natrahn Publish time 21-4-2021 02:52 PM

Geram, Naik Angin Kucing Berak Merata? 13 Petua Untuk Anda Cuba

Edited by natrahn at 4-5-2021 03:43 PM

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202104/20/115555km9fkisgz34n3isy.png


Boleh bikin darah mendidih apabila kucing liar yang muncul di kediaman tiba-tiba kecing atau berak merata-rata hingga meninggalkan bau busuk.


Pernah dengar petua mengisi air sirap dalam botol? Ha, ada lagi beberapa cara boleh anda cuba bagi menghalang kucing daripada membuang di kawasan rumah kita.




1) Letak Air Merah (Air Sirap) Dalam Botol


Khabarnya kucing takut dengan warna merah, jadi mereka tak akan datang dekat. Menjadi atau tidak, itu belakang kira. Apa yang penting, kita ikhtiar dulu.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202104/20/112751soodxdeujl3uif47.pngKredit foto: PropertyGuru





Isi air yang dicampur dengan sirap ros atau pewarna merah ke dalam botol kosong kemudian di tempat yang kucing selalu datang.



2) Siram Minyak Tanah


Bau minyak tanah yang sangat kuat berpotensi menghalau kucing berlegar-legar di kawasan rumah anda.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202104/20/113104ewy2dt4oo77yoy76.pngKredit foto: PropertyGuru




Bukan saja menghalau kucing, minyak tanah juga boleh menghapuskan semut yang mungkin bersarang dan berkerumun di halaman rumah anda.

3) Ubat Gegat


Penggunaan ubat gegat juga sesuai untuk menghalau serangga terutamanya lipas. Ia juga dikatakan berkesan untuk menghalau kucing.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202104/20/113128x8nz217nwebbk72b.jpgKredit foto: PropertyGuru




Namun, perlu berhati-hati sekiranya ada anak kecik di rumah, takut ada yang menyangka ia gula-gula pula.


4) Ubat Halau Kucing/Cat Repellant


Ada ubat yang memang dibuat khas untuk menghalau kucing. Anda boleh beli secara dalam talian atau membelinya di pasaraya serbaneka.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202104/20/113200bn3igmngxahgezqj.jpgKredit foto: PropertyGuru





Hanya taburkan di tempat kawasan kegemaran kucing.


5) Letak Memo


Pernah warga maya berkongsi petua, menulis memo pada haiwan perosak seperti tikus yang bermaharajela di rumahnya. Walaupun kita tahu tikus lazimnya buta huruf, namun tak sangka petua itu berkesan.


Apa kata anda menggunakan kaedah yang sama pada kucing juga. Mana tahu mungkin berkesan kan?

6) Air Cuka


Hanya campurkan air dan cuka untuk disembur pada kawasan yang dijadikan kucing sebagai tandas mereka.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202104/20/113200y50re3e739m0e9oc.jpgKredit foto: PropertyGuru




Bau masam cuka turut menghilangkan kesan yang dah ditinggalkan kucing. Lazimnya akan menghindar ia dari datang lagi untuk "melepas".


Sekiranya anda kurang gemar bau cuka, anda boleh campurkan juga1/4 / beberapa titis sabun cecair atau pelembut kain ke dalam campuran air cuka tadi.


7) Air Clorox (Peluntur)


Campurkan peluntur tu dengan air dan tuangkan pada tempat yang kucing dah berak.


8) Serai Wangi


Serai wangi juga dikenali ramai untuk menghalau haiwan dan serangga. Khabarnya, kucing memang tak suka dengan bau serai, jadi anda boleh beli produkberasaskan serai wangi atau serai dan semburkan di kawasan kucing asyik melepas hajat.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202104/20/113442pm0v3mqbwy0bwp36.pngKredit foto: Everything CSM




Selain tu, boleh juga guna untuk dalam rumah seperti di dapur atau bilik jika ada masalah serangga perosak lain.


9) Limau Kasturi


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202104/20/113541igabfb0a5wv5l5gl.pngKredit foto: KOSASS(UPM)




Fungsi limau kasturi lebih kurang sama dengan cuka sebab kucing tak suka dengan bau seumpamanya. Perahkan saja pada tempat yang selalu ada najis kucing.

