Raline Publish time 13-4-2021 03:35 PM

Sejarah Mamak ”INDIA MUSLIM” Di Malaysia

Sejarah Mamak ”INDIA MUSLIM” Di Malaysia

http://3.bp.blogspot.com/-6DMBgpIUkq4/To8Z9xegzOI/AAAAAAAAACs/Dic_zjTqkl4/s320/PELABUHAN.jpg

Sebelum 1786, India Muslim telah pun menjalankan operasi perniagaan di Kuala Kedah. Bandar Georgetown menjadi tumpuan 1000 peniaga India Muslim berkumpul menjalankan aktiviti jual beli.

Pulau Pinang mencatatkan sejarah unik kemasukan India Muslim pada kurun ke 18. Kemasukan mereka secara beramai-ramai direkodkan lebih awal dari kemasukan orang British.

India Muslim diwakili lebih dari satu etnik

Perkataan India Muslim membawa maksud terdapat lebih dari satu etnik keturunan India yang beragama Islam berada di Pulau Pinang dan Malaysia. Tidak ada perbezaan dari sudut kuasa, kekayaan, tingkat sosial antara satu etnik dengan etnik India Muslim yang lain.
Etnik Tamil beragama Islam dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu Marikar dan Rawther.

Marikar diambil maksud perkataan Tamil membawa makna penduduk dengan perahu kayu. Fakta menunjukkan Marikar wujud di bahagian tanjung laut sekitar Tamilnadu.

Rawther diambil dari perkataan Mauther yang bermaksud penduduk yang menguruskan gajah dan kuda tentera diraja.
Dari sudut amalan agama Islam. Golongan Marikar mengikut undang-undang Islam berdasarkan mazhab Imam Syafie. Golongan Rawther pula mengikut undang-undang Islam berdasarkan mazhab Hanafi.

Satu tempat berlainan etnik

India Muslim di Malaysia turut diwakili oleh etnik-etnik India kecil yang lain. Kerala Muslim datang dari selatan negara India yang dipanggil Kerala. Mereka juga dikenali sebagai Malabar Muslim. Mereka juga digelar sebagai Kaka yang bermaksud abang yang lebih tua. Bengali Muslim, Gujerati Muslim.

Kewujudan masjid Malabar di Beach Street, Pulau Pinang sebelum musnah akibat bom Perang Dunia Kedua dan perkampungan Malabar di Transfer Road menjadi bukti kewujudan mereka di Pulau Pinang.

MASJID MALABAR

http://4.bp.blogspot.com/-Ib91MQX727g/To8bn6WA9gI/AAAAAAAAACw/TZADNjWdwSc/s320/MASJID+MALABAR.jpg

Bengali Muslim pula datang dari Bengal, India. Kewujudan mereka jauh lebih lama sebelum kewujudan negara Pakistan dan Bangladesh.
Kewujudan Masjid Bengali di Leith Street dan Kampung Bengali di Butterworh menandakan kehadiran mereka ke sini.

Gujerati Muslim datang dari Gujerat, Utara India. Satu kumpulan lagi, Bombay Muslim berasal dari Maharashtra, Utara India. Jumlah mereka kecl tetapi aktif dalam perniagaan.

India Muslim di Malaysia ramai berasal dari Tamilnadu. Misalnya, bagi kawasan Thenkasi di kawasan Trinelveli, Tamilnadu mempunyai jumlah penduduk Islam yang ramai. Kawasan tersebut mempunyai sebuah Bandar besar bernama Kadaya Nallur. Mereka banyak berhijrah ke Pulau Pinang dan Singapura.

Mereka dikenali dengan gelaran Thenskasi Muslim dan Kadaya Nallur Muslim.
Satu kumpulan India Muslim juga datang dari dari daerah lain di Tamilnadu. Kebanyakkan datang dari Ramnad dan Tanjore. Mereka membentuk kumpulan perniagaan Inida Muslim di Pulau Pinang. Thenkasi Muslim menggelarkan mereka sebagai Petai Muslim.

http://1.bp.blogspot.com/-WVuZnvcHX1U/To8cE5wzjAI/AAAAAAAAAC0/sEGPlUBa41s/s320/images.jpg

Orang India Muslim dipercayai pertama sekali tiba di Samudera (sekarang Aceh di Sumatera, Indonesia) pada awal abad ke-10, saebelum kemudiannya menetap di Semenanjung Malaysia atau Tanah Melayu.


