lanesra Publish time 10-4-2021 07:59 PM

Empat Novel Besar dan Langka S.Othman Kelantan Diterbitkan Semula

Kuala Lumpur –Penerbitan semula karya klasik tulisan Sasterawan Negara S. Othman Kelantan oleh Nusa Centre bukan hanya membolehkan pembaca khususnya generasi muda mengenali susuk sasterawan hebat itu, namun lebih hebatnya penerbitan semula ini dibuat oleh anaknya sendiri, penerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara (SEA Write) 2011, Syed Mohd Zakir atau S.M. Zakir.

Angin Timur Laut, Norbani, Ustaz dan Nagoho Astana kembali menemui pembaca bukan hanya atas sebab empat judul ini merupakan karya Sasterawan Negara yang seharusnya diberi penghormatan tetapi bagi S.M. Zakir, hal ini juga kerana rasa kasih sayang terhadap bapanya.

“Usaha ini lebih mudah kerana semua hak cipta itu memang dipegang kami kerana diterbitkan oleh syarikat keluarga.

“Ada juga sebahagian hak cipta sudah dilepaskan oleh penerbitan,” katanya.

Tambah S.M. Zakir, buat masa ini, semua naskhah itu diterbitkan sebanyak 500 salinan sahaja. Namun katanya, tidak semua judul tulisan S. Othman Kelantan dapat diterbitkan kerana hak penerbitan masih dipegang oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

“Kami akan berunding dengan DBP untuk menerbitkan semula karya beliau. Buat masa ini, kami terbitkan empat dahulu.

“Sebenarnya usaha penerbitan semula ini rumit dan membabitkan banyak kos sebab kerjanya mengambil masa yang lama, iaitu hampir dua tahun. Saya perlu taip semula semua karya itu satu persatu,” katanya.

S. Othman Kelantan mungkin lebih dikenali menerusi naskhah Juara (1976) yang turut difilemkan, selain Orang Kota Bharu (2003), tetapi sebenarnya terdapat lebih banyak karya beliau yang memukau.

Misalnya, Angin Timur Laut (1969) pernah disifatkan oleh Tan Sri Johan Jaafar sebagai magnum opus S. Othman Kelantan. Walau bagaimanapun, mungkin kerana karya-karya lain itu kurang kajian selain tulisan beliau sukar diperoleh di pasaran menyebabkan kebanyakannya tidak sampai kepada pembaca.

Novel Angin Timur Laut, Norbani, Ustaz dan Nagoho Astana akan berada di pasaran pada 10 April 2021.


https://scontent.fpen1-1.fna.fbcdn.net/v/t1.6435-9/169922834_10214571503240567_4432014673455540228_n.jpg?_nc_cat=108&ccb=1-3&_nc_sid=dbeb18&_nc_ohc=k0DBaVUb4EkAX99BW2T&_nc_ht=scontent.fpen1-1.fna&oh=d98466199d9141e6ef758b0f6fb68e6a&oe=60973E0E

lanesra Publish time 10-4-2021 08:03 PM

Pengenalan kepada novel-cerpen di Malaysia. Tentang kemunculan kuasa 'diktator' yang kemudian membawa kepada krisis politik 98 Malaysia yang bersejarah.

https://scontent.fpen1-1.fna.fbcdn.net/v/t1.6435-9/169084845_1790380667801557_8405135027321135129_n.jpg?_nc_cat=110&ccb=1-3&_nc_sid=730e14&_nc_ohc=pdfc0m89MMgAX_VhNS7&_nc_ht=scontent.fpen1-1.fna&oh=e345eb5e25753721a1c73ee76b78ccd0&oe=60973112

Angin Timur Laut pernah dikatakan oleh Tan Sri Johan Jaaffar sebagai magnum opus S. Othman Kelantan.

https://scontent.fpen1-1.fna.fbcdn.net/v/t1.6435-9/169519933_1790372994468991_2715534138685180370_n.jpg?_nc_cat=100&ccb=1-3&_nc_sid=730e14&_nc_ohc=FrMsvmLVs6kAX-9F6fO&_nc_ht=scontent.fpen1-1.fna&oh=c2ff163d53dbd86d988fb8d0b5baef18&oe=6095FCA3

Terbit pertama kalinya pada tahun 1966 dengan judul Pengertian. Ideal seorang seniman yang mencurahkan jiwa S. Othman Kelantan sebagai seorang pelukis, pada tahun-tahun awal penulisan beliau turut merupakan seorang pelukis komik.

https://scontent.fpen1-1.fna.fbcdn.net/v/t1.6435-9/168429585_1790378114468479_1077370408081716772_n.jpg?_nc_cat=105&ccb=1-3&_nc_sid=730e14&_nc_ohc=u6EhuXjYLewAX__U6ze&_nc_ht=scontent.fpen1-1.fna&oh=be17bacb1a39303f936c76a7f152c72d&oe=609708A5

Sebuah kisah cinta platonik, pernah membuatkan seorang pembaca teruja menjadi wataknya dan memilih untuk belajar ke Mesir!

https://scontent.fpen1-1.fna.fbcdn.net/v/t1.6435-9/169069093_1790375487802075_7694398229662493569_n.jpg?_nc_cat=110&ccb=1-3&_nc_sid=730e14&_nc_ohc=lo10l1Et9wYAX_1xqW5&_nc_ht=scontent.fpen1-1.fna&oh=60371b260eb4a887f979e045a5a6b85c&oe=60963FC4

Belibis Publish time 10-4-2021 08:05 PM

Best novel2 beliau.sama macam shahnon ahmad,azizi abdullah.gaya penuisan detail suasana kampung.

fly_in_d_sky Publish time 12-4-2021 07:44 AM

hmmm
simpan wang simpan wang
Pages: [1]
View full version: Empat Novel Besar dan Langka S.Othman Kelantan Diterbitkan Semula


ADVERTISEMENT