boca120879 Publish time 15-4-2021 09:24 AM

Al-Qur'an & Hadith: Bab: Solat Sunat

Edited by boca120879 at 23-4-2021 02:00 AM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Diceritakan oleh Muslim bin Ibrahim, diceritakan oleh Hisyam bin Abu 'Abdullah, diceritakan oleh Yahya bin Abu Katsir, daripada Muhammad bin 'Abdurrahman, daripada Jabir bin 'Abdullah,
"Rasulullah s.a.w. solat di atas tunggangannya menghadap ke mana arah tunggangannya menghadap.
Jika Rasulullah s.a.w. hendak melaksanakan solat yang fardhu, maka Rasulullah s.a.w. turun lalu solat menghadap Kiblat."
(Hadith Bukhari no. 385)
Nota penting:Untuk pemahaman yang lebih baik,sila rujuk nasihat pakar(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

boca120879 Publish time 23-4-2021 09:22 AM

Edited by boca120879 at 20-6-2022 03:09 AM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Diceritakan oleh Musaddad, diceritakan oleh Mulazim bin 'Amr, diceritakan oleh Abdullah bin Badr, daripada Qais bin Thalq,
"Thalq bin Ali telah mengunjungi kami pada bulan Ramadhan hingga petang dan berbuka bersama kami,
kemudian dia melakukan solat sebagai imam bagi kami pada malam itu, dan melakukan Witir,
kemudian dia turun ke masjidnya dan melaksanakan solat menjadi imam bagi sahabat-sahabatnya.
Sehingga tatkala tinggal solat Witir, dia mempersilakan seseorang ke depan dan mengatakan kepadanya,"Solat Witirlah kamu sebagai imam bagi sahabat-sahabatmu,
kerana aku mendengar Nabi s.a.w. bersabda,"Tidak ada dua (2) Witir dalam satu (1) malam!"
(Hadith Abu Daud no. 1227)
Nota penting:Untuk pemahaman yang lebih baik,sila rujuk nasihat pakar(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

boca120879 Publish time 20-6-2022 11:11 AM

Bismillahir Rahmanir Rahim.Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Diceritakan oleh Harun bin Ishaq, diceritakan oleh 'Abdah, daripada Sa'id, daripada Qatadah, daripada Zurarah bin Aufa, daripada Sa'd bin Hisyam, daripada 'Aisyah,Nabi s.a.w. bersabda,
"Solat Fajar dua (2) rakaat (Solat Sunat Sebelum Subuh)lebih baik
daripada dunia dan seisinya."
(Hadith Nasa'i no. 1738)
Nota penting:Untuk pemahaman yang lebih baik,sila rujuk nasihat pakar(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

boca120879 Publish time 10-1-2023 12:07 PM

Edited by boca120879 at 11-1-2023 04:20 AM

Bismillahir Rahmanir Rahim.Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Diceritakan oleh Abu Bakr bin Abu Syaibah, diceritakan oleh Ishaq bin Sulaiman Abu Yahya Ar Razi, daripada Mughirah bin Ziyad, daripada 'Atho`, daripada 'Aisyah, Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Barangsiapa menjaga dua belas (12) rakaat solat sunnah,maka akan dibangunkan baginya rumah di syurga.
Empat (4) rakaat sebelum Zohor, dua (2) rakaat setelah Zohor,
dua (2) rakaat setelah Maghrib,
dua (2) rakaat setelah Isyak,
dan dua (2) rakaat sebelum Fajar (Subuh)."
(Hadith Ibnu Majah no. 1130)
Nota penting:Untuk pemahaman yang lebih baik,sila rujuk nasihat pakar(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
Pages: [1]
View full version: Al-Qur'an & Hadith: Bab: Solat Sunat


ADVERTISEMENT