Tak Fokus Ibadah Puasa, Netizen Selar Khairul Aming Obses Buat Video Ramadan
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202104/20/095934pf9i2fyf8e2qiaf9.pngNetizen Selar Khairul Aming Terlalu Obses Buat Video Ramadhan?Siapa yang tidak kenal dengan personaliti media sosial, Khairul Aming yang popular dengan resepi kreatif miliknya yang sering mendapat likes dan share yang banyak di Facebook,Instagram dan terbaru di Tik Tok kan?
Sempena Ramadan tahun ini, beliau kembali dengan menu juadah berbuka yang menarik dan mudah ikut buat para pengikutnya sehingga menjadi trending di media sosial!
Dalam pada itu, ada pula netizen yang menyelar tindakan Khairul Aming berkongsi video masakan setiap hari.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202104/20/075632isucuu3m6o74wd8w.jpgKredit foto: Twitter
Menurut ciapannya, Khairul Aming terlalu obses dengan kandungan video masakannya dan perbuatan itu bakal menyebabkan dia bakal mengalami kemurungan.
Sepatutnya di bulan Ramadan ini, Khairul perlu lebih mengutamakan ibadah dalam bulan penuh keberkatan ini.
Ciapan ini turut mendapat perhatian Ustaz Ahmad Saifuddin Yusof. Menerusi hantaran di Facebooknya, beliau menjawab bahawa ibadah bukan hanya solat dan puasa sahaja.
https://www.facebook.com/ahmadsaifuddin.yusof/posts/10224355719178909
Perkongsian yang dibuat Khairul Amin adalah sesuatu yang baik kepada masyarakat. Apabila beliau berniat untuk membantu dan memudahkan urusan orang lain, maka usaha itu dianggap satu ibadah juga.
Yang pasti, video Khairul Aming telah menginspirasikan orang ramai memasak kerana resepinya yang begitu ringkas dan mudah.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202104/20/095005p3j493pw4xccgm9z.pngKredit Foto - Facebook Ustaz Ahmad Saifuddin Yusof
Video Khairul Aming untuk tempoh 30 hari Ramadan ini sudah disiapkan sebelum bulan puasa lagi dan beliau hanya memuat naik di media sosial setiap hari dari semasa ke semasa.
Itulah netizen. Selalu sangat bersangka buruk, pandang sisi negatif orang sahaja, sebaiknya kena muhasabah diri. Adakah perbuatan itu dikira 'ibadah' juga?
Sesungguhnya takdir dan amal manusia tidak sama. Buatlah macam mana sekalipun, tiada yang dapat memuaskan hati semua orang. Terimalah dan teruskan hidup. - CARI
yg ye nya ko dengki kheennn
apahal dia nak depress dah kalo tu passion dia?
pffftttt mesti meleis ni kheeennn Dah kenapa kau ni gila. Apa yang depress nya?????! Gila netizen sekarang. Pulak dah.. X tau pulak aku.. Kongsi resepi boleh jadi depress.. Dan kena 24 jam kat tikar sejadah time bulan posa.
Mampos.. Oh lupa.. Aku calon ahli neraka...sebab bulaj posa.. Aku x pi terawih.. Berjoget dgn opah ;P;P;P laaa....of course dia buat content tu before Ramadan lah. :shakehead3: aku x pose arini meh aku carut. bodohhh punya netizen yg kecam ni tauuuuu!
kalo xtau pape jgn komen mcm ko tau sgt. dia dah start shooting b4 ramadhan la weh. dia bukannya sebodoh kau wahai netizen. haaaa aku geram la ni. So yg komen tu ade plak masa online.... Tak dok atas sejadah ke 24jam....melagho plak ngkau kat alam maya... Depress nanti
Nampak gambar air sejuk, makanan time tgh hari bulan posa pun dah terliur sampai nak batal puasa ke?
Kesiannya.... nampak sangat orang yang kecam tu tak follow khairulaming ni... kalo lama follow, mesti tahu bila dia buat video tu... Dengki la tu nama khairulaming dah sinonim dengan bulan puasa sama level dengan brand korma terkenal. Xnak pulak dia buat statement "yusoptayop (berbisik) obses promosi korma bulan puasa sampai mengalami depression lantas tidak dapat mengejar ibabah lain di bulan yg molia ini" Dia kan content creator
Mmg keje dia pun
Ko nak suruh dia brenti buat keje dia ke spjg puasa ni?
dah tentula dia shoot video tu sebelum ramadhon. tinggal nak edit je. dia dah cakap dia dah sediakan lebih 30 resipi untuk romadan. ko rasa sempat ke dia nak buat sume tu setiap hari masa tengah puasa . apa la dengki bebenor yang komen ni. iols pun ikut resipi dia. senang ya amat untuk mak mak balik kerja lambat ni tak kuasa nak masak fancy2 susah susah kena masa masak 23 jam. opie5662: So yg komen tu ade plak masa online.... Tak dok atas sejadah ke 24jam....melagho plak ngkau kat alam maya... Depress nanti
Preach sista! {:smile
Rasanya japgi bkn khairulaming y kena depression,y mengkomen ni agaknya sbb dah kena kecam kan..acah2 nak tnjuk dia y mulia kot,duk suruh fokus psl ibadah,ntah diri sendiri tu bt atau tak..or maybe saja nak tmpang populariti khairulaming tuh..nak jgk rasa feymess..jd feimao ade laa.. ke yg komen tu depress...tgk khairul tu popular.
ada aje x kena... mamat ni betul2 dengki hahahaa
dah la dengki pastu kolot pulak tu pemikiran
dia ingat ibadah ni solat n mengaji ja kot no
kesian
plus aming pnya video dia shoot waktu ramadan ke?
bukan dia selalu shot awal ke?
sapa eh mamat ni nak femes ke apa nanasno replied at 20-4-2021 12:48 PM
dah tentula dia shoot video tu sebelum ramadhon. tinggal nak edit je. dia dah cakap dia dah sediakan ...
betul iols pon dh banyak ikut resepi dia so far mmg menjadi dan sedap
ni nk buat ayam thai pulak japgi
kt ofis iols ni semua pakat buat smlam rasa teringin lak nk buat
saviour_09 replied at 20-4-2021 11:55 AM
yg ye nya ko dengki kheennn
apahal dia nak depress dah kalo tu passion dia?
Entah nya...pepandai je teka org lain depress... actually org yg menulis tu yg depress dah nama pun ibadah xkan dia nak tunjuk2 bengap. dasar phddddddd SalenaGomez replied at 20-4-2021 01:27 PM
Entah nya...pepandai je teka org lain depress... actually org yg menulis tu yg depress
kheennn
1 post is enuff to netizen from hell ni label kita macam2
after u post je kat pesbuk @ ig, boommm u're depress!!! :lol:
Hahha... kau ingat dia baru lahir semalam ke baru belajar buat content? Aduh... aku pun jarang je pegi terawih. & kesian la ko bulan puasa je ke kena fokus ibadah