disalin dari Medical News Today;


Merah

Lidah yang berwarna merah (bukan pink gelap) menandakan adanya masalah kekurangan vitamin B, penyakit Kawasaki, geographic tongue, atau scarlet fever. Lidah merah dan bergelombang menunjukkan glositis atau radang lidah. Perubahan warna ini juga terjadi sebagai sebahagian dari reaksi alergi terhadap ubat atau makanan.



Jingga

Lidah yang berwarna jingga menandakan adanya masalah kebersihan mulut yang buruk atau mulut kering. Antibiotik dan makanan juga tertentu mengubah warna lidah menjadi oren.



Kuning

Lidah berwarna kuning disebabkan pertumbuhan bakteria. Kebersihan mulut yang buruk dan mulut kering menyebabkan pertumbuhan berlebih bakteria pada lidah. Dalam kes yang jarang terjadi, masalah kesihatan yang lebih serius menyebabkan lidah menjadi kuning. Kondisi ini seperti penyakit kuning dan diabetes.



Hijau

Infeksi atau pertumbuhan berlebih kuman-kuman tertentu menjadi penyebab lidah berwarna hijau. Lidah berubah menjadi hijau kerana penumpukan bakteria. Lidah berwarna hijau juga menandakan adanya sariawan, leukoplakia, geographic tongue, lichen planus, sifilis, dan kanser lidah.



Biru

Warna biru pada lidah menandakan kurangnya oksigen dalam darah. Kondisi ini terjadi kerana kekurangan oksigen dalam paru-paru, kelainan darah, penyakit pembuluh darah, penyakit ginjal, dan oksigen yang rendah dalam darah. Selain kekurangan oksigen, eksim juga membuat lidah berubah menjadi biru.



Ungu

Lidah boleh berubah warna ungu kerana sirkulasi darah yang buruk atau kondisi jantung. Lidah yang berwarna ungu menandakan penyakit kawasaki. Penyaki ini menyebabkan peradangan pada pembuluh darah.





Putih

Jika lidah memucat atau putih, ini adalah akibat infeksi kulat seperti sariawan oral. Sariawan oral akan terasa sakit dan menyebabkan berbintik-bintik tebal, putih atau merah di lidah. Seseorang mungkin mengalami kesulitan menelan atau makan.



Penyebab lain yang mungkin adalah leukoplakia. Kondisi ini menyebabkan bintik putih atau plak terbentuk di lidah, dan itu terjadi akibat merokok.



Kelabu

Suatu kondisi agak jarang yang disebut lidah geografis atau geographic tongue menyebabkan bintik-bintik kelabu pada lidah. Garis-garis putih kemudian terbentuk di antara titik-titik ini, membuat lidah tampak seperti peta.



Kadang-kadang masalah pencernaan juga dapat menyebabkan lidah menjadi kelabu. Eksim juga boleh menyebabkan lidah berubah menjadi kelabu.



Hitam

Penumpukan keratin menyebabkan lidah menjadi hitam dan berbulu. Keratin adalah protein di kulit, rambut, dan kuku. Lidah mungkin terlihat kuning gelap, cokelat, atau hitam. Selain itu, papilla dapat berkembang, memberikan penampilan berbulu pada lidah.



Penumpukan dihasilkan dari kebersihan mulut yang buruk, ubat-ubatan, seperti beberapa antibiotik, penggunaan tembakau, terapi radiasi, dan minum minuman yang membuat lidah menghitam. Dalam kes yang jarang terjadi, lidah hitam disebabkan dari kondisi kesihatan yang serius, seperti diabetes atau HIV.


Lidah Sihat

Biasanya seseorang yang memiliki lidah sihat berwarna merah muda dengan lapisan putih tipis. Warna merah muda boleh jadi terang atau gelap. Lidah yang sihat memiliki banyak papila di bahagian atas dan sisi. Papila adalah benjolan kecil dan berdaging yang memberikan tekstur kasar pada bahagian atas lidah.




Warna lidah yang sihat sedikit bervariasi dalam rona gelap dan terang. Warna merah muda yang cerah pada lidah adalah disebabkan oleh kekurangan zat besi, asam folat, atau vitamin B-12. Reaksi alergi terhadap gluten juga dapat menyebabkan hal ini.



Lidah mungkin terlihat sedikit lebih gelap atau lebih terang dari hari ke hari. Jika menemukan perubahan signifikan pada warna lidah, segeralah berjumpa doktor untuk mengetahui penyebabnya.

Sumber

adila39 Publish time 23-4-2021 11:57 AM

hazfy replied at 23-4-2021 11:53 AM
I nak tambah info boleh ya

Salah satu gejala pertama dari lidah yang tidak sihat adalah perubahan ...

of coz la boleh...{:thumbo


ehh banyaknya perbezaan color lidah! thank you babe{:2conggalo

hazfy Publish time 23-4-2021 11:59 AM

adila39 replied at 23-4-2021 11:57 AM
of coz la boleh...




Welcome mod.dekat atas i edit tepek lagi lidah pun boleh tau penyakit kita

adila39 Publish time 27-4-2021 09:52 PM

hazfy replied at 23-4-2021 11:59 AM
Welcome mod.dekat atas i edit tepek lagi lidah pun boleh tau penyakit kita

Tq again hazfy

ipes2 Publish time 3-5-2021 01:55 AM

adila39 replied at 27-4-2021 09:52 PM
Tq again hazfy

very useful article
memang docs akan tengok tongue seseorang bila buat fiull physical examination
Pages: [1]
View full version: [Info]Perubahan tekstur, warna lidah mungkin petunjuk anda ada masalah kesihatan


ADVERTISEMENT