Mengikut sejarah dari kalangan orang tua di Klebang Melaka, nama Klebang diilhamkan oleh penduduk kawasan ini yang ketika itu ada beberapa pedangang India Muslim yang datang berdagang, lalu mereka berhenti solat di sebuah masjid di kawasan ini, sampai masuk waktu untuk bersolat, lalu pedagang tersebut azan di masjid tersebut.

Lalu orang kampung di sini memanggil kawasan ini "keling bang(azan)". lalu bila telah terlalu lama penduduk menanggil "Keling Bang", nama Klebang pun tercipta.


Teori Kedatangan Islam Melalui India Muslim Ke Tanah Melayu

http://1.bp.blogspot.com/-5Cx7XYlRayM/To8cbf9wWGI/AAAAAAAAAC4/kTWOj-Uwgrw/s1600/images+%25284%2529.jpg
Hubungan India dengan beberapa negara di Nusantara telah lama terjalin.Pada abad ke-13 Masihi, apabila kerajaan umat Islam di Arab menguasai bahagian barat dan timur India, mereka menjadikan Gujerat sebagai pangkalan penting bukan sahaja sebagai pelabuhan, bahkan sebagai pusat perhubungan antara timur dengan barat.

Dengan adanya kemudahan tersebut, saudagar-saudaugar Muslim dari Gujerat dikatakan sering berkunjung ke Nusantara untuk berdagang dan sekaligus menyebarkan ajaran Islam kepada penduduk tempatan.

Ada pendapat menyatakan kedatangan Islam ke Nusantara ialah melalui daerah Bengal yang terletak di Malabar, India bukan Gujerat.

Bengal jatuh ke tangan umat Islam pada abad ke-13 Masihi lalu dijadikan pusat pengajian dan penyebaran ajaran Islam terulung di India. Ramai pelajar yang lulus di pusat pengajian tersebut merantau ke Nusantara untuk mengembangkan ajaran Islam bermazhab Syafie.

Ramai daripada mereka berkahwin dengan wanita tempatan lalu menjadikan rumah mereka sebagai tempat mengaji Quran dan fardhu ain.

MASJID KAMPONG KELING

http://3.bp.blogspot.com/-I0Vyom3QWIE/To8dOzPD6bI/AAAAAAAAAC8/jDcH2JMYLG0/s1600/KAMPONG+JELING.bmp

Masjid Kampong Keling terletak di Bandar Melaka, Melaka. Masjid ini dibina tidak jauh ke belakang dengan Masjid Kampong Hulu. Ia dibina seawal tahun 1152 Hijrah bersamaan 1748 Masehi. Kemudian masjid ini diperbaharui dalam tahun 1288 Hijrah bersamaan 1872 Masehi dengan bangunan batu.

Dalam tahun 1908 atap masjid ini ditinggikan mengikut Kampong Hulu. Keseluruhannya pembinaan masjid ini adalah derma daripada hartawan-hartawan dan orang ramai.

Menara konkrit masjid ini terletak berasingan daripada bangunan utama di sayap barat manakala tempat berwuduk terletak di sayap selatan. Tapak masjid ini dikatakan tapak sebenar di mana pedagang India Muslim yang datang ke Melaka untuk berdagang pada abad ke-14 dan 15 menunaikan solat sejurus setelah tiba di Melaka.

MASJID KAPITAN KELING

http://4.bp.blogspot.com/-jCP54zJrZbk/To8dyqsMNtI/AAAAAAAAADA/qHFx8REmfkw/s1600/KELING.jpg
Masjid Kapitan Kling yang terletak di Lebuh Pitt adalah masjid tertua di Pulau Pinang. Ia dibina di Daerah Timur Laut, Pulau Pinang, oleh tentera Syarikat India Timur apabila mereka tiba di Pulau Pinang pada akhir abad ke-18.

Seorang ketua kaum India Muslim, iaitu Caudeer Mohudeen yang juga dikenali sebagai Kapitan Kling telah memohon tanah dan mendapat kelulusan bagi tanah seluas 18 ekar pada November 1801 bagi pembinaan masjid. Selepas kematian Caudeer Mohudeen pada tahun 1834, tanah itu tidak lagi diiktiraf sebagai sebahagian pemberian asal. Jalan dan rumah awam di sekeliling masjid mengurangkan keluasan tanah kepada hanya 8 ekar menjelang 1916.

