piao Publish time 14-4-2021 04:18 PM

Soal Jawab - Adakah Melatah Ini Satu Penyakit?

Soal Jawab - Adakah Melatah Ini Satu Penyakit?


https://beritakopak.org/wp-content/uploads/2019/05/14-1-217x300.png
Gambar Hiasan

Masyarakat kita terutama kaum Melayu sememangnya cukup sinonim dengan melatah terutama golongan berumur. Menghibur dan mencuit hati. Mungkin itulah gambaran paling tepat bagi mengambarkan gelagat mereka yang melatah ini. Jika diperhatikan, apabila seseorang melatah, dia seolah-olah hilang pertimbangan dan lupa seketika perbuatan yang dilakukan. Anehnya, tiada siapa yang akan menjauhkan diri daripada mereka yang melatah malah latah mereka berpanjangan jika terus diusik.

Pakar Psikologi, Dr. William S Buroughs, menjelaskan latah adalah situasi terkejut melampau yang ditemui di Asia Tenggara pada sesetengah bangsa saja dan amnya pada wanita. Lazimnya, apabila kita melihat adegan orang melatah, kita akan berasa terhibur. Ada pula sesetengah orang apabila melihat orang melatah, akhirnya diikut-ikut tanpa disedari pula oleh mereka.

Namun, apakah yang menyebabkan mereka ini melatah? Pakar mempercayai latah adalah satu kebiasaan yang tiada kaitan dengan penyakit, tetapi ia dipercayai berkait rapat dengan fungsi sistem saraf pusat, psikologi, dan sosial. Malah, ia dipercayai terikat dengan sistem budaya sesuatu masyarakat.

Latah ialah sejenis penyakit saraf yang menyebabkan seseorang itu tidak sedar apa yang dilakukannya, suka mengikut perbuatan, atau suruhan orang dengan tidak disedari, dan mengeluarkan perkataan, atau membuat sesuatu dengan tidak disengajakan kerana terperanjat dan lain-lain.

Tingkah laku melatah bukan satu perbuatan yang dibuat-buat, sebaliknya, ia berlaku spontan kerana sudah tertanam dalam diri individu berkenaan. Namun, sekiranya pada permulaan seseorang itu melakukannya secara berulang kali, lama-lama ia akan menjadi satu kebiasaan iaitu tingkah laku yang akan dilakukan berulangan. Ketika melatah, individu ini seolah-olah terpisah dari alam sekeliling, tidak sedar apa yang berlaku yang membentuk keadaan ‘trance state’ atau di bawah sedar. Pada ketika ini, tahap kesedarannya amat rendah bagaikan bermimpi, ralit, atau seolah-olah dipukau.

TESTIMONI PESAKIT
Sejak bila melatah?

Puan Salmah Ibrahim (pelatah) : Mak cik ini dari kecil lagi sudah melatah. Bila dia sudah 40 tahun, keadaan sudah menjadi teruk. Bila mula melatah, tidak dapat berhenti.

Cik Nurizati Anwar (pelatah) : Saya mula melatah sejak sekolah rendah lagi. Saya mula tengok pak cik saya melatah dan secara tidak sedar saya juga mula melatah.

Mak Jah (pelakon/pelatah) : Saya suka bercakap seorang. Mereka pegang dan mandikan saya selama 2 jam, baru saya berhenti melatah.

Peristiwa dan ketika latah yang pernah berlaku?
Puan Salmah Ibrahim (pelatah) : Semasa berhimpun di rumah saya dengan keluarga, keadaan akan menjadi riuh.

Cik Nurizati Anwar (pelatah) : Biasanya apabila melatah, ia tidak mengikut apa yang kita fikirkan. Kita tidak boleh mengawal benda ini.

Mak Jah (pelakon/pelatah) : Benda ini kita sengaja buat.

Bagaimana perasaan dan keadaan sewaktu melatah?
Puan Salmah Ibrahim (pelatah) : Pada masa dulu, melatah ini adalah dalam keadaan teruk. Saya cuba untuk mengawalnya, tetapi tidak boleh.

Cik Nurizati Anwar (pelatah) : Waktu itu saya sedang belajar di IPT dan pada waktu makan saya sedang mengambil pinggan, ada seorang yang menjerit tidur. Saya juga tidur di tempat itu. Ia berlaku biasanya apabila kita khayal dan ada sesuatu yang mengejutkan kita.

Bagaimana penerimaan kawan-kawan terhadap masalah latah ini?
Cik Nurizati Anwar (pelatah) : Kawan-kawan saya menerima keadaan saya, tetapi mereka suka menganggu saya di tempat kerja.

Adakah anda ingin mendapatkan rawatan sekiranya ada?
Cik Nurizati Anwar (pelatah) : Bagi saya, hendak rawatan sebab melatah ini tidak baik.

Puan Salmah Ibrahim (pelatah) : Kita haruslah menjadi teladan kepada anak-anak kita.

Apakah pesanan kepada mereka yang suka mengusik anda?
Mak Jah (pelakon/pelatah) : Saya akan menyuruh mereka untuk tidak mengusik saya.

