piao Publish time 13-4-2021 01:59 PM

Apa dia yang lelaki suka kalau nak bagi HADIAH?



https://1.bp.blogspot.com/-HVccmD_pjbE/VoSX1uzRK-I/AAAAAAAATxQ/DAtbucBesVI/s320/slim%2Bwallet.JPG

Hadiah ni sinonim lelaki memberi perempuan menerima. Nak bagi hadiah untuk perempuan memang tak susah.. Majoriti perempuan suka benda2 tipikal yang kebanyakkan perempuan lain suka kecuali aku je. Bab hadiah ni kadang2 benda tipikal yang perempuan suka tu memang aku tak berapa minat tapi kalau orang bagi terpaksa terima jugak la sebab ia satu pemberian tanda ingatan.

Bila nak bagi hadiah pada seorang lelaki ni normally perempuan suka bagi jam tangan, baju, wallet, tali pinggang.. Yang tu rasanya hadiah untuk lelaki paling popular yang kadang2 lelaki ni tak rasa benda2 macam tu hadiah yang buat mereka rasa teruja sangat bila dapat. Sebab lelaki adalah golongan yang agak susah nak di fahami berbanding perempuan yang kebanyakkan apa ada dalam hati semua tulis kat Facebook.. So, tak susah sangat la nak kenali apa yang depa suka & tak suka. Berlainan lelaki.. Hati depa umpama peti besi yang perlu code untuk kita buka & fahami.

Mungkin sebab lelaki ni terlalu perahsia maka kadang2 keinginan mereka terhadap sesuatu tu kurang di tunjukkan jadi perempuan mungkin tak tahu apa yang mereka suka sebenarnya. So, kat sini mungkin dapat membantu kaum perempuan yang berniat nak bagi hadiah kepada lelaki kesayangan mereka.. Mungkin ini yang boleh buat lelaki kesayangan suka bila di hadiahkan pada mereka.

Apapun jenis hadiah tu bergantung pada minat & faktor umur jugak. Jangan la pakcik dah umur 70an dok bagi hadiah kat dia hoverboard pulak.. Kang patah tulang temulang orang tua tu pulak dok naik benda alah tu. Nak berdiri tegak pun dah tak berapa mampu macam mana dia nak mengimbang badan naik hoverboard ye dak??

https://2.bp.blogspot.com/-0HH7NlsbRJM/VoSWyn3xtiI/AAAAAAAATxI/CntVqk5u8Dg/s1600/hoverboard.JPG

Moral of the story.. Hadiah satu pemberian tanda ingatan.. Kadang2 mungkin apa yang di beri bukan citarasa kita tapi tak salah kita hargai & tunjuk rasa terima kasih tu masa menerima sebab pemberian kita tak boleh beli kat mana mana.. Ia datang dari orang yang berniat memberi.

Sumber : http://www.lekatlekit.com

sarah82 Publish time 13-4-2021 02:09 PM

Entah.. Tak pernah bagi hadiah kat ex bf aku. Aku je yg dpt hadiah dulu.. Skrg pun sama.. Jadi aku hanya mampu bagi hadiah doa saja la. :loveliness:

mdhelmi Publish time 13-4-2021 02:31 PM

lagi mau tanya
hadiah kereta/motor/rumah/tanah la

zulka Publish time 13-4-2021 02:33 PM

awek baru/bini baru

siputpepel Publish time 13-4-2021 05:39 PM

iols bagi hadiah jam tangan. supaya tiap kali dia tengok jam akan terbayang berapa banyak masa yang terbuang selagi tidak menghalalkan diri ahhhh gitchewwww :lol:

putu Publish time 13-4-2021 05:52 PM

siputpepel replied at 13-4-2021 05:39 PM
iols bagi hadiah jam tangan. supaya tiap kali dia tengok jam akan terbayang berapa banyak masa yang...

Bagus gak idea ni

supernaturalee Publish time 18-8-2021 11:35 AM

Hello

Nk tny korg psl hadiah jgk

Nk bg kt ofismate yg kena bertukar keluar
Ofismate perempuan

:$

minahgempal Publish time 19-8-2021 12:02 AM

supernaturalee replied at 18-8-2021 11:35 AM
Hello

Nk tny korg psl hadiah jgk


Bagi jek la dia tudung..tudung ada brand..

minahgempal Publish time 19-8-2021 12:05 AM

I ada tgk video tiktok satu nie..hadiah apa yg nak bagi kepada lelaki, dia ckp laki perlukan apa yg diperlukan pada msa tu..klau tgh sibuk bertukang hadiahkan brg bertukang..klau laki tu dia sibuk belek jam..hadiahkan dia jam..dia akan lebih hargailah..kau peka dkt dia..dia akan selalu pakai..giteww..

supernaturalee Publish time 20-8-2021 10:11 PM

minahgempal replied at 19-8-2021 12:02 AM
Bagi jek la dia tudung..tudung ada brand..

Sheols dh bnyk tudung
Termasuk yg femes2 tu

Mmm, ape lg ek

ahmad_dhani91 Publish time 23-8-2021 11:29 AM

wallet, jam, baju, kasut, gadget, spender

rizal7 Publish time 12-9-2021 03:52 PM

tgk hobi dia apa... kalau mancing, shimano stella la... mesti senyum

capiloton Publish time 16-10-2021 07:50 PM

iphone 12 pro max
Pages: [1]
View full version: Apa dia yang lelaki suka kalau nak bagi HADIAH?


ADVERTISEMENT