Masjid yang ada sekarang telah dibina pada 1916 bagi menggantikan bangunan yang sebelumnya. Pulau Pinang terbahagi kepada enam daerah pentadbiran agama.

Perkataan Tamil dalam Bahasa Melayu

Elemen budaya penting dalam menjalankan perdagangan pada zaman dahulu. Sejarahwan J.V. Sebastian dan A.W. Hamilton merekod bahawa Tamil merupakan bahasa yang digunakan dalam perdagangan di Malaysia dan Indonesia semasa.

Pinjaman dari bahasa Tamil termasuk kata-kata harian seperti:.


Bahasa Tamil
Bahasa Melayu

akka
kakak

kadai
kedai

kappal
kapal

katikam
ketika

muthu
mutiara

nagaram
negara

purva
purba

raja
raja

suniyam
sunyi

tali
tali

udayam
udaya

vakai
bagai

bhumi
bumi

Surya
Suria

Bumiputeran
Bumiputra




http://1.bp.blogspot.com/-Yz_gBseje48/To8eZQ2GNwI/AAAAAAAAADE/MSDAQC-JJc4/s1600/images+%25283%2529.jpg
Pegaruh Politik India Muslim di Zaman Ke Sultanan Melayu.


TUN ALI

http://4.bp.blogspot.com/-UzFyBPRG2Mo/To8ewnBOrxI/AAAAAAAAADI/32pImBegIZk/s320/images+%25285%2529.jpg

Bendahara Seri Nara Di Raja bin Raja Benua Kaling Mani Purindam (TUN ALI) adalah Bendahara Melaka yang ke-4. Beliau merupakan anak kepada Baginda Mani Purindam, orang kaya dariIndia dan Tun Rana Sandari Tun Perpatih Besar . Beliau telah meninggal dunia pada pada tahun 1456 dan digantikan oleh Bendahara Tun Perak.

Sebelum menjadi bendahara, Tun Ali pernah menjadi Penghulu Bendahari kepada Sultan Muhammad Syah. Selepas isteri pertamanya meninggal, beliau telah berkahwin dengan Tun Kudu Tun Perpatih Sedang, yang sengajakan diceraikan untuknya oleh Sultan Muzaffar Syah (Raja Kassim) . Salah seorang anaknya dengan Tun Kudu, Tun Mutahir turut dilantik sebagai bendahara .

TUN FATIMAH

http://4.bp.blogspot.com/-5-tpt_vb7Ho/To8fa_zuYbI/AAAAAAAAADM/J9hw4NsGYWA/s1600/tunfatimah-tunali.jpg

Tun Fatimah adalah seorang serikandi Malaysia yang terkenal dan merupakan anak perempuan kepada Bendahara Seri Nara Di Raja Tun Ali dengan Tun Kudu juga adik bungsu kepada Bendahara Tun Mutahir. Beliau telah berkahwin dengan Sultan Mahmud Shah selepas kesemua adik beradik lelaki beliau dihukum bunuh kerana difitnah oleh kalangan orang istana sendiri.

Tun Fatimah adalah isteri Sultan Mahmud yang ketiga. Beliau berketurunan Tamil Muslim, merupakan anak perempuan kepada Bendahara Seri Nara Di Raja Tun Ali dengan Tun Kudu juga adik bungsu kepada Bendahara Tun Mutahir adalah salah seorang Bendehara Melaka pada waktu pemerintahan Sultan Mahmud Shah. Mereka adalah keturunan dari hasil perkahwinan Tun Kudu (bekas isteri Sultan Muzzafar Shah yang juga kakak kepada Bendehara terkenal Tun Perak).

Tun Fatimah sudahpun berkahwin apabila Sultan Mahmud cuba memperisterikannya. Disebabkan fitnah, Sultan Mahmud telah membunuh kesemua ahli keluarga Tun Fatimah termasuklah Tun Mutahir.

Sultan Mahmud yang menyesal selepas menyedari fitnah tersebut akhirnya berkahwin Tun Fatimah. Beliau juga merupakan Permaisuri Johor pertama yang membawa gelaranPermaisuri Tun Kudu.

Tun Fatimah melahirkan empat orang anak, di antaranya adalah Raja Raden Ali yang akan memerintah Johor sebagai Sultan Alauddin Riayat Shah II selama 36 tahun.