PENDAPAT PAKAR
DANIEL ZAINAL ABDUL RAHMAN
Pakar Perunding Psikiatri

Apa itu definisi latah dalam ilmu perubatan moden?
Perkataan ini dalam Bahasa Inggeris juga kita akan panggilnya latah. Seseorang yang melatah mengalami kecelaruan. Personaliti mereka adalah seorang yang cepat gementar, risau, dan cepat resah.

Apakah penyebab melatah dan adakah ia suatu penyakit?
Kita tidak menggunakan istilah penyakit tapi kecelaruan. Untuk penyakit, dia ada sebab tertentu, tetapi untuk kecelaruan melatah, ia tidak mempunyai sebab tertentu. Orang yang melatah kekurangan neurotransmitter yang diperlukan untuk membawa mesej dari satu tempat ke tempat lain. Ini akan membawa keresahan kepada pesakit.

Adakah melatah ini berkaitan dengan genetik atau diwarisi dan adakah boleh berjangkit?
Latah ini boleh dikatakan sebagai aspek-aspek kecenderungan bermaksud adakah seseorang mempunyai kecenderungan dalam diri dia. Biasanya orang yang melatah mempunyai faktor-faktor genetik, tetapi tidak semestinya latah, tetapi ada kecelaruan dari segi pemikiran mereka.

Bagaimana keadaan sebenar pelatah sewaktu melatah?
Dalam istilah Bahasa Inggeris kita panggil kecelaruan ‘dissociative’. Ini bermaksud apabila seseorang terlampau resah, dia akan rasa bahawa dia terpisah dengan alam sekelilingnya. Orang yang melatah juga seperti itu, mereka tidak sedar akan perbuatan mereka. Ada sesetengah orang yang melatah, dia tidak sedar apa yang dia kata.

Apakah kesan dari segi kesihatan dan sosial pelatah?
Bagi saya, aspek kesihatan adalah dari segi mental dan psikologi. Kita tidak merawat latah malah kami merawat aspek-aspek yang terbenam seperti kerisauan, rendah diri, dan sebagainya.

Adakah terdapat rawatan untuk merawat latah?
Rawatan untuk melatah adalah untuk mengawal keresahan seseorang yang melatah. Yang pertama adalah teknik pernafasan dari abdomen. Kita juga mengalakkan mereka untuk melakukan meditasi yang berstruktur. Contohnya, yoga dan tai chi. Kita galakkan mereka untuk membuat senaman untuk mengurangkan stres yang memudaratkan latah. Selain itu, apabila seseorang resah, dia akan berfikiran negatif. Kita mengajar mereka untuk berfikiran positif. Semua ini akan mengurangkan gejala melatah.

MUHAMMAD MUHSIN AHMAD ZAHARI
Pakar Perunding Psikiatri/Pensyarah Kanan

Bagaimana latah berlaku dan adakah ia merupakan satu penyakit?
Melatah ini merupakan tabiat seseorang melakukan sesuatu berulang-ulang kali. Melatah ini boleh berlaku tanpa dan dengan ransangan. Jadi dari segi perubatan sama ada ini adalah penyakit atau tidak. Penyakit ini berkaitan dengan budaya seseorang di mana ia banyak berlaku kepada orang melayu di Malaysia dan Indonesia.

Apakah penyebab melatah?
Pertama adalah tabiat dan kedua, ia tidak mengganggu fungsi seseorang.

Bagaimana keadaan sebenar pelatah sewaktu melatah?
Mereka tidak dapat mengawal latah itu bagi percakapan mahupun perbuatan. Mereka sedar apa yang mereka buat, tetapi tidak boleh mengawalnya.

Adakah melatah ini memudaratkan pelatah?
Kalau kita meransang orang yang berumur 60 tahun, kadang-kadang, mungkin boleh memudaratkan sebab mereka mempunyai masalah jantung dan sebagainya.

Bila sepatutnya rawatan dijalankan dan kaedah rawatan yang sesuai?
Kita harus mengawal dari peringkat awal lagi. Kaedah lain adalah dengan menggunakan kaedah kelakuan. Dalam kaedah ini, kita akan memeriksa apa yang meransang mereka untuk melatah.

Mungkin kita sedikit terhibur apabila melihat aksi latah yang melucukan, tetapi percayalah bahawa tidak ada seorang pun daripada mereka yang menghidap penyakit latah mahukan diri mereka menjadi pelatah, hatta jika digelar pelatah paling popular sekalipun. Justeru, apabila kita melihat seseorang itu melatah, kita sepatutnya mendoakan agar si pelatah itu sembuh daripada penyakitnya itu serta dapat membuang dan mengawal tabiat terbabit daripada berulang.

Sumber : http://www.inomedik.com/2018/01/19/latah/


seribulan Publish time 14-4-2021 05:41 PM

Pernah sembang dgn kolig masa Ieda Moin menang Famili Duo...mujur dia x melatah...kolig kata latah tu dibuat2...huhu...

CiliPadiSedap Publish time 14-4-2021 09:17 PM

yup latah ni deep subconcious mind, ibarat kentut keluar bau begitu juga melatah berlaku automatik. so nak lawan melatah kena guna concious mind dan jadikan new habit tanam dalam deep subconcious mind.

Pages: [1]
View full version: Soal Jawab - Adakah Melatah Ini Satu Penyakit?


ADVERTISEMENT