piao Publish time 21-4-2021 09:35 AM

Generasi Y lebih gemar kumpul beg LV


https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2021/04/LV-milenial-1024x768.jpg
BEG tangan mewah dan arak menarik minat generasi Y di China. - purseblog.com

Generasi Y lebih gemar kumpul beg LV

BEIJING – Golongan millenial dilihat lebih gemar menjadikan beg tangan mewah jenama Louis Vuitton (LV) dan wiski Jepun sebagai barangan koleksi, lapor South China Morning Post kelmarin.

Golongan millenial yang juga disebut sebagai generasi Y, lahir antara tahun 1981 hingga 1996 dan mereka kini berumur antara 25 tahun hingga 40 tahun.

Generasi Y dilihat sudah tidak berminat mengumpul teh Puer atau patung porselin sebagai pelaburan dan beralih kepada barangan yang menggambarkan tradisi moden.

Rumah-rumah lelongan di China juga sudah menukar katalog jualan mereka dan menambah barang permainan dan arak sebagai item jualan.

Seorang usahawan, Jay Li yang kini berusia lewat 40-an berkata, dahulu, teh Puer lama cukup popular sebagai pelaburan alternatif dan digunakan sebagai hadiah kepada pelanggan kelas atasan.

“Kini, saya lihat pengumpul muda membeli barangan seperti wiski dan permainan, saya fikir saya harus menukar kecintaan terhadap teh Puer memandangkan cita rasa golongan muda berbeza dengan kami dan semestinya memberikan impak terhadap pasaran barangan pengumpul kelak,” katanya.

Steve Zhang, 24, pula berkata, generasi terdahulu seperti neneknya mengumpul barangan seperti patung porselin, lukisan dan kaligrafi kerana nilainya yang tinggi.

“Namun, bagi golongan muda seperti saya, kami lebih berminat mengumpul barangan edisi terhad yang memenuhi kehendak sosial dan menyerlahkan personaliti kami,” katanya.

Generasi Y di China juga menunjukkan minat pada pasaran lelongan namun cenderung memilih barangan mewah seperti tas tangan Louis Vuitton.

Sebuah tas tangan jenama itu yang mempunyai lukisan pen daripada pelukis Jepun Ayako Rokkaku dijual pada harga 130,000 yuan (RM82,285). – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my

Pages: [1]
View full version: Generasi Y lebih gemar kumpul beg LV


ADVERTISEMENT