TUN FATIMAH

http://4.bp.blogspot.com/-MjfM2yJ_-IY/To8fqHw1e1I/AAAAAAAAADQ/qXoC3X2VJyU/s320/tunfatimah.jpg

Di nyatakan bahawa Tun Fatimah berketurunan Tamil Muslim, ayahnya Tun Mutahir, merupakan Bendahara (Perdana Menteri) Melaka di waktu pemerintahan Sultan Mahmud.

Tun Mutahir adalah dari keturunan dari hasil perkahwinan Tun Kudu (bekas isteri Sultan Muzzafar Shah yang juga adik kepada Bendehara terkenal Tun Perak).

Sejarah Melayu mencatatkan bahawaSultan Mahmud telah lama berdendam kerana Bendahara Tun Mutahir kerana tidak memberitahu beliau mempunyai seorang puteri rupawan bernama Tun Fatimah. Sultan Mahmud cuma dapat tahu apabila dijemput menghadiri majlis perkahwinan Tun Fatimah dengan Tun Ali


Sumber : http://tomatomamak.blogspot.com

c===8 Publish time 13-4-2021 04:09 PM

mula2 kata tun fatimah anak tun ali, tun mutahir tu abg tun fatimah

ujung2 kata tun fatimah anak tun mutahir


pening gue

haifawehbe Publish time 13-4-2021 04:20 PM

baru tahu tun fatimah keturunan mamak.. kiranya dah lama la mereka berasimilasi dgn penduduk tanah melayu.. mcm baba dan nyonya la.

_blackbird Publish time 14-4-2021 03:21 PM

ok baru aku tau india mmg sejenis social climber dari dulu sampaila ke skang.

Raline Publish time 15-4-2021 02:11 PM

c===8 replied at 13-4-2021 04:09 PM
mula2 kata tun fatimah anak tun ali, tun mutahir tu abg tun fatimah

ujung2 kata tun fatimah anak...

nama pun karala mesti la pening2 skit ;P

Meiizu Publish time 16-4-2021 06:06 PM

_blackbird replied at 14-4-2021 03:21 PM
ok baru aku tau india mmg sejenis social climber dari dulu sampaila ke skang.

Diorang sombong.yg high class lagi laaa tamo kawan sebarangan katanya

pokaibanktokyo Publish time 18-4-2021 05:13 PM

Meiizu replied at 16-4-2021 10:06 AM
Diorang sombong.yg high class lagi laaa tamo kawan sebarangan katanya

Siapalah nak kawan dengan india hitam legam kaum pemalas miskin mundur lemah fizikal. Acah acah sombong konon. Silap haribulan...kena paksa makan ayam basi yang mereka hidang kat pelanggan Melayu pulak lagi

pokaibanktokyo Publish time 18-4-2021 05:13 PM

_blackbird replied at 14-4-2021 07:21 AM
ok baru aku tau india mmg sejenis social climber dari dulu sampaila ke skang.

Agaknya bagamana golongan saudagar terkaya dari bangsa lembik primitif itu kononnya mampu berjaya dalam social climbing di Melaka ? Pandai bodek Melayu bangsa tuan ultra canggih gagah perkasa ke?

pokaibanktokyo Publish time 18-4-2021 05:14 PM

Dah tau Sejarah Melayu hanya dongeng yang ditulis lebih seratus tahun selepas kejatuhan melaka apa bangang mau jadikan bahan rujukan lagi ?

pokaibanktokyo Publish time 18-4-2021 05:16 PM

haifawehbe replied at 13-4-2021 08:20 AM
baru tahu tun fatimah keturunan mamak.. kiranya dah lama la mereka berasimilasi dgn penduduk tanah m ...

Kalau nak ikut sumber yang bernama "Dinyata kan bahawa" ...mamak bangsa amah, hamba abdi , hamba seks semua boleh saja jadi bapak Tun Fatimah, jadi Seri Nara diraja, jadi bendahara. Wakakaka

Bedah.Cun Publish time 22-4-2021 12:07 PM

Podah cit!!

shop_girl Publish time 26-9-2021 11:53 AM

Ye..Bendahara Tun Mutahir tu memang keturunan Tamil Muslim..Tun Fatimah tu anak Tun Mutahir..Tun Mutahir ni dikisahkan terlalu kaya..sampaikan boleh bagi segenggam emas setiap cucunya untuk dibuat bermain..bila emas2 tu hilang, dia ganti lagi segenggam seorang..Tun Mutahir dan keluarganya ni ala2 fashion icon zaman Melaka dulu..haha..satu hari beliau salin baju berkali2 coz dah kaya kan..baju pun banyak ;P Diceritakan di dalam Sulalatus Salatin;

