piao Publish time 13-4-2021 01:57 PM

Kari hijau Laici pernah ke makan?

Sapa kat sini penggemar buah laici? tak kira la dia jadikan minuman atau apa2 dessert mesti nak ada rasa laici tu. Aku ni laici boleh la.. Kadang2 teringin nak makan tu.. makan la. tapi kalau sampai hari2 makan laici tu tak sampai la macam tu. Kategori sekadar makan bukan penggemar tegar laici. Laici ni sinonim dengan perasa minuman atau menu pencuci mulut jer.. Jarang pulak dengar orang masak kari laici kan?

http://2.bp.blogspot.com/-O33soX02w_o/VoTH3R9H_JI/AAAAAAAATyQ/g0lNqbKiero/s320/laici.JPG

Tapi jangan tak sangka.. Memang ada menu kari laici ni. Aku tak tau la macam mana rasa kombinasi kari dengan laici tu. Ngam ke tidak.. Sebab aku bayangkan macam tak matching je dengan tekak aku. Apatah lagi nak buat nasi goreng laici kan? Macam pelik pulak makan nasi goreng laici ni. Tapi tu bila manusia semakin kreatif katanya macam macam depa olah resepi jadi lain dari yang lain.

http://2.bp.blogspot.com/-1wBvfdTCH_I/VoS5V8WuFfI/AAAAAAAATyA/oFKQJfCQhO0/s1600/kari%2Blaici.JPG

Cuma tu la.. walaupun lain dari yang lain kalau rasa dia pun pelik sangat memang tekak melayu macam aku susah jugak nak terima. Kalau nak cerita pasal menu pelik laici ni bukan sekadar kari & nasi goreng malah banyak lagi yang selama ni kita tak tahu.

Apapun buah laici ni tetap ada khasiatnya tersendiri. Katanya khasiat buah laici tak jauh beza dengan buah longgan & rambutan. Yelah.. sifat pun nampak macam sama ye dak. Yang penting buah laici ni mampu mengawal berat badan selain menyembuhkan permukaan kulit yang terluka & tercedera.Ia mampu memperlahankan kedutan pada kulit jugak mampu mengurangkan risiko kanser payudara & menyihatkan akar rambut. Pendek kata buah laici ni memang banyak khasiat untuk keperluan wanita la kan..

Moral of the story.. tak kira apapun makanan jika di ambil secara berlebihan yang berkhasiat pun jadi racun jadi ambil la secara sihat mengikut piramid makanan yang betul.

Sumber : http://www.lekatlekit.com

Mina2215 Publish time 13-4-2021 03:11 PM

Kalau ada, rs nya I nak jgk try la kari laici ni

Supersirap Publish time 13-4-2021 04:41 PM

Boleh cuba jika ada yang sudi membuat

MissVixen Publish time 13-4-2021 05:25 PM

Green curry ni aku selalu ubuh terung je. Tak pelik dan muak ke ubuh laici. Laici tu manis letting.

siputpepel Publish time 13-4-2021 05:35 PM

Iols dapat membayangkan rasanya tak pelik pun. Pelik kalau campur sekali air tin laici tu. kalau setakat buahnya , tak pelik. ada je gulai pisang, pajeri nanas, pajeri mangga. :lol:

tintin22 Publish time 14-4-2021 09:34 AM

menarik kalau guna yg fresh,kot?

antiQue Publish time 17-4-2021 07:02 AM

Kalau laici masam sedap kut.. tapi kalau laici manis, kena balance kan dekat kuah lah..

Tapi laici, rambutan, sedap kalau buat kerabu.. kalau laici masam2 manis lagi sedap

Lengkong Publish time 17-4-2021 07:40 AM

Sapa yang suka..sedaplah kut


rosmahisham Publish time 18-4-2021 06:11 PM

Green curry ni bkn ke resepi thailaand mgkin sng dpt laaici kat sana kot..setiap rmh ade pokok laici n longan.slu npk deraang letak terung pipit n terung bulat hijau tu je..terung hijau bulat tu deramg mkn buat ulam je.

Guli Publish time 28-4-2021 06:45 PM

Resepi baru ker ni

Guli Publish time 28-4-2021 06:46 PM

Agak agak Rasa macam mana ni.

Guli Publish time 28-4-2021 06:47 PM

Green curry ni ,yg ingat keluarkan ayam green curry kfc;P
Pages: [1]
View full version: Kari hijau Laici pernah ke makan?


ADVERTISEMENT