10) Minyak Goreng Ikan


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202104/20/113709salloc301naly1lg.pngKredit foto: Vanilla Kismis




Ada juga petua yang dikongsikan dari warga maya menggunakan minyak goreng ikan kerana kucing takkan berak di tempat makanan berada.


11) Serbuk Sulfur (Belerang)


Boleh cuba taburkan belerang, tapi perlu dibuat dengan berhati-hati dan mematuhi ciri-ciri keselamatan yang ditetapkan.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202104/20/113827vbu4q4t61qaat1r2.jpgKredit foto: FJB Kaskus




Sebagai bonus, serbuk sulfur ini sebenarnya boleh juga diguna untuk menurunkan tahap pH beralkali dalam tanah dan memberi kelebihan pada yang suka bercucuk tanam.


12) Lada Hitam


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202104/20/114109uw1eqyqqwcn5snaq.pngKredit foto: HelloDoktor.com




Bahan semula jadi ini boleh digunakan untuk menghalau kucing. Didihkan air dan masukkan 1-2 sudu besar lada hitam dan sembur di tempat yang menjadi kebiasaan kucing tadi.


13) Serbuk Pencuci Baju


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202104/20/114447f3kk65kzcm79d8k5.pngKredit foto: Appliances Online




Tabur serbuk pencuci baju di halaman rumah dan di tempat yang tidak terkena air.Sebaik-baiknya, tabur pada hari yang panas terik supaya serbuk tidak ditiup angin dan hilang keberkesanannya.



Kalau susah sangat dan merasakan semua cara di atas susah, sembur saja air pada kucing yang sering berkeliaran untuk melepaskan hajat di kawasan rumah anda.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202104/20/114904ebs3heop00z62hlo.pngKredit foto: Yahoo News Singapore




Namun, kaedah ini agak terhad dan hanya boleh dilaksanakan bila kebetulan nampak kucing tu nak "melepas" di halaman rumah anda.


Selamat mencuba!


Kredit artikel - PropertyGuru

AyaqMeloSuam Publish time 21-4-2021 03:50 PM

X jalan... nyampah aku.. hakikat dh ada potty berak tu.. gigih nk mlepas kt alas kaki dapoq {:freak

piao Publish time 22-4-2021 07:42 AM

aku letak selua dalam sajat je... kucing pun x dtg2 dah... ni petua paling latest dan paling menjadi

3chanceno Publish time 21-6-2021 08:02 AM

piao replied at 22-4-2021 07:42 AM
aku letak selua dalam sajat je... kucing pun x dtg2 dah... ni petua paling latest dan paling menjadi

Hahaha..jenuh nak curi seluar dlm Sajat:)

FLIXTV Publish time 22-6-2021 02:12 PM

if you're already compulsive about cleaning your cat's litter box and ... Also, for older cats with arthritis, try a box with lower sides so they ... Follow these tips to a T and your cat will once again poop in his litter box regularly. ... A bit angry, and feeling dishonored by our cats. FLIXTVAPK
https://flixtv.fun/

cariplease Publish time 26-7-2021 10:00 PM

Banyak pilihan untuk dicuba

CikPuanPadilla Publish time 27-7-2021 12:10 AM

Bleh la try salah 1 petua tu

CikPuanPadilla Publish time 27-7-2021 12:12 AM

CikPuanPadilla replied at 27-7-2021 12:10 AM
Bleh la try salah 1 petua tu

Bleh la try nti

ImpianSeroja Publish time 27-7-2021 01:14 PM

Tq share TT:loveliness:

mahluk_halus Publish time 27-7-2021 04:07 PM

pernah try sirap... tak mujarab
tapi bukan kucing ai lah, kucing org sebelah

Jayayakaka33 Publish time 23-10-2021 12:49 AM

Pernah try letak air sirap
X jln pun
Sblh botol sirap tu dia melepas
Pages: [1]
View full version: Geram, Naik Angin Kucing Berak Merata? 13 Petua Untuk Anda Cuba