"Tetapi akan Bendahara Seri Maharaja pun terlalu baik rupanya, lagi sangatlah hiasan; pada sehari enam tujuh kali bersalin pakaian, baju yang hadir juga seratus banyaknya, pelbagai rupa dan warnanya; destar yang sudah terikat pada kelebut dua tiga puluh semuanya, sudah dipakai belaka; cermin besar setinggi berdiri satu. Apabila Bendahara Seri Maharaja sudah berkain, berbaju, berkeris, dan bersebai, lalu naik duduk di buaian. Maka Bendahara Seri Maharaja bertanya kepada isterinya, katanya, "Tuan, tuan, destar mana yang patut dengan kain baju beta ini?" Maka kata Bendahara perempuan, "Destar anu itulah yang patut" Maka barang yang dikata oleh Bendahara perempuan itulah yang dipakai oleh Bendahara Seri Maharaja, Demikianlah hal Bendahara Seri Maharaja pada zaman itu, seorang pun tiada taranya."


Anak lelakinya, Tun Hassan Temenggung dikatakan orang pertama yg pakai long-sleeve baju melayu seperti yg diceritakan di dalam Sulalatus Salatin;

"Adapun akan Bendahara Seri Maharaja banyak anaknya; yang tua sekali lelaki, Tun Hassan namanya; terlalu baik rupa-nya, dan perdana lakunya; ialah menjadi Temenggung akan ganti ayahnya; akan istiadat Temenggung, mengatur orang (ms 206) Text Box: A-271makan di balairung. Adapun akan Tun Hassan Temenggung, apabila akan mengatur orang makan, maka ia memakai se-berhana pakaian; berkain memancung, bersebai, berdestar berhalaman, bertajuk dan berkancing; maka ia berjalan di naga-naga mengatur orang makan itu, menunjuk-nunjuk dengan kipas, lakunya seperti pendekar yang tahu menari. Dan Tun Hassan Temenggung yang pertama melabuhkan baju Melayu, dan membesarkan pangkal tangan baju, dan meman-jangkan tangan baju; akan dahulu baju Melayu kecil juga. Maka dipantunkan orang:

Murah dikata derji,
Empat hasta sehelai baju;
Muda berusul lela Manja,
Bagai mutia dalam teraju.

nazurah Publish time 26-9-2021 06:50 PM

Kiranya sudah berabadlah kita sebenarnya diperintah keturunan ‘mamak’

Tinot7 Publish time 15-11-2021 08:49 PM

https://iluminasi.com/bm/sejarah-kewujudan-kedai-mamak-sehingga-menjadi-gaya-hidup-rakyat-malaysia.html

tak voley kopipes pulakk..

Tinot7 Publish time 15-11-2021 09:32 PM

https://soscili.my/fenomena-restoran-mamak-ini-sejarah-mamak-yang-korang-mungkin-tak-tahu/

FENOMENA RESTORAN MAMAK? INI SEJARAH MAMAK YANG KORANG MUNGKIN TAK TAHU

Restoran mamak ni boleh dikatakan satu fenomena yang agak dahsyat di negara kita ni. Mana taknya, makanan semuanya sedap-sedap, harga pun berbaloi. Kalau nak lepak tengok perlawanan bola sepak dengan kawan-kawan sampai 3 pagi pun boleh.
Dalam negara kita ni memang banyak restoran mamak, lagi-lagi di kawasan bandar. Contohnya di Seksyen 7, Shah Alam, memang bersepah restoran mamak di situ dan confirm dipenuhi pelajar-pelajar universiti melepak dengan kawan-kawan.Tapi korang pernah terfikir tak dari mana diorang semua ni datang? Tahu-tahu dah berzaman menjalankan bisnes di negara kita ni. Dahlah sedap pula tu!Golongan mamak tak dibawa oleh penjajah BritishMacam yang kita tahu, mamak ni ialah orang India beragama Islam dan orang-orang India dibawa oleh penjajah British ke Tanah Melayu suatu masa dulu melalui sistem Kangani. Tapi, berbeza pula untuk golongan India Muslim.Golongan India Muslim tidak datang ke Tanah Melayu melalui sistem Kangani tapi mereka datang sebagai pedagang. Mereka menjalankan perniagaan dalam pelbagai sektor macam makanan, money changer, kedai runcit dan lain-lain. Macam yang kita nampak sekarang, mereka masih lagi menjalankan bisnes yang sama, contohnya restoran mamak.
Dan bila sebut pasal restoran mamak, mesti kita terfikir restoran yang dimiliki oleh orang India beragama Islam yang buka 24 jam. Selain tu, senarai menu yang mengiurkan macam roti canai, naan cheese, teh tarik dan macam-macam lagilah. Fuh!Tapi kita kena tahu yang tak semua pemilik restoran mamak ni India Muslim sebab boleh jadi juga dimiliki oleh seseorang yang bukan beragama Islam. Jadi, orang Islam kena berhati-hati memilih restoran mamak dan pastikan pilih restoran yang diiktirafkan halal oleh JAKIM.
Kita asyik panggil golongan India Muslim di Malaysia ni dengan gelaran mamak, tapi dari mana datangnya panggilan mamak ni? Ha… kalau korang nak tahu, mamak ni dikatakan berasal dari perkataan Tamil, maama yang bermaksud pakcik.

Dah datang ke Tanah Melayu sebelum penjajahan British lagiMacam kami bagitahu tadi, komuniti India Muslim ni tak datang ke sini dibawa oleh penjajah British. Tapi yang menariknya, mereka ni dah datang ke Tanah Melayu dulu sebelum penjajahan British lagi iaitu pada kurun ke-18.
Sebelum tahun 1786, mereka datang ke Tanah Melayu dan membuka perniagaan di Kuala Kedah. Selain Kuala Kedah, kawasan Georgetown juga menjadi tumpuan untuk mereka ni menjalankan perniagaan.
Macam yang kita tahu, kaum India di negara India ada pelbagai kasta yang membezakan darjat masing-masing. Tapi, golongan India Muslim yang datang ke Tanah Melayu tak ada kasta walaupun mereka dari pelbagai etnik.Walaupun begitu, komuniti India Muslim ni boleh dikategorikan kepada dua iaitu Marikar dan Rawther.Marikar ni dikatakan berasal dari bahasa Tamil, Marikalayer yang bermaksud perahu kayu. Ini disebabkan, komuniti Marikar ni berasal dari kawasan pantai Tamilnadu dan aktiviti utama mereka ialah perikanan.Rawther pula dikatakan berasal dari perkataan Mauther yang bermaksud penjaga gajah dan kuda milik tentera diraja. Selain tu, mereka juga ada perbezaan yang lain iaitu perbezaan dari segi mazhab.
Sama seperti umat Islam di Malaysia, komuniti Marikar mengamalkan mazhab Syafi’e manakala komuniti Rawther pula mengamalkan mazhab Hanafi.Jadi, mereka ni memang dah menganut Islam sebelum sampai ke Tanah Melayu ke?India dah terima Islam sebelum kita lagiAntara soalan yang popular ditanyakan (tapi tak patut ditanya) kepada golongan mamak ni ialah, “bila masuk Islam?”Cuba bayangkan kalau tiba-tiba ada seseorang ni bertanyakan soalan yang sama kepada orang Melayu, pelik kan? Samalah juga dengan mamak ni. Soalan ni sensitif tau.
Mungkin sebab di Malaysia ni kita dah terlalu biasa yang apabila golongan bukan Melayu menganut agama Islam, mereka adalah mualaf.Okay, kita kena faham. Negara India ni besar dan ada banyak golongan yang menganut pelbagai agama. Antaranya, agama Hindu, Islam dan Kristian. Jadi, yang mana-mana warga India yang menganut agama Islam dipanggil India Muslim.Selain tu, kebanyakan mereka juga mungkin memang penganut agama Islam sejak lahir lagi dan mungkin juga sebelum kedatangan warga India ke Tanah Melayu lagi.
Macam yang kita pernah belajar masa sekolah dulu, agama Islam telah dibawa ke Tanah Melayu oleh pedagang-pedagang dari Arab, China dan India. Jadi, ini membuktikan yang India telah menerima kedatangan Islam lagi awal dari negara kita.


Pages: [1]
View full version: Sejarah Mamak ”INDIA MUSLIM” Di Malaysia


ADVERTISEMENT